COMPATRIOT AKU

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Saturday, January 04, 2014

Selamat 2014

Sudah tiga hari 2014 menjengah dan aku baru nak update mengenainya. Tak apalah, belog aku dan aku pasti tiada siapa peduli akan ini. Apa pun, banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun yang lepas, mengikut perspektif aku;

Ditinggalkan. Tok cik Aishah, Pakcik Hayazi dan Pak Ndak Din meninggalkan kami selama-lamanya. Pemergian Arwah Tok Chik adalah sesuatu yag sudah diagak. Sakit tua sebebnya. Tetapi kehilangan Pakcik Hayazi dan Pak Ndak Din adalah sesuatu yang amat mengejutkan dan langsung tidak dijangka. Kelmarin beraya dan makan sama-sama, tup tup esoknya dah tak ada. Tahun ini semoga semuanya dipanjangkan umur dan sihat sejahtera saja.

Kerja. Senang aku nak ungkapkan, pekerjaan pada 2013 ini memenatkan, tetapi sangatlah menyeronokkan. Datang kerja awal, balik lewat malam. Menghadap kerja dalam bidang baru ini seronok sebenarnya, itupun jika enviroment kena dengan kita. Alhamdulillah, rakan-rakan sekerja di sini semuanya nice-nice sahaja. Fad, Zila, Abang Wan, Yoga, Ashwan, Ayu, Yatt, Atie, Unie, Pikah, Prema, Fina, Azmir dan lain-lain walaupun kadang-kadang ada yang macam mangkuk ayun, tapi memang rock. Kah kah kah. Jumpa ramai orang, kawan dengan bermacam orang, akhirnya berpisah dan jadi strangers jua. Inilah rencah hidup.

Usaha. Aku rasa, agak memuaskan juga tahun 2013 ni kalau nak cakap pasal usaha. Rasa macam level usaha aku naik sedikit berbanding tahun sebelumnya. Rasa saja ya. Still, banyak lagi nak kena improve. Tahun depan kena usaha lebih pulun lagi dan reap the rewards like a boss.

Emyu. Geram nak cakap bab ni sebenarnya, tapi nak cakap juga. Senang cakap, musim lepas, juara ternama Liga Perdana Inggeris. Kedudukan terkini di season baru, 11 mata ketinggalan di belakang pendahulu, 6 mata di belakang pasukan di tempat kelayakan akhir liga juara-juara, yakni Liverpool. Dem. Apa sudah jadi? Memalukan. Sampai sekarang aku tak faham kenapa David Moyes yang dipilih sebagai pengganti. Main boring, taktik negatif. Sama je di setiap perlawanan.

Cinta. Hahahaha. Boringlah bab ni. Lupakan dulu. Fokus pada yang lain.


Selamat tahun baru. Tahun ini, aku bakal berkelana ke negara orang.


Notes: Aku dah lama tinggalkan anime dan manga. Tak kira lah dimana pun, aku nak berlibur semula dengan seni-seni menghiburkan dari Jepun ni.

Wednesday, December 25, 2013

Kembali Ke Sekolah

Minggu lepas aku kembali ke sekolah teknik yang sekian lama aku tinggalkan. Sepuluh tahun. Tempoh itu adalah tempoh yang agak panjang untuk membuat comeback di situ. Tujuannya hanya satu; memungut kembali sijil SPM asal yang sepatutnya aku pungut lebih awal, bukan sepuluh tahun kemudiannya. Maka, aku berharap pemergian aku ke sana bukanlah sesuatu yang wajar dicontohi alumni-alumni sekolah yang lain.

Dan jika tidak kerana keberangkatan aku januari nanti ke himesfera selatan, mungkin aku tidak terfikir pun untuk kembali ke sekolah itu. Celaka, kan?

