COMPATRIOT AKU

Sunday, March 06, 2011

Rumah Pelakon Muda ' Slumdog Millionaire ' Dijilat Api


Rumah yang didiami pelakon muda Slumdog Millionaire, Rubina Ali telah terbakar akibat kebakaran yang merebak di rumah-rumah setinggan di awal hari Sabtu di Bandra, pinggir bandar Mumbai.

Rubina Ali yang menjadi terkenal di seluruh dunia setelah memenangi Oscar ketika berlakon sebagai Latika dalam filem Slumdog Millionaire yang diarahkan oleh Danny Boyle, hanya mampu melihat sahaja rumah setinggan mereka ditelan api.

"Ketika itu kami semua berada di rumah menonton TV, tiba-tiba jiran tetangga datang untuk memberitahu kami tentang kebakaran itu. Kita semua bergegas keluar menyelamatkan diri. Kami terpaksa bermalam di stesen kereta api. Hanya ada beberapa helai pakaian yang tinggal. Gambar kenangan ketika di Oscar, segala kenangan saya, semua telah tiada. Kami telah kehilangan segalanya. Setakat ini tiada siapa yang datang untuk membantu kami," katanya.

Kebakaran meletus berdekatan stesen kereta api Bandra pada Jumaat memaksa 34 kereta bomba dan 16 kenderaan tangki air gergasi diperlukan untuk memadam kebakaran. Punca kebakaran masih belum dikenalpasti namun laporan awal mengatakan lima tong gas meletup di kawasan setinggan itu menyebabkan api merebak dengan cepat.

Sebelum ini, pengarah Slumdog Millionaire, Danny Boyle telah berjanji bahawa dia akan memberikan keluarga Rubina Ali sebuah rumah di Mumbai. Rubina Ali mengatakan bahawa keluarganya masih belum berpindah ke apartmen baru itu ditanggung oleh satu yayasan yang ditubuhkan oleh Danny Boyle.

Oh kasihan. Nama saja popular, tapi hidup masih tak berubah. Pemenang anugerah Oscar yang berprestij tinggal di rumah setinggan di kawasan kejiranan miskin? Kenapa tiada siapa pun membantu keluarga pelakon cilik ni... Dunia oh dunia~

No comments: