COMPATRIOT AKU

Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

Laudrup


Aksi seorang pengurus sebuah kelab kecil yang menumbangkan Chelsea dalam aksi piala liga semalam (9 januari 2013).

Beliau punya gelecek dan ball control hampir seakan Zinedine Yazid Zidane. Tapi, through-ball beliau was even better. Menyusup cantik di celah celah kaki pemain lawan dan terus ke hadapan penyerang untuk dijaringkan. Jauh lebih baik berbanding through-ball Andres Iniesta, Paul ScholesXavi mahupun Cesc Fabregas, seikhlasnya.

Sukar untuk mendapatkan pemain tengah yang bijak dan licik seperti beliau sekarang.

Ladies and gentlemen, this is the former Juventus, Barcelona and Real Madrid playmaker and the current Swansea City manager. This is Michael Laudrup.



Tuesday, October 09, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Legends


Henry hugging Scholes.

Seorang 34, seorang 37.

Seorang Gunners dalam jiwa, seorang Devils sepanjang hayat.

Hati tersentuh melihatkan kedua lagenda ini masih menghormati antara satu sama lain, walau sudah banyak kali berlagaan di padang bola, dan meski berbeza mazhab bola.

Kedua-duanya aku kasi respek paling tinggi.

Salut!


Monday, January 23, 2012

Menganjing


MUTV pun dah pandai menganjing Arsenal sekarang ni. LOL

Letih pulak nak bagi rasa kesian kat Arsenal ni. Kelab berstatus tinggi, tapi dah 7 tahun berturutan, satu piala pun tak pernah menangi. Dasar underachiever?



Saturday, December 17, 2011

FC Barcelona : Peraturan 6 Saat



Peraturan enam saat. Taktik menarik yang hanya dimiliki Barca. That's why they're the most feared club in the world. Dan juga kelab bolasepak yang paling sukar untuk dikalahkan. 

Disiplin mau tinggi beb. Baru taktik menjadi. Baru boleh menang. Barulah konsisten. Barulah digeruni. Kan?


Monday, October 24, 2011

Stress.



Gambar yang bakal menghantui diri aku sepanjang minggu ini.

"Fergies worst ever defeat at United"... "Rant/knee jerk"... "The really annoying thing"... antara thread yang sedang hangat di RedCafe sekarang ini. Oh, mahu sahaja aku klik di link dan baca. Tapi bukanlah satu idea yang baik, melawat forum popular milik peminat-peminat sebuah kelab bolasepak bernama Manchester United FC yang ketika ini masih meltdown seolah-olah diragut maruah bila dihenyak musuh setempat mereka 6 gol berbalas 1. Rasa marah ada, rasa bengang ada, semua bergaul dalam otak. Pemain seolah hilang mentaliti mahu menang. Hilang nafsu berjuang bermati-matian. Dan akhirnya lentok bagai dirogol di lubang anal. Kini aku faham akan perasaan penyokong Arsenal, ketika mana kelab yang mereka sokongi dibedal Manchester United 8-2 beberapa bulan lepas. Dan ini lebih sakit. Percayalah, kalah di kandang sendiri, di tangan eternal enemy memang lebih pedih dari tewas dibelasah di tempat lawan.

Lupakan sebentar RedCafe.net. lupakan sebentar Soccernet. lupakan sebentar reaksi direct dengan penyokong yang memusuhi rejim Sir Alex. Baik di fesbuk, baik juga secara berdepan-depan. Ya, ini lebih baik buat diri aku. lebih baik untuk mental health aku.

Nasiblah aku bukan warga Ingurland. Bayangkan stress yang dihadapi, dengan kekalahan teruk sebegini. Esoknya kau bakal ke tempat kerja. Bakal ketemu dengan bos yang menyokong Manchester City, dan rakan rakan sekerja yang memang fan Liverpool dan Chelsea. Menahan haramjadah yang bakal dibahankan di tempat kerja sepanjang hari. Berikutan kekalahan ini. Perit tahu tak babi?