Menjejakkan semula kaki ke sana, adalah satu perasaan yang aneh dan tak terungkapkan dengan kata-kata. Antara perubahannya, pondok guard yang selalu kami kerumuni waktu "outing" dan pulang ke rumah kini sudah tiada. Hanya empat tiang penyokong dan bumbung sahaja yang ada, membikin ruang teduhan buat mereka. Kasihan aku memandangkan pakcik-pakcik jaga yang kepanasan dirogol bahang mentari dan percikan air air hujan. Apa bangang sangatkah guru besar tidak menyediakan proper pondok untuk memudahkan jaga di situ bertugas dengan jayanya? Ini kali pertama dalam era semua-sekolah-wajib-ada-guard yang aku temui satu sekolah tanpa pondok yang lengkap. Marah betul aku.

Selain itu, landskap sekolah juga telah banyak berubah. Iyelah, sepuluh tahun kan lama. Dahulu waktu aku mula bersekolah di situ, keadaannya hideous. Tiada pokok dan landskap yang menggiurkan. Bangunan tampak baru, tapi orang putih cakap, macam takde soul. Standard lah, waktu itu, aku adalah batch pertama sekolah.

Atas: Keadaan sekolah setelah sekian lama ditinggalkan. Kini sudah dihiasi pepohon landskap renek yang menghiburkan mata memandang.
Bawah: Cikgu Abdul Rahman Mahmud dengan ceramah dan kata-kata hikmat yang terpuji. Sejak dari awal penubuhan sekolah teknik ini sampailah sekarang, beliau setia di situ.

Alhamduillah, sesi tuntutan tidak sesukar yang aku jangkakan. Sampai saja di pejabat, aku menyuarakan keinginan aku untuk menuntut sijil asal SPM dengan nada yang sedikit kaget tetapi berwajah penuh yakin. Aku fikir 80% kebarangkalian sijil aku sudah dihantar semula ke Pejabat Pendidikan Daerah, atau lebih teruk lagi, sudah dilupus. Dan justeru itu barangkali aku perlu mengisi borang tuntutan untuk dihantar ke putrajaya bagi mendapatkan sijil SPM yang bukan seperti sijil asal, tapi substitute. Tapi itulah magiknya, sijil aku sudah sepuluh tahun masih belum terusik dan masih kekal di pejabat sekolah, menanti masa untuk aku pungut. Easy.

Terharu juga saat ketemu PK HEM waktu aku belajar dulu, cikgu Abdul Rahman Mahmud di pejabat. Tak berhenti beliau bercerita akan pengalaman hidupnya di Perth, Fremantle dan Mandurrah. Cuaca, hidup, cara bekerja. Elok juga, sekurangnya ada tips-tips yang berguna untuk aku pakai di negara orang nanti.

Sekolah dan isi-isinya, selamat tinggal dan jumpa lagi.



Saturday, September 21, 2013

Tahniah, Bakal Engineer Kimia


Kongrejulesyen sebab dah berjaya jadi pawer dan buat mak abah kaklong abang Aina adik bangga.

Dan lepas ni kat hang lah aku nak mengharap agar hang boleh jaga family kita elok-elok kat sini sementelah bang Pon merantau kat tempat orang.


Tuesday, August 27, 2013

Tuesday's Words of Wisdom



Berborak dengannya, adalah waktu untuk api-api semangat menyala-nyala dalam diri.
Selalu bagi kata-kata penguat.
Selalu bagi kata-kata nasihat,
tanpa pernah rasa jemu.

Thanks Hyung for the nice words.
Nanti kita lepak sama-sama di pinggir Yarra River sambil minum Flat White dan Long Black.
Dan borak kosong sampai sore.

Janji.


Tuesday, July 30, 2013

Buku Merah


Alhamdulillah.
Selangkah lagi ke hadapan.
Harapnya tiadalah terbantut di pertengahan.


Notes: Entri ini diinspirasikan oleh Hana Ahmad. Aku sudah hampir terlupa dengan buku ini yang sudah siap hampir seminggu sebelumnya.



Saturday, June 22, 2013

Dua Puluh Tujuh

Yang aku buru masih belum jumpa, 
Yang aku impi masih belum capai.
Umur sudah tambah satu.
Tapi azam yang dipasang masih belum tentu.
Aku dan kehangatan tahi ayam berpisah tiada.
HA HA HA.


Motif gambar: tiada


InsyaAllah, tahun depan nak mula langkah baru.
Aku nekad.

Ah, tiada siapa peduli.
Selama ini sememangnya aku sendiri.

