COMPATRIOT AKU

Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Saturday, October 13, 2012

Kecil Mata

Hanya mampu memerhatikan di setiap perubahan sikapnya.

Yang dahulunya bernama sahabat.

Yang kininya sedang menggamit bahagia bersama kesayangannya.

Sehingga melupai paksi-paksi tempat dia menghela nafasnya dahulu.

Hingga kadang-kadang aku terfikir

Kenapa manusia berubah?



Sunday, June 03, 2012

Kosong

pabila facebook sudah kurasakan hambar.
pabila sahabat-sahabat kesayangan kini kesibukan dengan tugas hidup masing-masing.
pabila soulmate berjarak jauh dari kedudukan aku sekarang.
pabila persahabatan yang dibina diputuskan oleh rakan yang tersalah faham.
pabila hidup terasa amat kosong walau sekadar menghirup air kopi panas di waktu petang ditemani lagu-lagu retro berdendang.
pabila kerja yang patut aku cintai, kini berubah kepada kerja yang aku paling benci.
pabila diri ini terasa hina dengan kutukan dan cakap-cakap orang lain.
pabila diri ini dihimpit tekanan hidup dek kerana kemahuan orang dan adat tipikal masyarakat melayu.
dan pabila tiada makhluk mahupun supersapiens sekalipun yang memahami situasiku ini.

aku tahu,
aku hanya ada Dia.
Maha Esa, di atas sana.
yang senantiasa mendengar doa.
dan esakan lemah hamba-hambanya.


dunia, tolonglah faham.



Tuesday, April 17, 2012

Pesan Hati

Tahniah Asyraful Naim.

Sekali lagi kau humbankan diri kau ke lembah separa-loser.

Hah. Menangislah semahumu sekuat-kuatnya. Tangis sedih dalam hati konon. Apa salahnya kau alirkan saja air matamu itu. Tak kasihankah pada hati?

Ini sesi kali ke-berapa? Kali ke-berapa kau tanggung situasi sama macam ini?

Kau dah usaha sebaik mungkin bukan?

Kau dengar apa saja cakap-cakapnya.

Patuh segala arahan dan kemahuannya bak perintah sang permaisuri.

Dia marah? kau dengar leterannya sambil mulut senget memohon maaf.

Dia bosan? Dengan penuh ikhlas kau telefon, mesej bagai nak rak. Tujuannya bagus,  menemani dan menunjukkan rasa kasihmu padanya. Tapi berbaloikah wahai manusia?

Tapi bila kau sedih, ada pihak-pihak ini memahami kau? Jawab, jawab?

Dan di akhirnya, kau umpama digantung-gantung, tanpa mengetahui arah mana kau harus pergi.

Padan muka. Pfftttttt.

Benar juga kata Naqiah Othman, sahabatmu. Benda yang kita kehendakkan, selalunya kita takkan dapat. Maka bersedialah sentiasa dengan ridho' dalam hati itu.

Kau usaha sedaya mana pun, kalau pihak di sebelah sana tak nampak waima butakan pandangannya, hasilnya pasti takkan memihak pada kau. Maaflah, jangan harap!

Sudahlah. Sabar banyak banyak. Apapun, aku sebagai hatimu, sedikit bangga dengan dirimu. Kau kental sebenarnya. Hati kau direnyuk-renyuk, perasaanmu disiat-siat dengan 'mereka mereka'. Kau masih boleh memalsu senyum. Hebat. Cuma keras lagi dengan kaum hawa ini, boleh?

Mereka memang kaum yang lemah dan perlukan kita sang adam, tetapi situasi diri kau itu priorty. Faham apa itu priority?

Biarlah. Mereka-mereka itu tidak faham. 

Bertabahlah. Ingat, jodoh Tuhan itu misteri.

Aku, sebagai hatimu, senantiasa alert dan tahu, kau memang KUAT, KUAT, KUAT!!



Saturday, March 31, 2012

Kenyataan Tentang Diri

Buka-buka,
Belek-belek,
Baca-baca,
Godek-godek,
Entri-entri nukilan hati
Kebelakangan ini.

Tiba-tiba aku tersadar.
Makin hari, aku sudah tidak seperti dahulu,

Mana entri-entri berkaitan gadget?
Mana karya-karya kispen yang aku mahu kembangkan?
Mana penulisan tegarku mengenai Manchester United?
Mana entri dengan teknik penceritaan dramatik yang selalu aku banggakan?

Dan persoalan yang betul-betul memukul;
Sudah jadi manusia negatifkah aku?

*sugul*


Tuesday, March 06, 2012

Monolog Pagi



Bangun pagi.
Jenguk ke luar tingkap.
Takde pantai.
Takde pasir yang memutih.
Takde deruan ombak.
Takde deru angin yang mendamaikan.

Yang ada hanya sebiji kereta wira dan beberapa buah motorsikal lalu lalang dengan bingit bising enjin motor.

Dem. aku rindu suasana langkawi.
Dan aku berharap, suatu hari nanti aku mampu berumah di tepian pantai.
Juga bergolek-golekan dengan pasangan hidup di atas lembut pasir.



Sunday, September 25, 2011

Entri Tanpa Tajuk. Dan Penuh Tensi.