Kau sokong Manchester United, kelab yang standardnya sepanjang masa tinggi.. Bila situasi kekalahan teruk ni terjadi. Maka pandai-pandailah hadapi. Ok?

Eh, emo melampau pulak aku kali ni. Kikikiki

Notes: Sebenci-benci aku pada Manchester City, ada satu pemain di City yang betul-betul aku kagumi.... David Silva. Beliau memang midfielder yang class.


Monday, September 19, 2011

Calon Untuk "Miss of the Season" Oleh Miss Fernando Torres

Berlaku semalam, ketika perlawanan di antara Manchester United menentang Chelsea di Old Trafford. United menang 3-1. 

Photobucket


Mati mati aku ingat dia sumbat lagi sebijik. Rupanya tidak.

Kalau difikirkan balik, lagi senang nak score dari miss sebenarnya chances ni bagi striker bertaraf dunia yang dibeli dengan harga £50 juta, dan dibayar gaji lebih £100,000 seminggu. Tetapi tidak bagi Miss Nando's.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, August 08, 2011

Bila Penyokong Lawan Memuji Manchester United

Buat gua tersenyum.

Berbunga-bunga di hati bila penyokong pasukan lawan memuji-muji keupayaan Manchester United. Mereka yang memuji ini ternyata class. Meletakkan rivalry di tepi, dan mengutarakan kebenaran yang sememangnya jelas dan nyata.

Power!


Sumber

Tuesday, May 17, 2011

Gambar-Gambar Celebration Manchester United 14 May 2011

Okey Manchester United baru sahaja ditabalkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris pada malam Sabtu yang lepas setelah mencatat keputusan seri menentang Blackburn. ini kejuaraan kali ke-19 untuk United, rekod baru mengatasi rekod lama 18 kejuaraan yang dipegang Liverpool FC sejak 25 tahun dulu.

Ini adalah sebahagian gambar-gambar yang diambil setelah wisel penamat. Buat fan Manchester United, enjoy.


Monday, May 16, 2011

Monday, May 02, 2011

Anderson & Rambut Barunya~

Reaksi Park  Photobucket

Mengingatkan aku pada:


Dan dia ni




Afro is cool yo! Tak caya? Ce tanya bro AfroSpexs  Photobucket

Thursday, April 28, 2011

Tahniah Barcelona... Tapi...

Pagi semalam berlangsungnya perlawanan El-Classico (El-Classico, istilah untuk perlawanan membabitkan dua kelab utama Sepanyol, Real Madrid & Barcelona). In fact, ini pertemuan ke-3 dalam di antara kedua-dua kelab tempoh 3 minggu. Pertemuan pertama: seri (perlawanan liga). Pertemuan kedua: Real Madrid menang 1-0 (final Copa Del Rey). Dan semalam pertemuan ketiga tetapi match ni adalah untuk kejuaraan Champions League. Bagi penonton neutral macam aku, semestinya aku harapkan match ni menarik, banyak gol & banyak aksi² dramatik.

Dalam entri terdahulu aku ada mengucapkan tahniah kepada Madrid sebab menang Copa Del Rey mengalahkan Barca. Kali ni aku nak ucap tahniah pulak kat Barcelona sebab tewaskan Madrid. Tapi kemenangan kali ni lebih impressive; sebab Madrid ditewaskan di tempat sendiri; dan Barca menang 1st-leg ni dengan 2 jaringan di tempat lawan.

Korang fikir Madrid akan menang 2nd-leg di Nou Camp? Bagi aku tak mungkin. No way. Bak kata Shebby Singh, "don't expect miracles". Di stadium sendiri pun Madrid kalah, outplayed, outmuscled, kena buli, kena dua bijik, macam mana nak menang di kandang Barca? Hahaha mimpi la...