Better getting awesome in my own way.



Tuesday, June 04, 2013

Hari Hiba

Sabtu lepas adalah hari yang agak menghibakan bagi kami sekeluarga.

Setelah lebih dari sepuluh tahun, bekas isteri arwah pakcik akhirnya pulang ke kampung halaman tempat bekas suaminya membesar dan menjadi manusia bersama dua anak dan keluarganya dengan tujuan menyelesaikan beberapa masalah berkaitan arwah. Di samping itu juga mereka melawat kubur sambil mendoakan arwah yang telah lebih sebulan meninggalkan kami semua.

Pertama kali nenek bertemu muka dengan makcik (adakah dia masih pangkat makcik bagi aku?) sudah terdengar sedan sedu suara wanita wanita yang bercampur baur perasaan masing masing. Wanita yang banyak memendam perasaan sedih dan rindu. Si ibu yang kehilangan anak secara mengejut. Bekas isteri yang kehilangan bekas suami dan ayah kepada anak-anak. Si kakak yang selamanya dipisahkan Tuhan dengan adik kandung (dia yang banyak berjuang ke sana sini demi menyelamatkan hidup adiknya selama ini ─ mama aku) dan si anak yang tiba tiba menjadi yatim tanpa sempat melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. Semuanya.

Kami sedaya upaya mengelak untuk bercakap tentang arwah di masa hidupnya. Tentang masalahnya yang dia pendam ─ sehingga membawa ke liang lahad. Tentang pekerjaannya. Tempat tinggalnya. Tentang kesihatannya. Dan banyak lagi yang masih belum terungkai bagi kami.

Pertemuan diakhiri dengan penziarahan ke kubur, bacaan yassin dan panjatan doa ke arwah yang kami kasihi. Diiring dengan perasaan hiba yang tak tertahankan.

Bolehlah aku rungkaikan di sini, segala yang terjadi adalah amat menyedihkan. Aku pernah ditinggalkan kekasih, aku pernah dilukai akibat tikaman dari belakang tetapi tidaklah sesedih macam ni.

Aku harap arwah aman di sana. Moga Tuhan golongkan dia dalam golongan orang beriman dan dijanjikan syurgaNya.

Notes: Aku pun tak pasti kenapa aku rasa nak menulis benda ni, walau aku sebenarnya tak tahu pun bagaimana nak ceritakannya.


Sunday, May 26, 2013

Perangai

Kebelakangan ni aku bolehlah dikatakan berperangai persis seorang ibu mengandung yang menanti masa untuk melahirkan anak.

Hari hari selak kalendar. Periksa tarikh. Ingatkan diri berapa bulan lagi yang tinggal untuk aku sebelum semuanya bermula. Imajin benda yang tak patut dan bukan bukan. tweet pasal itu. Merapu pasal ini. Macam ibu yang mengandunglah. Selalu fikir pasal anak yang masih dalam perut lagi. Dia punya tangis, dia punya senyum. Dan macam-macamlah lagho yang aku selalu wayangkan dalam otak.

Tapi aku sedar, persediaan tu masih belum cukup. Tabah hati nak meneran anak keluar belum tentu lagi. Baju anak belum beli lagi. Lampin, susu, barang barang bayi pun masih belum tersedia. Nak bela anak guane kalau macam gini?

Aku selalu pesan ke diri sendiri, hal hal besar macam ni jangan dipikir sangat. Lagi dipikir, takkan habis semak debornya ─ tapi persediaan tu jangan tak buat lah.

Aku tunggu je disember ni menjengah dengan ketabahan. Aku tunggu je.



Saturday, April 20, 2013

Alhamdulillah

Usaha-usaha kecil sudah selesai.

Dari langkah kecil, kita berjalan. Cukup masa nanti, kita berlari pulak.

Moga tiadalah yang menghalang di pertengahan.


Januari, tunggu aku.



Friday, February 08, 2013

Untunglahhh



Sempat lagi berkongsi waktu Skype live tempoh hari.

Seronoklah. Mampu bergolek golek di atas dataran serba putih.

