Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts
Tuesday, April 22, 2014
Kemanusiaan Di Norway
Ini sebabnya aku suka environment di Scandanavia.
Mari sama-sama menjadi manusia.
*Jangan lupa tekan butang cc di atas untuk captions dalam bahasa inggeris.
Komen:
Alih bahasa:
"Lelaki, dengar tip ini dari seorang perempuan yang lebih berusia. TIADA YANG LEBIH SEKSI DARIPADA SEORANG LELAKI YANG MEMBERIKAN JAKETNYA UNTUK ORANG LAIN. Ia lebih bagus dari otot yang berketak-ketak."
"Betul tu. Saya rasa seolah-olah ovari saya meletup sekitar minit 2:09."
"Ia berlaku pada semua wanita. Kalaulah lelaki semua faham akan ini."
Notes: Bagaimana jika di negara kita?
Monday, June 17, 2013
Lagu Lama
Kerinduan Malam by Cenderawasih
Aku tak kenal pun kumpulan Cenderawasih ni. Dengar pun tak pernah. Tapi dia punya impak di hati lepas dengar, memang lain macam je rasa.
Sinar fm ni sekurangnya ada juga fungsi buat aku.
Tuesday, April 23, 2013
Missing You
Sebelum raya tahun lepas, aku adalah pembenci lagu-lagu dari negara Korea. Bagi aku hanya satu saja sumber alternatif untuk lagu lagu selain lagu dari USA dan UK (yang aku anggap semakin mombosankan) yakni lagu lagu dari Jepun. Tetapi selepas diperkenalkan oleh Atin, perlahan demi perlahan rasa benciku pudar dan minatku terhadap lagu lagu dari bangsa yang terkenal dengan sikap rajin ini semakin menebal. Betullah orang kata, sebelum meletak hukuman, dengar dulu dengan niat ikhlas dan hati yang suci. Lepas tu barulah kita judge samada sedap didengar atau tidak.
Lagu dibawah ini contohnya. Membikin aku ketagih setiap kali didengar, walau aku tak faham bahasa liriknya.
Tidak hairanlah G-Dragon dilabel 'genius singer-songwriter' di sana.
HD audio with korean lyrics
live with malay subtitle.
Mood aku sekarang dengan liriknya memang kena. So, buat yang terlibat faham faham sahaja la.
Thursday, March 14, 2013
Sunday, January 20, 2013
Perbandingan: 4-Door Coupe
Umum (di twitter dan facebook khasnya) mengetahui yang aku memang minat akan kereta-kereta buatan German. Dan bila disebut kereta German, sudah tentulah pengeluar utamanya adalah musuh 3 serangkai ini: Mercedes Benz - BMW - Audi.
Dan ketahuilah, kereta kereta German ini memang banyak modelnya. dan salah satu model paling aku inzali (ataupun bolehlah disebut sebagai chasis kegemaran) adalah 4-door coupe.
4-door coupe adalah body style kereta yang mula-mula diperkenalkan oleh Mercedes sejak 2005. Ia memiliki empat pintu, tapi mengekalkan bentuk sporty yang dimiliki coupe (coupe bermaksud kereta dengan dua pintu). Hasilnya, sebuah kereta dengan bentuk dan feel umpama coupe, tetapi memiliki 4 pintu yang lebih praktikal.
Ini adalah 3 model 4-door coupe versi performance dan paling mahal dari 3 pengeluar kereta utama German. Antara model lain adalah seperti Volkwagen Passat CC tapi VW Passat sememangnya takleh lawan 3 model utama di bawah ni:
Mercedes Benz CLS63 AMG (5.5-litre V8 biturbo engine; 518 horsepower).