Tapi ada satu aku tak puas hati. Sikap pemain kedua² kelab. TERUTAMANYA Barca. Tackle sikit, jatuh bergolek² macam kena langgar bulldozer. Ada satu babak melibatkan pemain Barca Sergio Busquets. Dia kena block, tapi bila jatuh je berguling-guling dia pegang muka. Bila replay slow motion diulang balik kat TV, terang² nampak nipunyee. Memang tak kena langsung di muka. Even Rio Ferdinand pun ada mention dalam tweeter pasal Barca ni. Memalukan betul. Hilang 'beauty of football' yang dicemari dengan diving & over-reaction macam ni.


Apa pun ini sebahagian aksi2 yang berlangsung semalam. enjoy.


Monday, April 25, 2011

HEADLINE MUKA DEPAN SOCCERNET TENTANG KEKALAHAN ARSENAL. LOL.

Semalam berlangsungnya perlawanan EPL di antara Bolton Wanderers vs Arsenal. Arsenal harus memenangi perlawanan ini untuk mengekalkan momentum dalam usaha mengejar pendahulu liga, Man U yang pada ketika itu berkelebihan 9 mata berbaki 4 perlawanan menjelang akhir musim.

Aku tak tengok pun game ni. Lepas keluar makan di Rasa Mas dengan family aku, perut jadi amat kenyang so badan dah jadi lengai nak bergerak ke depan TV. Tambahan pula page KBU tengah rancak dengan topik sensasi diorang maka aku pikir baik aku layan member² blogger aku dari tengok game Arsenal sebab bagi aku dalam perlawanan ni, Arsenal pasti menang mudah punya. Bolton pun baru kena belasah stoke 5-0 sebelum ni.

Tapi tanggapan aku salah. Bila aku check balik result match ni kat soccernet, aku terkejut + tergelak. Arsenal kalah. Ya kalah. Kalah kepada team yang baru saja dibelasah cukup² minggu lepas. Tambahan pula perlawanan Arsenal selepas ni adalah bertemu dengan pendahulu liga, Man U. They're not supposed to lose this game before the big match isn't it?

Tapi ada satu lagi yang buat aku terkejut + tergelak.

Gambar headline (muka depan) soccernet.com yang aku layari tu.


HEHEHEHE... gambar macam tu boleh jadi gambar headline? How random  Photobucket

Friday, April 22, 2011

Real Madrid : Juara Copa Del Rey 2011


Tahniah buat Jose Mourinho & Real Madrid, juara Copa Del Rey (FA Cup versi Spain)... Seriously taktik & corak permainan Mourinho amat membosankan (tak se'art' Barcelona) tapi my God betapa konsistennya lelaki Portugis ni dalam membimbing kelab beliau dalam memenangi piala setiap musim. Dari Chelsea hinggalah ke Madrid, macam² piala dah dimenangi. Tak macam Monseiour Wenger sampai 6 musim habuk pun tarak, cuma alasan yang banyak. Ini rekod kejuaraan milik Mourinho:

2002/3
Portugal Super Cup
Portugal Cup
Primera Liga
UEFA Cup

2003/4
Primera Liga
UEFA Champions League

2004/5
Carling Cup
Premier League

2005/6
Community Shield
Premier League

2006/7
Carling Cup
FA Cup

2007/8
Spent most of the season out

2008/9
Italian Super Cup
Serie A

2009/10
Italian Cup
Serie A
UEFA Champions League

2010/11
Copa Del Rey

Madrid memenangi pertembungan ini setelah menewaskan 'musuh-sampai-mati' diorang, Barcelona 1-0 hasil jaringan pemain star mereka, siapa lagi kalau bukan Cristiano Ronaldo selepas masa tambahan. Walaupun Barca menguasai perlawanan dengan taktik passing tersohor diorang, mereka kelihatan kekurangan idea untuk menembusi pertahanan Madrid. Madrid pula cuba memerangkap Barca dengan taktik counter-attack yang akhirnya berhasil pada minit² akhir masa tambahan.