Untunglahhhhhhhh─



Wednesday, January 30, 2013

Terbang Tinggi-Tinggi


Akhirnya, hari ini, kau terbang juga.

Dan mampu aku bayangkan segala perasaan yang bercampur dalam kotak fikiran, hati dan perutnya.

Cemburu itu sudah mesti. Tapi perasaan itu penting untuk kebaikan diri.

Aku doakan kau bahagia dengan hidup baru.

Dan harapnya aku juga mampu terbang tinggi-tinggi ke sana.

Suatu hari nanti.


Wednesday, January 16, 2013

Satu Bungkusan Pembangkit Senyum

"Assalamualaikum. Ini Cik Naim ka ni?"

"Ya saya. Siapa ni?"

"Saya dari pos laju. Nak hantaq barang ni. Rumah cik kat Pokok Ketapang ka? Pokok Ketapang ni kat mana ah?"

"Pokok Ketapang? Pokok Tampang kot cik. Kampung Pokok Tampang."

"Oooo ok, ok. Rumah cik kat mana? Saya dari pekan Tasek Gelugor."

"Ok cik masuk simpang tiga depan balai polis tu, cik jalan terus. Sampai jumpa gelanggang futsal sebelah kiri, depan sikit cik nampak bus stop kan? Depan bus stop sebelah kanan jalan tu la rumah saya."

"Orait. Terima kasih. Satgi saya mai hantaq. Assalamualaikum."


Aku jawab salam perlahan, sambil benak bergetar getar memikirkan bentuk delivery apakah yang pos laju akan hantar. Dari siapa sebenarnya bungkusan ini?


Sesampai di rumah petangnya, pintu bilik kuterjah. Di atas katil, terdapat bungkusan bersaiz kecil, berbungkus kertas minyak. Kertas pembalutnya aku koyak, menampakkan isi dalamnya yang berlatar putih. Oh. Sejenis coklat rupanya. Coklat putih, strawberry almond ─ spesis coklatnya. Di sebelah atas kotak, terlekap sekeping kertas warna merah jambu dengan goresan nota "happy new year" dan secubit pesan buat orang yang semakin tua.

Aku senyum. Sambil liang-liang tubuh menghambur hormon-hormon ceria.

Di kala diri sendiri makan hati, tetiba dapat coklat free.

Buat pemilik tweethandle @_anithsa, terima kasih atas pemberian anda. Di kala dunia siber sibuk memangkah-maki BBNU (tak faham? Google maksudnya) bernama Shasha Mendoza (tak kenal? Google sekali namanya), sememangnya masih ada Shasha yang berpekerti pemurah dan tenang jiwa.

Selamat tahun baru juga untuk anda. Jangan sedih, jangan kecewa. Tahun ini dapatkan lesen kereta, brader mamak yang kacak gila dan makan kambing sepuas-puasnya, ya?


Nampak tu? POKOK KETAPANG. ya Pokok Ketapang.

Gelak-gelak aku dengan nama kampung aku yang Anith hentam ni.
No wonder abang Pos Laju blur tadi.



Wednesday, January 02, 2013

2013: Nota Pendek

Sudah beberapa hari 2013 menjengah. Bloglist juga mencanak lajunya dengan kemaskini berkaitan angka 2013. Dan aku pulak baru terhangkak hangkak nak menulis pasal tahun baru. Tipikal aku. Suka menulis lah, nak improve penulisan lah. Nak tekel awek dengan karangan lah. Taburan janji janji palsu. Platform belog dah ada, tapi pemalas aku ni aku sendiri pun tak tahu nak ubah macam mana.

Ok berhenti mengarut. Ini antara peringatan dari tahun lepas dan revolusi untuk masa akan datang.

Ketidaktahuan masa depan dan ketidak-stabilan hidup yang masih bercelaru. Aku kini, adalah tergolong dalam golongan manusia yang masih belum berpuas hati dengan apa yang aku capai. Sedikit sedikit tak puas hati. Sedikit sedikit cemburu dengan orang lain. Di tahun baru ini, moga segalanya dapat di-neutralkan.

Tuhan. Ada juga aku terfikir. Selama aku solat dan berdoa kepada-Nya, adakah segala amal dan ibadah aku diterima? Adakah semuanya dilakukan dengan betul caranya?