BMW M6 Gran Coupe (4.4-liter twin-turbo V8; 560 horsepower)
Tengok kokpit pemandu pun aku dah meleleh. Banyak betul butang butang control berdekatan tombol gear, di kawasan stereng dan di papan pemuka yang kebanyakannya tiada pada kereta-kereta biasa. Semuanya electronic-controlled, hanya di hujung jari dengan menggunakan sistem kawalan komputer seperti COMAND (Mercedes Benz), iDrive (BMW) dan Multi Media Interface/MMI (Audi). *Perhatikan tombol bulat berdekatan gear di setiap kereta.
Satu hari nanti, insyaAllah satu hari nanti.
p/s: antara ketiga-tiga model, yang mana paling memberahikan?

Thursday, January 10, 2013
Laudrup
Aksi seorang pengurus sebuah kelab kecil yang menumbangkan Chelsea dalam aksi piala liga semalam (9 januari 2013).
Beliau punya gelecek dan ball control hampir seakan Zinedine Yazid Zidane. Tapi, through-ball beliau was even better. Menyusup cantik di celah celah kaki pemain lawan dan terus ke hadapan penyerang untuk dijaringkan. Jauh lebih baik berbanding through-ball Andres Iniesta, Paul Scholes, Xavi mahupun Cesc Fabregas, seikhlasnya.
Sukar untuk mendapatkan pemain tengah yang bijak dan licik seperti beliau sekarang.
Ladies and gentlemen, this is the former Juventus, Barcelona and Real Madrid playmaker and the current Swansea City manager. This is Michael Laudrup.
Wednesday, September 05, 2012
Random Video # 10 (Monster)
Kegemaran aku sejak dua tiga minggu kebelakangan ini.
Sebenarnya ketika first time aku dengar lagu ni sehari sebelum raya di bengkel motor Ah Hoi di pekan Tasek Gelugor, aku bukanlah tergolong dalam golongan peminat K-Pop, apatah lagi meminati kumpulan Big Bang. Musik alternatif yang aku gemar selain dari lagu-lagu mainstream dari Amareka dan UK adalah dari negara matahari terbit dengan J-Rock dan J-Pop menjadi pilihan utama. Kalau aku sebut L`arc-en-Ciel, Morning Musume, AKB48 mahupun One Ok Rock mungkin ada yang korang tahu.
Aku dengar lagu ni buat kali pertama ketika aku selesai berborok dengan Ah Siang pasal auto chain tensioner yang aku nak pasang di motor. Sekali tiba-tiba lagu ni dimainkan di radio channel chinese mana entah bengkel mamat cina ni pasang.
Seround aku dengar chorus macam biasa, seken round chorus aku nyanyi sikit-sikit dan chorus-chorus akhir entah mana ajaibnya aku boleh sing-along sekali.
Habis je lagu, aku keluarkan handset nokia aku dan salin apa segala bunyi dan lirik yang patut untuk aku google bila balik rumah karang.
Dan bila balik rumah, google dan download segala, nah, aku dah mula jatuh hati bukan saja dengan lagu Monster ini, bahkan dengan kumpulan Big Bang dan segala macam MV (music video) dan variety show mereka pun aku download sekali masuk hard disk.
Aku kongsikan lagu Big Bang - Monster di sini dengan harapan ada yang jatuh hati bila kali pertama mendengarnya dan sudah tentu boleh jadi rakan bersembang aku di kala kebosanan. Dan yang dah already minat tu jangan la malu-malu pulak nak sembang pasal K-Pop (Big Bang sahaja) dengan aku yang inesen ni.
Dan aku harap takde siapa benci aku lepas aku minat K-pop ni.
Notes : Al-kisahnya, sebelum ni aku dah tahu sikit sikit pasal Big Bang sebab si makwe tinggi dah pernah gigih memurtadkan aku yang dah sedia meminati J-Rock ni agar cenderung meminati grup Big Bang. Tapi aku buat-buat sombong dan tegas. In the end aku terminat juga secara semulajadi.
Sunday, December 25, 2011
Kenangan Zaman Muda-Muda #3
Kelmarin. Sabtu. Aku memandu, dengan niat menghilangkan kebosanan hari cuti menuju ke mekdi dengan rakan taulan.
