COMPATRIOT AKU

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Hudud

Aku tak reti nak komen pasal mende-mende berkaitan hudud ni. Tapi bila terlihat gambar ni di pesbuk, tiba-tiba rasa macam menjadi tanggungjawab pulak untuk aku kongsikan.


Kredit gambar dari page Facebook FARISZ@AZ.Com.

Pendapat?


Friday, August 12, 2011

Kenapa Islam Sering Dipersalahkan?

Ini topik general. Topik ni typical. Dah merata rata tempat topik ini dibincangkan.

Kesan dari aktiviti blogwalking tadi buat aku terfikir.

Kenapa dalam satu satu aspek, ataupun kejadian, agama Islam ini selalunya dipersalahkan?

Contoh paling jelas, berlaku di Semenanjung Gaza nun. Bila solja Zionis laknat membunuh penduduk palestin tu, dunia ni buat-buat dekkk je. Macam tak de salah pula. Tapi bila golongan warga Palestin, intifada dan lain-lain melakukan serangbalas atau sekadar bertindak mempertahankan hak mereka, mereka itu digelar pengganas. Apakejadahnya?

Contoh lain, dalam kes Anders Behring Breivik. korang tau? Kes pembunuhan beramai ramai di Pulau Utoya, Norway yang berlaku beberapa minggu lepas. Seramai 86 orang pelajar yang menghadiri kem disitu mati setelah ditembak bertubi-tubi oleh si Anders Breivik ala-ala filem Rambo. Akibatnya, akhbar tabloid Britsh, The Sun melaporkan yang pembunuhan ini dilakukan oleh Al-Qaeda di frontpage/muka depan akhbar mereka. Sedangkan Islam, muslim dan Al-Qaeda langsung tak ada kaitan pun dengan kejadian ni. Tindakan ini seolah-olah, bila ada saja kes pembunuhan yang melibatkan ramai mangsa, maka benda pertama yang akan dipersalahkan adalah ISLAM. Kenapa?


Rasanya agama kita ni tak pernah ganggu diorang pun. Tak pernah cuba nak menakluk tanah Amareka or UK pun. Tak pernah cuba menyebarkan propaganda tidak elok mengenai agama-agama lain seperti kebobrokan agama Kristian pun kan?

Kenapa wujudnya Islamophobia? Perlu kah wujud istilah Islamophobia tu?

Awat depa benci sangat kat Islam? Adakah depa takut dengan peningkatan kadar umat islam di seluruh dunia, atau depa tau agama/ideologi depa tu tak betui? Sapa-sapa buleh bagitau cheq?

Apapun, try tengok link INI. Serious tak rugi.

kredit untuk cik Asyila yang comel nian. Aku ambil link ni dari blog beliau. Marilah sama-sama kita berfikir sejenak.

Notes : Buat pembenci-pembenci itu, bangang bodoh f* off aku sumpahkan.

Sunday, August 01, 2010

Gambar Finalis Imam Muda & Isteri Masing-Masing

Selesai sudah saingan Imam Muda...juara pun semua dah tahu kan...Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan dah pun ditabalkan juara program realiti Islamik pertama seumpamanya di Malaysia ni. Tahniah buat beliau. Tahniah juga kepada Astro Oasis kerana menghasilkan rancangan yang baru, refreshing dan lain dari yang lain. Populariti rancangan ini sangat tinggi sehinggakan rancangan ini juga turut disiarkan di luar Malaysia.


Banyak dah entri yang aku baca mengenai Imam Muda ni (haha orang tulis aku pon nak tulis jugak). Tapi kali ni aku nk kongsi just pasal kedua-dua finalis dengan isteri mereka. Honestly aku pon tak tahu mereka dah beristeri (episod pun banyak miss!) Tapi bila tengok episod final, yang membawa penonton mengenali keluarga diorang, baru aku tahu yang kedua-dua Imam Muda ni rupanya dah berkahwin. And seriously, at the moment aku tengok mereka dipertemukan semula dengan wife memasing, serious it looks very sweet!  Sejuk hati bila tengok isteri solehah bertemu suami tercinta setelah berminggu-minggu dipisahkan. (sesuatu yang sweet memang orang suka nak tengok,kan? ^^).

Imam Muda Asyraf & isteri, Nurhusna Yusof, 23





Imam Muda Hizbur & isteri, Liliyana Hasanah Yudi, 23







Kredit gambar to blog kakinakl & blog sharinginfoz. Jutaan terima kasih =)

Apa yang aku perasan lepas final Imam Muda ni.. heboh juga pasal Imam Muda dengan isteri masing-masing di facebook & blog-blog lain yang mengatakan yang mereka ni lawa. Pandangan aku, memang cun pun.... segak, wajah bersih, bertudung, dan masih muda lagi, elok & sejuk dipandang. Jauh lebih elok dari artis-artis "mi segera" yang berlambak kat tanahair kita ni. Apa pendapat korang?

Notes : Bertuahnya badan…sejuk perut ibu mengandung.. Imam dah memang beriman, isteri pula isteri solehah... *setiap kejayaan seorang lelaki, mesti ada wanita di belakangnya~