Mourinho memang genius.

Apapun enjoy a few picca below...

Champione

Shakira, penyanyi Waka Waka Eh Eh yang juga awek Pique


Unhappy Messi

Mourinho

Celebrating in Cibeles

Selepas memenangi kejuaraan Copa Del Rey itu, pemain² Madrid selalunya akan berarak di Cibeles (sebuah dataran di Madrid) bersama trofi kejuaraan yang dimenangi. Tetapi lain pula jadinya bila pemain Madrid, Sergio Ramos tiba² menjatuhkan piala tu ketika bizi meraikan kejuaraan dengan member² yang lain. Siap kena gilis dengan tayar bas lagi. Bhahahaha! Apa daaaa.....


Notes : 2 pertembungan El Clasico dah berakhir. Tinggal lagi 2 perlawanan. 1 seri, 1 dimenangi Real Madrid. Lepas ni 2 perlawanan antara Barcelona - Madrid akan berlangsung minggu depan untuk semi-final UEFA Champions League. Siapa lebih layak ke final? Can't wait!

Friday, April 08, 2011

Love Ferdinand.

Out dari 1st team skuad selama 2 bulan akibat kecederaan, tetapi kembali untuk perlawanan penting menentang kelab ternama (Chelsea) straight ke starting eleven Man United & menjadi permain terbaik untuk perlawanan itu. Seolah² tak pernah injured. Love him.

Then, he do this :

Photobucket


Ferdinand is the boss  Photobucket

Thursday, April 07, 2011

Penalti? Sorilah Penyokong Chelsea


"Some people have claimed that it should have been a penalty kick because the foul started outside the box and continued in the box. However, if you read the rules from the FIFA Handbook, this rule only applies to “holding” a defender, meaning, pulling their shirt or holding them back. The rule doesn’t refer to “fouling”. Evra fouled Ramires outside the box. A freekick should have been awarded." 

* * * * *

Bagi siapa² yang bising pasal tak dapat penalti tu, ingat lagi perlawanan di Stamford Bridge sebelum ni? Karma Is a B*tch! Hehe..

Sumber

Monday, April 04, 2011

Tahniah FC Porto. Tahniah Andres Villas Boas.

Tahniah kerana menjuarai Liga Portugal semalam. Ya semalam. Officially Porto menjuarai Liga Portugal setelah menewaskan musuh ketatnya, SL Benfica di Estadio de Luz, stadium Benfica.

"Apa yang hebatnya kejuaraan kali ni?". Bagi aku hebat. Sebab jurulatih FC Porto, Andres Villas Boas ni hebat. Memang hebat. In fact, hebat gila!

Kenapa dia hebat? Kerana dirinya. Kerana profilenya . Unik.