Kena ingat. Nak sukses, tak boleh sombong dengan pencipta. Nak bahagia, hubungan dengan boss besar kena jaga. Sedar diri sikit.

Mama. Wanita berhati besi dan termulia di sisi aku. Sentiasa ada meski aku senang, jua aku susah. Aku nak tukar sedih tangisnya kepada senyuman bangga. Yes I will. Tunggu mama. Tunggu.

Sambung belajar. Aku sedar, kalau aku tak bertindak sekarang, keadaan akan jadi lebih sukar. Bezanya, aku mahukan jurusan yang aku ingini. Yang aku minati. Yang aku rasa ikhlas pelajari. Aku, seperti sesetengah yang lain ─ mengidamkan master. Juga PhD.

Borussia Dortmund. Tahun lepas, cinta bola keduaku selepas Em-yu sudah aku ketemu. Tahun ini, moga kelab berbelang kuning-hitam dan berpenyokong garang ini terus sukses di liga Bundes di bawah tunjuk ajar Jurgen Klopp. Dari kelab berstatus lemah, miskin dan hampir bangkrap, Dortmund diselamatkan Klopp menjadi juara liga dua kali yang digeruni. Biar tidak segah mahupun sekaya Bayern Munich, asal prinsip terhormat dan corak counter-attack terus dipertahan.

Aifa. Adik bongsuku yang sudah masuk ke tingkatan dua. 2012, kali pertama dia menjejak kaki ke asrama. Ya Tuhan, peliharakanlah kesayangan aku dalam menempuh dunia remaja yang penuh uji-duga.

Rakan-rakan. Seperti tahun tahun sebelumnya, tahun lepas ada yang datang, ada yang kekal, ada yang pergi. Dengan usia yang makin menghampiri mati, segala sikap-sikap manusia dalam menjaga silaturrahim sudah aku lali. Yang masih ada, terima kasih. Yang sudah hilang entah kemana, aku doakan bahagia buat kalian semua.

Rindu kanak-kanak ini juga sebenarnya.

Cinta. Ada beberapa yang mencuba. Ada beberapa yang kucuba. Tapi semuanya hampir sia-sia. Kenapa hampir? Sebab berkait kemahuan aku, dan attitude mereka. Ada lah, aku malas nak cerita. Cumanya, ada seorang je yang still sangkut dalam jiwa.

Jodoh. Aku perlu lebih berhati-hati agar tidak termasuk "longkang-longkang cinta". *batuk*. Bagi aku ia tidaklah terlalu penting untuk difikirkan, tetapi melihatkan orang lain yang kucar-kacir bersama pasangan, membuat aku kadang kadang rasa ditekan. Dengan faktor umur yang tak perlu aku bangkitkan (baca: tua) acapkali aku fikir aku loser. Tapi bila fikir balik, kenapa pulak nak anggap diri loser? Jodoh itu Tuhan dah tetapkan. Seperti pesan seorang kenalan, "AR Badul dengan Os pun ada bini. Salih Yaakob yang tak hengseng pun beristeri empat, apakan pulak hang". Celaka punya nasihat. Tapi ada juga betulnya.

Cara berfikir. Ini lagi satu hal. Nak jodoh yang baik, kena ubah diri jadi lebih cemerlang, barulah jodoh yang cemerlang diluar dan dalam itu datang. Nak ubah diri jadi lebih baik, cara berfikir perlu di-tailor jadi lebih baik. Law of Attraction (yang ini aku cuba dalami bertahun) cakap, "Dunia luar adalah cerminan dari cara pemikiran kita". Berfikir positif, yang positif akan datang ke kita. Fikir negatif selalu? Faham-faham sendirilah. So untuk diri sendiri, berubahlah woi!

Di kesempatan ini, aku hulur maaf buat semua. Segala marah/kurang ajar/jelak harap dilupa. Andai aku jahat celaka, doakan aku berubah jadi manusia. Jika ada secubit kasih sesama insan dalam jiwa, doakan aku capai mimpi mimpi yang aku pendam lama.

