COMPATRIOT AKU

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Pelanggan MacDonalds Diserang Juruwang

Bila dua perempuan mabuk bersikap kurang ajar dan cuba menyerang seorang cashier yang memiliki 'criminal history'... maka silap besarlah perempuan dua ekor ni.

Kejadian berlaku di salah sebuah restoran McDonalds di bandaraya Manhattan, USA di mana dua orang perempuan dipercayai sedang high atau mungkin juga mabuk menyerang juruwang di kaunter McDonalds tersebut setelah juruwang tersebut mempersoalkan not 50 Dollar yang diberi oleh salah seorang perempuan itu.

Akibat tidak puas hati, ditamparnya si juruwang dan usai si juruwang berlari ke bahagian dapur, dua perempuan itu memecah masuk ke dalam kaunter dan menuju ke dapur untuk menyerang juruwang itu tanpa menyedari yang juruwang tersebut, yang memiliki rekod jenayah kerana kesalahan membunuh rakannya sendiri pada 2000 sedang menggenggam metal rod dan bersiap siaga untuk menghenyak mereka.

Kejadian ini sempat dirakam oleh salah seorang pelanggan di situ.

Akibat serangan, seorang retak tengkorak dan patah tangan, dan seorang lagi mengalami luka-luka.


Soalan sarkastik: Did they deserve it? Dua perempuan itu?

Bagi aku, laporan TV ni macam berat sebelah. Prejudis sungguh. Mentang-mentanglah juruwang tu bekas banduan. Tapi pernah dengarkah engkau frasa self defence/mempertahankan diri? Juruwang tu ada hak untuk mempertahankan dirinya dengan apa cara sekalipun tahu?

Matcham-matcham la dunia ni.


Thursday, May 19, 2011

Makan 25,000 Big Mac Seumur Hidupnya

Assalamualaikum...


Korang suka makan kat McD? (singkatan popular bagi fast-food chain paling laku di dunia, McDonalds). Well Enchik Hyde pun suka makan. Even sebijik pun tak cukup kalau makan burger McD ni. Badan saja kurus tapi kalau bab makan fast food ni agak tak 'bleh blah' juga. Tapi di USA, ada seorang lelaki yang betul-betul menggilai burger McD yang paling femes, Big Mac. Yang paling unbelievable sekali, dia dah makan 25,000 biji burger Big Mac sepanjang hidupnya!

Donald A. Gorske. Umur 57 tahun.
Dari Fond du Lac, Wisconsin, U.S.A

Don Gorske, seorang bekas warden penjara, merupakan pemegang rekod dunia Guinness Book of Records untuk "Pemakan Burger Big Mac Terbanyak Di Dunia" dengan jumlah Big Mac yang dia dah makan mencecah 25,000 bijik! Gorske menyatakan yang memakan Big Mac adalah 90% dari pengambilan makanan harian beliau.  Photobucket

Fakta:
  • Selepas membeli kereta pertamanya pada 1972, tempat pertama yang Gorske singgah adalah restoran Mekdi. Dia makan 3 biji Big Mac waktu itu dan kembali ke Mekdi 2 kali pada hari itu juga menjadikan total burger Big Mac pertama yang dimakan hari itu 9 biji Big Mac.
  • Suka minum Coca-Cola & jarang makan McD fries.
  • Hanya sekali sahaja dia makan burger Whooper dari Burger King selepas rakannya bet $5 jika dia makan. Kemudian, dengan wang hasil betting itu dia kembali ke Mekdi & makan semula Big Mac.
  • Bertemu, mengorat & melamar isterinya Mary juga di Mekdi.
  • Pada 17 Ogos, 2008, Gorske dah makan 23,000 Big Mac di restoran favorite McDonald's nya di Fond du Lac.
  • Sejak kali pertama memakan Big Mac pada 1972, hanya 8 hari sahaja dia miss. Hari kematian ibunya, hari di mana restoran McD tak dibuka (Snow Day), Hari beliau kerja lebih masa past midnight, hari ketika beliau mengembara & tak berjumpa restoran McD & ketika hari perayaan Thanksgiving.
  • Pada 17 May 2011, Gorske menyatakan yang dia telah menikmati 25,000 Big Mac sepanjang hidupnya.
    Whoa... sehari makan 3 bijik. Gilos.