3:20 pagi. Mata masih segar. Terkebil-kebil mengikut rentak kepala yang masih terang.

Manchester United kejap tadi baru je seri dengan Stoke.
Rekod kemenangan berturut-turut yang dicatatakan selema ni lebur..
Maka, mulalah para pembenci menyalak kuat-kuat tanda keseronokan. Termasuk member aku sekor tu. Alah, first time seri je pun nak riuh sekampung mamat ni. Typical haters. Takde modal.


Blur.

Meneguk air suling dari gelas kaca.


Memikirkan segala perkara yang berlaku dalam hidup sejak kebelakangan ini buat aku rasa nak muntah. Nak tidur, susah. Nak makan, kenyang juga.... tapi rasa tak best dalam perut. Buka blog, clueless. Buka facebook? Buka twitter? Ahhh....


Blur.


Pening nak menghadapi kata-kata orang lain. Hati tisu, cepat sentap dengan orang lain, laser.... bla bla bla. Dan letih juga menghadapi menghadapi mereka-mereka yang hipokrit, double standard dan perjantinaan (sexist) di sekeliling.

Timbul wajah BFF kesayangan aku dalam kotak fikiran. Ya, BFF. Best Friends Forever. Seorang demi seorang tersenyum. Comel. Tiba-tiba satu demi satu senyuman itu hilang. Jiwa aku rasakan kosong. Tubuh badan rasa sangat-sangat down. Pedih terasa dalam hati.

Aku sayang BFF aku tahu? Sayang sangat sangat. Kalau tak, mana mungkin badan aku jadi tensi secara menyeluruh bila memikirkan pasal diorang yang makin menjauh?

Aku rasakan lain bila bersama. Core atau teras bagi segala ini dah berubah. Tak perlulah terlalu saintifik, kerana aku pun tak tahu nak gambarkan macam mana sial.

"Ala biasa la tu, PEOPLE CHANGE lah. Biasalah kalau dah jumpa kawan baru. Or dah start berkapel, dan macam-macam lagi. Kita ni secara auto diletak tepi. Kau dah lupa Dayah? Zaidi? Seeraman Dynamic? Syafizah? Shahrul draftmen? Linie si engineer comel naik Ego? Sarah si Tomboy? Kak Surianie? Kak Ropisah? Ingat? Semua tu sama je la situasinya dengan problem kali ini." kata suara hati.

"Diam kau!" balas aku. "Aku tak nak diorang change. Aku mahu diorang yang asal dulu." sound aku lagi.


Blur.


Timbul pula wajah seorang muslimah dalam minda ini. Umur awal 20-an. bertubuh montok bak Kate Winslet. Bersuara kecil. Wajahnya comel. Pipi gebu. Jerawat dan parut-parutnya haram satu pun tak ada. Bak kanak-kanak usia 4 tahun. Pakai tudung bawal warna ungu. Senyumannya memikat. Sweet sangat sangat.

"Nanti kita tawen, seronoknya I dapat tengok muka you hari hari." Katanya sambil tersenyum girang.

Aku balas senyuman itu. Oh bahagianya! Makin lengkap hidup ini aku rasa. Ibu bapa masing-masing dah ketemu. Segala perancangan yang sepatutnya, disusun dan dilaksana rapi.

Tiga bulan selepas kata-kata itu keluar. Dia hilang. Dissapear in a thin air. Terus. Takde klu klu. Terus. Sebabnya? Takde kuasa aku nak cerita. Aku dah umpama terkena 'particle uplink canon'. Otak pun jadi blank.

Bila aku cuba luah kat orang lain, seperti biasa la kita orang lelaki. Ditertawakan.

Hampir 2 tahun perkara ini berlalu. Aku pun dah rasa lebih stabil berbanding tempoh seksa 6 bulan selepas kejadian tanpa jawapan tu berlaku. Tapi entah kenapa, susah betul aku nak lupa. Kekadang aku siap mimpi-mimpi dia lagi. Memang puaka bila perasaan kuat macam ni masih menyala even benda tu dah lama lepas.


Blur.


Kepala ku letakkan di atas papan kekunci QWERTY.  Seolah ada satu aura gelap kehitam-hitaman berlegar di sekeliling tubuh. Tarik nafas dalam-dalam, satu hembusan angin bayu paru-paru kulepaskan.


Tiba tiba rasa useless.

Tiba tiba rasa loser sangat sangat.


Kenapa semua ini? Kenapa aku? Kenapa semuanya serentak, dan tak henti henti?

Ini belum masuk pasal kerja aku lagi. Itu pun satu hal. Full of shitness. Itu tak kena, Ini tak betul. Sekejap engkau. Sekejap aku. Hang ingat aku robot?

Ya Allah, hanya padaMu aku berlindung dari rasa lemah dan takut, dari sifat marah yang melampau lampau, dari hutang yang banyak dikeliling pinggang, dari sihir, santau, fitnah dan buatan orang, serta dari rasa sakit hati akibat perbuatan orang lain.

Berharap hari yang mendatang akan lebih baik dari hari-hari penuh masalah sebelumnya. Aku sayang hidup aku.

Enough rant.