COMPATRIOT AKU

Showing posts with label cute. Show all posts
Showing posts with label cute. Show all posts

Tuesday, August 02, 2011

Beautiful Smile

Pernahkah kau orang dipertemukan dengan seorang stranger, then suddenly kau orang start berkenal-kenalan, bersembang-sembangan. Then dia tersenyum spontan.

Memandang senyuman itu, kau orang berkata dalam hati "Ya Allah, comelnya". Bukan di tahap jatuh cinta, cuma terkedu seketika. Memandang aura dan awesomeness yang datang dari senyuman si dia.

Pernah?

Ini yang aku rasa masa meet-up hari tu.

Monday, June 06, 2011

Wednesday, April 20, 2011

Morning Musume - Hare Ame Nochi Suki (subtitled)

Lagu ni antara lagu Morning Musume (MoMusu) favourite aku. Sayangnya semua awek² dalam video klip ni dah tak ada. Hanya Takahashi Ai saja yang tinggal (awek cun yang 1st sekali menyanyi dalam lagu ni). Oh, MoMusu dulu memang best betul lagu² diorang... MoMusu sekarang tak sama macam dulu.



Comel² kan? I blame their creator Tsunku....

Sunday, August 01, 2010

Gambar Finalis Imam Muda & Isteri Masing-Masing

Selesai sudah saingan Imam Muda...juara pun semua dah tahu kan...Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan dah pun ditabalkan juara program realiti Islamik pertama seumpamanya di Malaysia ni. Tahniah buat beliau. Tahniah juga kepada Astro Oasis kerana menghasilkan rancangan yang baru, refreshing dan lain dari yang lain. Populariti rancangan ini sangat tinggi sehinggakan rancangan ini juga turut disiarkan di luar Malaysia.


Banyak dah entri yang aku baca mengenai Imam Muda ni (haha orang tulis aku pon nak tulis jugak). Tapi kali ni aku nk kongsi just pasal kedua-dua finalis dengan isteri mereka. Honestly aku pon tak tahu mereka dah beristeri (episod pun banyak miss!) Tapi bila tengok episod final, yang membawa penonton mengenali keluarga diorang, baru aku tahu yang kedua-dua Imam Muda ni rupanya dah berkahwin. And seriously, at the moment aku tengok mereka dipertemukan semula dengan wife memasing, serious it looks very sweet!  Sejuk hati bila tengok isteri solehah bertemu suami tercinta setelah berminggu-minggu dipisahkan. (sesuatu yang sweet memang orang suka nak tengok,kan? ^^).

Imam Muda Asyraf & isteri, Nurhusna Yusof, 23





Imam Muda Hizbur & isteri, Liliyana Hasanah Yudi, 23







Kredit gambar to blog kakinakl & blog sharinginfoz. Jutaan terima kasih =)

Apa yang aku perasan lepas final Imam Muda ni.. heboh juga pasal Imam Muda dengan isteri masing-masing di facebook & blog-blog lain yang mengatakan yang mereka ni lawa. Pandangan aku, memang cun pun.... segak, wajah bersih, bertudung, dan masih muda lagi, elok & sejuk dipandang. Jauh lebih elok dari artis-artis "mi segera" yang berlambak kat tanahair kita ni. Apa pendapat korang?

Notes : Bertuahnya badan…sejuk perut ibu mengandung.. Imam dah memang beriman, isteri pula isteri solehah... *setiap kejayaan seorang lelaki, mesti ada wanita di belakangnya~