    "I plan on eating Big Macs until I die," he said. "I have no intentions of changing. It's still my favorite food. Nothing has changed in 39 years. I look forward to it every day."

    Sumber

    Ada bran nak jadi macam dia? Pagi petang siang malam makan Big Mac je tak pernah bosan.

    *Nak mati cepat ke hapa*

    p/s : Lapar Big Mac la pulak. Lama juga tak makan di Mekdi ni.

    Tuesday, April 12, 2011

    Hero Kecil : Budak 6 Tahun Guna Tubuh Sebagai Perisai Untuk Lindungi Adik Dari Serangan Anjing

    Ini baru la real hero...

    Ketika seekor anjing liar menyerang Timo dan Carlos Perez, hanya ada satu keutamaan sahaja dalam fikiran Timo - untuk melindungi adiknya dari serangan itu.

    Timo Perez, 6 tahun, menunjukkan demonstrasi
    cara beliau menyelamatkan adiknya.

    Anjing dari baka German shepherd itu telah terlepas dari kawasan perniagaan berdekatan dan menghampiri kawasan kejiranan di Homestead, South Florida, di mana Timo dan Carlos Perez bermain-main dengan rakan mereka.

    Ketika anjing itu mula menyerang secara tiba-tiba, Timo, 6 tahun, tidak takut atau bimbang tentang keselamatannya sendiri. Apa yang dia tahu,hanya dia sahaja yang mampu melindungi adiknya yang berusia 4 tahun dan seorang lagi rakan mereka yang juga berusia 4 tahun.

    Kedua-dua kanak-kanak yang lebih muda itu bersembunyi di bawah trak di halaman ketika anjing liar itu menyerang bahu, lengan dan kepala Timo.

    Keadaan Timo Perez selepas diserang

    Menggunakan tubuhnya sebagai penghadang di antara anjing dan adiknya, Timo berbaring di tepi lori itu dan bertahan untuk bergerak walaupun digigit bertubi-tubi. Ketika itu adik dan rakannya berlindung ketakutan di belakangnya.

    Akhirnya anjing itu berhenti menyerang dan melarikan diri.

    Setelah meminta bantuan, Timo dibawa ke Miami Childrens' Hospital, di mana beliau menerima banyak jahitan di bahu, kulit kepala dan lengan.

    Berita mengenai keberanian Timo tersebar dengan cepat di kawasan kejiranan dan di luar, dan keberanian beliau menyebabkan beliau dianggap sebagai 'minor celebrity' di situ.

    Menurut polis, anjing berjaya menggali lubang di bawah pagar dan melepaskan diri dari perniagaan di Northwest Ninth Avenue pada Khamis malam.

    Anjing German shepard yang ganas itu dibunuh oleh pihak polis

    Kawasan perniagaan di mana anjing itu melepaskan diri

    Seorang jurucakap polis mengatakan pemilik anjing telah ditahan, dan anjing tersebut telah dibunuh akibat dari perlakuannya yang ganas itu

    * * * * *
    Tabik spring untuk Timo Perez... Ini la yang orang kata "sweet bond between brothers" tak akan putus bak air dicincang. Bravo!

    Tuesday, March 15, 2011

    Ketagih Alkohol Di Usia 3 Tahun!!


    Berlaku di Britain. Seorang kanak² (dalam bahasa inggerisnya 'toddler') dilaporkan sedang dirawat di hospital akibat ketagihan alkohol a.k.a alcoholism.

    Kanak² yang tidak didedahkan namanya itu dikhabarkan telah diberi minuman keras selama 6 bulan berturut-turut dan menderita simptom kemurungan & tekanan perasaan akibat kesan daripada minuman keras itu.

    Dia adalah diantara 13 orang kanak² di bawah umur 12 tahun yang didiagnosis mengalami ketagihan alkohol oleh Yayasan Heart of England NHS di antara tahun 2008 hingga 2010.

