COMPATRIOT AKU

Monday, February 28, 2011

Szczesny Oh Szczesny.. Kata Orang Dia Yang Lebih

Wojciech Szczesny adalah pemain Arsenal yang beraksi sebagai goalkeeper. Dia juga seorang pemain football yang suka ber"tweet-tweet". Ini antara tweet beliau selepas pertahanan Chelsea, Ashley Cole gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Chelsea sekaligus mengakibatkan Chelsea gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA england yang dijuarai Chelsea musim lepas :



So apa yang berlaku?

Sunday, February 27, 2011

Jalanraya Paling Berbahaya Di Dunia

Entri untuk kali ini aku nak berkongsi mengenai jalanraya yang paling berbahaya di dunia. It caught my attention because jalan seperti ini tidak sepatutnya dibuat kerana kedudukan jalan yang tak masuk akal. Maksud aku, ada limit jika sesebuah jalan itu hendak dibina tapi manusia ni selalunya degil. Asal ada shortcut aje nak buat. Akibatnya pengguna jalan pula yang terpaksa tanggung risiko. Ini antara jalanraya di dunia yang dibina merentasi limit dan bahaya yang tersedia. Awesome tapi dangerous!

North Yungas Road (Road of Death), Bolivia
Ini antara jalan maut yang paling terkenal di dunia. Mendapat jolokan "road of death", seramai 200-300 orang terkorban sepanjang tahun akibat kemalangan di jalan ni.


Saturday, February 26, 2011

Aiskrim Dari Susu Ibu : Siapa Nak??

Aiskrim berperisa susu ibu kini boleh diprerolehi di sebuah restoran di London.

Aiskrim itu, yang dinamakan Baby Gaga, boleh dinikmati di sebuah restoran di Covent Garden, London dengan harga £14.

Dessert istimewa ini dibuat melalui proses mencampurkan susu ibu yang telah dipasteur dengan Madagascan vanilla dan lemon zest sebelum dibekukan menjadi aiskrim. Susu itu diperolehi daripada penderma yang dibayar £15 untuk setiap 10 oz cecair tubuh mereka.

Penciptanya Matt O'Connor berkata, "Baby Gaga memiliki rasa lembut dan creamy. Anda patut mencubanya. Tiada siapa pun pernah mencipta resepi aiskrim yang luar biasa sejak seratus tahun yang lalu. Kini kami mahu memberikan kelainan terhadap perisa aiskrim ini."

"Sesetengah orang yang mendengar mengenai aiskrim ini mungkin berkata, yuck! Tetapi sebenarnya ia asli, organik dan sangat natural. Saya baru sahaja menikmati Baby Gaga ketika waktu pagi tadi dan rasanya sangat menarik."