Dalam perjalanan tu, aku belek-belek saluran radio. Aku ni bukanlah spesis yang layan lagu-lagu Melayu macam Hot FM meski Era FM. Yang aku dengar pun mungkinlah Sinar FM, stesen yang gemar memutarkan lagu-lagu lama yang jarang kita dengar.
Aku tadahkan telinga melayani saluran Mix FM. Frekuensi 91.00 di Pulau Pinang. Hal ini membuatkan aku memandu perlahan, kerana aku suka lagu-lagu di Mix. Karok percumalah katakan. Heh.
Dan waktu itu, Mix FM sedang menyiarkan segmen kegemaran aku, "Weekend All-Stars". Deretan lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu dimainkan, dengan putaran lagu Backstreet Boys iaitu Backstreet's Back dan Show Me The Meaning of Being Lonely antara yang diputarkan, membuatkan aku tersengih sendirian sambil menyanyi menuruti alunan lagu berseorangan.
Usai lagu Backstreet Boys didendangkan, Tiba-tiba lagu ini dimainkan.
Saturday, December 17, 2011
FC Barcelona : Peraturan 6 Saat
Peraturan enam saat. Taktik menarik yang hanya dimiliki Barca. That's why they're the most feared club in the world. Dan juga kelab bolasepak yang paling sukar untuk dikalahkan.
Disiplin mau tinggi beb. Baru taktik menjadi. Baru boleh menang. Barulah konsisten. Barulah digeruni. Kan?
Monday, December 12, 2011
Random video #9
Bibir mengukir senyum.
Tubuh bergetar.
Wajah kegirangan.
Sudah bertahun tahun aku melayani francais permainan video ini saban malam, dan kali ini, versi baru bakal dikeluarkan pada 2013. Grafik baru, enjin permainan yang baru, watak baru, persekitaran baru, maps baru, tank baru, chopper baru, A.I. baru...
Command & Conquer Generals 2.
Oh please... I'm craving for this!
Sunday, November 13, 2011
Kenangan Zaman Muda-Muda #2
Dah sepuluh tahun berlalu sejak iklan ini disiar di kaca TV.
"Ombak jahattt! Ombak jahatttt!!"
Sumpah aku tak pernah lupa frasa yang dahulunya kerap disebut-sebut tu. Sumpah.
Friday, November 04, 2011
Random video #8
Mula-mula waktu perkenalan aku dengan lagu ni, memang aku tak tahu bahawasanya Muse juga menyanyikan sebuah lagu soundtrack untuk Filem Twillight.
Muse + The Twillight Saga. Kombinasi yang langsung tak kena.
Muse + The Twillight Saga. Kombinasi yang langsung tak kena.
Tapi walau macamana pun, lagu ni enak didengar. Typical Muse dengan rempah ratus musiknya yang memikat.
Lagu ini kudedikasikan khas untuk pasangan-pasangan yang bercinta di luar sana. Berpasang-pasanglah dengan seeloknya. Cepat cepat ikat kalau dah mampu.
Notes: Tiba-tiba berdedikasi secara rawak. Apa kena dengan aku hari ni?
Friday, October 28, 2011
J-Pop: AKB48 - Sakura No Hanabiratachi
Sebuah lagu J-Pop yang agak 'syahdu' bagi aku.
Apa yang Ooshima Yuko cakapkan pada Maeda Atsuko di minit ke 1:12 dalam video ni, pernah aku ucapkan dulu pada seorang sahabat aku di kala waktu rehat di waktu akhir akhir momen persekolahan aku.
"Lepas ni kan, dalam satu masa... after lima, sepuluh tahun... agaknya hang, aku dengan member-member yang lain masih bersahabat ka wei? Apa akan jadi antara dengan kita semua?" tanya aku dengan loghat utara.
Memang tak sama.. tapi lebih kuranglah dialognya... the feel.. the moment... lebih kurang sama.