Kalau tidak, takkanlah dia digelar "the new Jose Mourinho" kan? Ini antara fakta² kehebatan Andres Villas Boas :
  • Sama seperti Mourinho, dia tak pernah memiliki pengalaman sebagai pemain bolasepak professional. Tak pernah jadi pemain bola pun boleh jadi world class coach.
  • Pengalaman kejurulatihan yang amat sedikit. Tetapi mengejutkan banyak pihak bila mampu membimbing Porto menjadi juara liga Portugis musim ini (musim pertama beliau).
  • Memperoleh lesen kejurulatihan 'UEFA C' semuda usia 17 di Scotland. Kemudian memegang jawatan kecil sebagai pengurus skuad kebangsaan British Virgin Island ketika umur semuda 21 tahun dan kemudian menjadi assistant Jose Mourinho di Porto. Setelah Mourinho berpindah ke Chelsea, Villas Boas menjadi sebahagian dari management di bawah Mourinho di Chelsea.
  • Bermula musim 2009-10, Villas Boas meletak jawatan dari menjadi staff Mourinho dengan niat untuk menjadi jurulatih utama. Akhirnya pada Oktober 2009, beliau dilantik menjadi jurulatih di kelab Académica di Liga Portugal. Di sinilah kehebatannya bermula.
  • Ketika beliau dilantik, Académica terperosok di bawah sekali di Liga Portugis, tanpa sebarang kemenangan langsung. Namun nasib berubah dengan kedatangan Villas Boas, apabila beliau menerapkan gaya bolasepak yang menarik & di akhir musim, Académica menamatkan musim dengan bergaya di tempat ke 11... 10 mata di atas zon penyingkiran. Satu pencapaian yang besar untuk jurulatih yang tiada pengalaman seperti beliau.
  • Musim 2010-2011, beliau dilantik menjadi pengurus kelab terbesar di Portugal, FC Porto. Pada 7 August 2010, dua bulan selepas menjadi pengurus Porto, beliau memenangi trofi pertama apabila menjuarai Portuguese Supercup menewaskan Benfica 2-0. 
  • Mencatat rekod 36 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan pada Disember. Rekod sebelumnya dipegang Mourinho sebanyak 33 perlawanan.
  • Dan semalam, 3 April, Andres Villas Boas membimbing FC Porto untuk kejuaraan Liga Portugis lima round lebih awal sebelum penamat musim dengan mengalahkan Benfica di stadium lawan. Dia hanya berusia 33 tahun ketika membimbing kelab utama menjadi juara, tak sampai 10 tahun pun beza usia beliau dengan aku!!
      Tengok sendiri rekod Porto musim ni. 25 games played... WIN 23. DRAW 2. LOSE 'ZERO'. Amazing record.
        • Bakal menjadi pengurus yang sukses. Di kala pemain bolasepak seusia dengan beliau seperti John Terry & Rio Ferdinand masih bermain bolasepak & menyambung kontrak, beliau memiliki resume yang cukup power untuk menjadi pengurus kelab utama di Eropah dengan pencapaian beliau seusia awal 30-an ini.
        Dia adalah dia antara pengurus² yang aku consider sebagai pengganti pilihan untuk jawatan Sir Alex Ferguson di Manchester United nanti selain favourite² lain seperti Joachim Loew (German national team), Pep Guardiola (Barcelona), Jurgen Klopp (Borrusia Dortmund) & Laurent Blanc (French national team).

        Ok. Enough entri pasal bola. Nanti readers kaum hawa cakap boring. 

        p/s : Ada ulser membengkak di antara gigi geraham dengan tekak (both sides). Nak buka mulut pun tak boleh. 2 hari tak makan apa just Milo campur Quaker Oat. Ya Allah siksanya. Lapar pun buat tak tahu je la~

        Wednesday, March 02, 2011

        Pemain Bolasepak Tendang Burung Hantu Di Atas Padang (Video)

        Burung Hantu???

        Ya burung hantu. Agak kejam sikap pemain bolasepak ni. Tak bolehkah kalau diangkatnya burung hantu ni elok² & letak di tepi padang?

        Apparently, pemain ni (Luis Moreno) terpaksa diiring ke luar padang selepas perlawanan akibat perlakuan beliau yang membangkitkan kemarahan penonton.


        Tuesday, February 15, 2011

        Reaksi spontan Alex Ferguson Yang LOL (picture)

        Serious aku tergelak tengok gambar reaksi spontan Sir Alex Ferguson lepas tengok Wayne Rooney score "overhead kick" yang jadi gol kemenangan Man United ke atas musuh tradisi diorang, Man City. Even Sir Alex pun rasa macam tak percaya kan? Tapi tak sangka pulak sampai seteruk ni. LOL


        Yang ni versi edited punya. Pandai betul internet² nerd ni edit kan... Bhahahaha!


        Apa² pun semangat player² looks good. Harap² dapat konsisten & maintain sampai hujung season ni...


        *Nice Hernandez reaction there

        Bye!