    "Di usia semuda 3 tahun, kanak² ini mengalami ketagihan arak. Ini adalah kes yang sangat membimbangkan." Satu kumpulan kesedaran alkohol Drinkaware mendakwa ketagihan alkohol di usia muda boleh merencatkan perkembangan otak kanak².

    Bulan lepas, seorang kanak² dari Dundee, Scotland berusia 9 tahun baru sahaja dikenalpasti sebagai alcoholic paling muda di Britain.

    Sumber: The Sun
    ***************

    3 tahun dah alcoholic is insane. Ni semua salah parents kanak² ni. Tak mungkin 3 tahun dah reti curi² minum arak ye tak? Apa motif parents budak ni bagi arak kat anak diorang? Dah gila kot. Sympathy to this young kid. Mangsa keruntuhan masyarakat di zaman sekarang~

    Monday, March 07, 2011

    Anjing Ganggu Perlawanan Bolasepak Liga Brazil (video)

    Sikap anjing yang mengganggu sesuatu pemainan bukanlah sesuatu yang pelik. Tetapi jika anjing itu adalah anjing polis yang terlatih, lain pula ceritanya.

    Inilah yang berlaku dalam satu perlawanan bolasepak liga Brazil pada minggu lepas

    Kelab Ituiutaba and Uberlandia bertemu sesama sendiri dalam saingan liga Mineiro. Tetapi di pertengahan perlawanan, seekor anjing polis yang bernama Agil terlepas dari jagaan penjaganya dan masuk ke padang.

    Penonton perlawanan bersorak melihat aksi anjing polis ini di atas padang dan pemain pula hanya mampu melihat sahaja anjing itu menggigit bola dan bermain-main dengan bola itu hingga di tengah padang.

    Sunday, March 06, 2011

    Rumah Pelakon Muda ' Slumdog Millionaire ' Dijilat Api


    Rumah yang didiami pelakon muda Slumdog Millionaire, Rubina Ali telah terbakar akibat kebakaran yang merebak di rumah-rumah setinggan di awal hari Sabtu di Bandra, pinggir bandar Mumbai.

    Rubina Ali yang menjadi terkenal di seluruh dunia setelah memenangi Oscar ketika berlakon sebagai Latika dalam filem Slumdog Millionaire yang diarahkan oleh Danny Boyle, hanya mampu melihat sahaja rumah setinggan mereka ditelan api.

    "Ketika itu kami semua berada di rumah menonton TV, tiba-tiba jiran tetangga datang untuk memberitahu kami tentang kebakaran itu. Kita semua bergegas keluar menyelamatkan diri. Kami terpaksa bermalam di stesen kereta api. Hanya ada beberapa helai pakaian yang tinggal. Gambar kenangan ketika di Oscar, segala kenangan saya, semua telah tiada. Kami telah kehilangan segalanya. Setakat ini tiada siapa yang datang untuk membantu kami," katanya.

    Kebakaran meletus berdekatan stesen kereta api Bandra pada Jumaat memaksa 34 kereta bomba dan 16 kenderaan tangki air gergasi diperlukan untuk memadam kebakaran. Punca kebakaran masih belum dikenalpasti namun laporan awal mengatakan lima tong gas meletup di kawasan setinggan itu menyebabkan api merebak dengan cepat.

    Sebelum ini, pengarah Slumdog Millionaire, Danny Boyle telah berjanji bahawa dia akan memberikan keluarga Rubina Ali sebuah rumah di Mumbai. Rubina Ali mengatakan bahawa keluarganya masih belum berpindah ke apartmen baru itu ditanggung oleh satu yayasan yang ditubuhkan oleh Danny Boyle.

    Oh kasihan. Nama saja popular, tapi hidup masih tak berubah. Pemenang anugerah Oscar yang berprestij tinggal di rumah setinggan di kawasan kejiranan miskin? Kenapa tiada siapa pun membantu keluarga pelakon cilik ni... Dunia oh dunia~