Dia tak menjawab. Sekadar senyuman saja yang dilempar sambil mata melilau memandang gelagat pelajar-pelajar perempuan di tingkat bawah..
"Tak tau la." Selamba dia jawab.
Kini hampir 8 tahun berlalu.
Dan seperti yang diagak, kini, semua meniti haluan hidup masing-masing. Sibuk dengan tanggungjawab hidup yang dipikul. Member aku tu pun dah berkahwin.
Ada sesetengahnya yang masih bertegur sapa dengan aku sekali-sekala. Tapi, rasa persahabatan tu dah tak sama. Tawar. Umpama meneguk teh kelat di tepian pantai dikelilingi sisa-sisa buangan manusia. Macam tu la rasanya.
Make me sad after watching and listening this song.
Betullah orang cakap, kenangan dan pengalaman hidup ni memang tak terbayar dengan wang ringgit. Priceless. Kita tak mungkin dapat pusingkan masa. Mustahil ada mesin masa yang bakal tercipta sepanjang hayat kita di bumi ni. So, seharusnya kita cherish dan hargai sebolehnya setiap momen indah dengan kenalan kenalan kita.
Oh God... I miss my classmates so much!
Notes: Maeda Atsuko dalam video ni sebijik macam member aku. Bezanya, member aku tu bertudung. Makwe jepun ni banyak muka iras-iras orang melayu.
Tuesday, October 18, 2011
Pelanggan MacDonalds Diserang Juruwang
Bila dua perempuan mabuk bersikap kurang ajar dan cuba menyerang seorang cashier yang memiliki 'criminal history'... maka silap besarlah perempuan dua ekor ni.
Kejadian berlaku di salah sebuah restoran McDonalds di bandaraya Manhattan, USA di mana dua orang perempuan dipercayai sedang high atau mungkin juga mabuk menyerang
juruwang di kaunter McDonalds tersebut setelah juruwang tersebut
mempersoalkan not 50 Dollar yang diberi oleh salah seorang perempuan
itu.
Akibat
tidak puas hati, ditamparnya si juruwang dan usai si juruwang berlari
ke bahagian dapur, dua perempuan itu memecah masuk ke dalam kaunter dan
menuju ke dapur untuk menyerang juruwang itu tanpa menyedari yang
juruwang tersebut, yang memiliki rekod jenayah kerana kesalahan membunuh
rakannya sendiri pada 2000 sedang menggenggam metal rod dan bersiap siaga untuk menghenyak mereka.
Kejadian ini sempat dirakam oleh salah seorang pelanggan di situ.
Akibat serangan, seorang retak tengkorak dan patah tangan, dan seorang lagi mengalami luka-luka.
Soalan sarkastik: Did they deserve it? Dua perempuan itu?
Bagi aku, laporan TV ni macam berat sebelah. Prejudis sungguh. Mentang-mentanglah juruwang tu bekas banduan. Tapi pernah dengarkah engkau frasa self defence/mempertahankan diri? Juruwang tu ada hak untuk mempertahankan dirinya dengan apa cara sekalipun tahu?
Matcham-matcham la dunia ni.
Saturday, October 08, 2011
Random Video #7
Kelmarin aku continue balik aktiviti blogwalking aku yang dah lama aku tak buat. Rasanya dah berbulan nian aku tak mengembara ke serata blogsphere yang luas ini. Yang aku tahu is update. Taip... delete, taip... delete, taip... delete, taip... delete, taip... delete, taip... delete. Terhangkak hangkak nak siapkan satu entri. Sedangkan asas berblogging ni aku dah tinggal. BLOGWALKING.
Then tiba giliran aku menapak ke blog ini. Maaf aku nak cakap, seriously aku memang tak suka blog yang ada autoplay song ni. Ah, autoplay ke autopay ke aku rasa korang paham maksud aku. Tapi dalam tak suka aku tu, first time dengar lagu autoplay waktu itu buat aku punya level semangat tetiba naik. Biasa lah kepala dah tak betul tapi masih degil nak blogwalking kan.
Ku dengar, ku resah (sebab takde diprovide kan tajuk kat playlist blog tu), ku google, ku download, ku play barang seround dua, ku sync dengan iPod aku. Setel dah kalau dah level masuk iPod. Selamat.
Rubbish video clip, quite a good song.
Notes : Aku tak minat langsung dengan Selena Gomez ni. Juga rakan rakan seangkatan beliau dari channel kartun tu. Tapi lagu ni, bagi aku kena dengan hati muda aku kot. Eh aku kan muda lagi. Kah kah kah.
Friday, September 30, 2011
Random Video #6
Satu sebab kenapa Freddie Mercury sangat dihormati sebagai seorang penyanyi. Sori la Justin Bieber, boleh ke kau nyanyi dengan vocal range tinggi sambil main piano, then menyanyi sambil menari macam orang gila tanpa merosakkan lagu yang kau nyanyi. Freddie do it with ease ok! (check versi LIVE)
Notes : Tengah gila lagu Queen pulak sekarang ni. Freddie Mercury memang terbaik!
Tuesday, September 06, 2011
Lagu Lama Yang Buat Aku Rasa Sedih
Versi video klip klik SINI
Kali terakhir aku dengar lagu ni adalah pada tahun 1998, waktu aku di darjah enam.
Yes, darjah enam. Zaman di mana stesen baru ketika itu, NTV7 baru sahaja beroperasi.
Setelah bertahun-tahun tak dengar, satu mimpi pelik ketika proses tidur waktu petang selepas balik kerja buat otak aku 'ter' refresh balik. Godek-godek balik di Google, alhamdulillah memang betul melodi yang bermain-main dalam mimpi tadi.
Rasa tua benar diri ini. Rindu betul waktu-waktu nak masuk akil baligh dulu. Lagu-lagu pop muda-mudi ketika itu memang awesome.
Aku benci situasi diri aku sekarang.
Wednesday, August 10, 2011
Layan Blues Dengan Lagu Jepun . . .
. . . merupakan hobi sampingan aku.
Tahu kenapa aku gemar sangat dengan lagu jepun ni?
Simple. Lagu jepun world. Rhythm dia sangat emotional, boleh bikin meleleh airmata. I bet, sapa-sapa yang minat lagu jepun ni kebanyakannya tak faham HARAM satu patah perkataan pun dalam lagu-lagu jepun. Melainkan, macam "watashi", "anata", "ittadakimasu", "oyasami", "ai", "daisuki" dan lain-lain perkataan basic jepang.
'Dah tak faham, kenapa boleh minat?'
Sebab best. Easy to listen. Kena dengan hati & soul ni. Jadi tak faham lirik pun takpa, sebab bagi aku, lirik nombor two. RHYTHM lagu tu nombor one. Power sesebuah lagu terletak pada musiknya, bukan pada lirik.
Dan apa yang aku notice lately, komposer lagu-lagu jepun memang pandai menyentuh emosi pendengar menggunakan runut bunyi dari okestra, piano dan gitar. Hasilnya, sebuah musik yang power untuk pendengar melayan blues dan emosi. Bukan seperti lagu Wierd al-Yankovic atau lagu "hai mami jarum, alahai mami jarum" yang tak ada kualiti.
Lagu di bawah ni adalah contoh, sebuah lagu jepun dengan rhythm yang sangat mantop. Suka benor aku dengan lagu Kobukuro ni. Mengikut stat kat iPod aku, sudah 34 kali "Kokoro Shika Sakanai Hana" ni diulang main.
Entah, aku pun tak faham kenapa aku suka sangat.

Monday, August 08, 2011
Sigma - Isthikarah Cinta. Suuperbbb Song!!
Salam.
Nasyid. Angpa minat? Aku ni dengar jugak musik nasyid. Raihan, Rabbani, Hijjaz, Unic, In-team, Brothers dan lain-lain group dalam scene nasyid malaysia ni. tapi bukanlah tahap 'hardcore' apatah lagi 'fanatik' sampai grup indie nasyid pun tahu.
Berbanding dengan genre lain, nasyid ni aku tak lah kasik high regard sangat. Tahap appreciation aku pada genre ni memang sangat low. Tidak seperti genre J-pop, Alternative/progressive rock or 90's pop yang sememangnya aku pandang tinggi sampaikan aku hafal banyak lirik-lirik lagu dalam genre tersebut.
Sehinggalah kelmarin, member blogging merangkap doktor peribadi aku (keh keh keh) si farhana norsham tiba-tiba meramahkan diri menge'tag' nama aku dalam post lagu indon beliau. FYI, beliau minat benar dengan lagu-lagu indonesia. Lagu indon celah mana pun kalau tanye beliau direct insyaAllah beliau boleh jawab tanpa kerdipan mata sekalipun. Memang power!
Seperti biasa, kalau sambadi share link youtube kat aku, 75% daripadanya aku persetankan. Harom tak tekan pun. Melainkan ada gambar awek cun di thumbnail video tu, otometik jari ni klik link tu. Setan dak?
Tapi kelmarin, sebab bosan waktu cuti-cuti aku tekan link tu. "Ah, tekan je lah. Bukan rugi pun kan".
Aku dengat first verse. Korus. Second verse. Korus. Bla bla bla sampai habis. Macam biasa.
So pendapat aku? Lagu ni ohsem!
Tak sangka ada lagi lagu-lagu nasyid yang superb macam ni. Dan aku tetap stay with my own opinion dari dulu, 'orang indon, kalau buat lagu, memang ganah dari orang kita'.
Starting slow, typical nasyid la starting macam tu. Tapi yang superbnya bila masuk part korus. Tetiba lagu jadi catchy. sempoi! Lirik tak payah kata la. Memang kasi ibu jari angkat tinggi-tinggi.
So pembaca sekalian, don't hesitate to click the link below. Tambah-tambah kalau anda suka lagu indonesia, atau anda suka lagu yang easy listening, atau realitinya anda memang #jiwangsukalayanlagujiwang. Sumpah ohsem. Rasa tak ohsem tanggung sendiri.
Aku suka betei layan lagu-lagu indon ni.
Notes : teringat ex la.

Saturday, August 06, 2011
Zapin Usik Mengusik
ingat lagi dengan lagu ni?
bukan sebab aku jiwang, bukan juga sebab aku dilamun cinta. cuma terasa nak berkongsi lagu old school yang tak berapa classic ni.
terima kasih buat Naqiah yang secara random menyanyi lagi ni ketika gathering kat Pulau Aman hari tu. masa tu aku tengah syiok ambik feel bayu laut sambil kepalahotak terlontar jauh melayan blue blues.
sekonyong-konyong kedengaran suara muslimah bernyanyi... "adik pandang-pandang, pandang pada siapa?"
aku kalih kepala, mengharapkan awek cun pakai kebaya yang nyanyi.
alih-alih, rupanya naqiah.
ala naqiah, kamu pun cun jugak. jom pi karok lagi?
rindu zaman zaman senario yang popular dulu. sekian.
bukan sebab aku jiwang, bukan juga sebab aku dilamun cinta. cuma terasa nak berkongsi lagu old school yang tak berapa classic ni.
terima kasih buat Naqiah yang secara random menyanyi lagi ni ketika gathering kat Pulau Aman hari tu. masa tu aku tengah syiok ambik feel bayu laut sambil kepalahotak terlontar jauh melayan
sekonyong-konyong kedengaran suara muslimah bernyanyi... "adik pandang-pandang, pandang pada siapa?"
aku kalih kepala, mengharapkan awek cun pakai kebaya yang nyanyi.
alih-alih, rupanya naqiah.
ala naqiah, kamu pun cun jugak. jom pi karok lagi?
rindu zaman zaman senario yang popular dulu. sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)