Selamat dua kosong satu tiga.

p/s: Celaka panjang pulak 'nota pendek' aku ni.



Friday, December 28, 2012

Motivasi


Mesej yang diterima awal pagi semalam. 

Buat aku tersenyum. Kerana apa? Kerana dia. Yang jauh. Ya, dia tak pernah lupa.

Walau kita berbeza agama dan kepercayaan. itu semua kau tak pernah kisahkan. Yang kau nampak di hujung pemikiranmu, hanya persahabatan. Meski jauh dan jarang sekali dapat bersua muka, perihal diri aku kau tak pernah sesekali lupa.

Saat kau minta izin aku supaya sama sama membantu untuk menaikkan motivasi bila keadaan sukar nanti, buat aku jadi terharu. Bukan apa. Siapalah aku bagi kau. Kau jauh lebih superior berbanding aku. Aku ini entah siapa-siapa. Hanya warga bumi picisan yang menyimpan partikel-partikel impian yang sudah lama membeku dalam kotak hati ─ yang kini sudah dicairkan dengan api-api motivasi. Walau begitu kau tetap ketepikan segala perkara perkara enteng yang tidak penting itu. Demi sama sama mencapai impian yang dipendam dan diusahakan.

Kita berkongsi jalan impian yang seakan sama. Jalan impian yang kelihatan hampir mustahil dicapai. Yang tidak sampai suku kita kerjakan. Yang berliku-liku dan meletihkan. Hingga kadang kadang buat aku rasa letih tak berdaya dan terfikir, "ah, sudahlah setakat ini sahaja. Appreciate saja apa yang aku dah ada, dan lupakan saja semua usaha yang tak akan kemana".

Kerapkali aku bermonolog sebegitu. Dan syukurlah, kau selalu ada. Membangkang dan menyalakan kembali api semangatku.

Beruntung aku rasa, dikurnia kenalan sebegini. Sesungguhnya.

Terima kasih, kawan.



Tuesday, December 11, 2012

Makan Free

7:53 pm.

Mengantuk. Usai solat maghrib, aku bermalas-malasan melayan perasaan di atas tilam empuk kegemaran. Sedang aku enak berbaring di atas katil sambil cuba menyelak helaian novel Kolonial Mimpi, tanpa semena-mena telefon genggamku berbunyi.

[berbunyi nada dering lagu tema tetris]

Terpapar di skrin : Yanie

Aku: Samekom. Ya yanie awat apa cerita call ni?
Dia: Waalaikumussalam. Dak la. Kami dok keluaq dengan ayie ni. Nak bawak dia keluaq makan. Tiba-tiba teringat janji dengan angpa pasal belanja haritu. Angpa ada kat mana ni?
Aku: Kat rumah la. Rilek rilek ja pun.
Dia: Haaa kalau lagu tu jom la. Mai la kat KFC Sungai Dua ni. Cepat sikit.

Bagai satu arahan bagiku, aku bangun, semangat. Wajah aku cuci sambil merenung cermin. Untung kepalaku dah sedia gondol, tak perlu lagi nak bajet-bajet rambut dengan gel waktu waktu sebegini. Sarung jersi "evonik" Borussia Dortmund dan seluar jeans skinny Edwin rona biru langit cerah ke tubuh.  Kepitkan CD audio BigBang di celahan ketiak, ambil kunci kereta dan sarung selipar jepun hitam tanpa jenama sebagai pelapik kaki. Hidupkan kereta dan meluncur laju dalam pekat malam kampung menuju kedai makanan segera popular semalaya. Sambil bersiul riang lagu pop korea.

8:16 pm.

Malam itu, entah tak semena mena aku dapat makan dan kenyang percuma. Melebar senyum sampai ke telinga. Yelah, siapa tak gembira di-treat makanan percuma? Alhamdulillah. Dah rezeki orang kata.

Mata kemain sepet. Kalah amoi iklan MyEG. Dah nak jadi milik orang dah pun. Tak lama lagi.

Syukur kerana Tuhan pertemukan dengan golongan sahabat seperti dia. Tak sombong, bakhil jauh sekali. Cakapnya, sekarang ni, bolehlah nak ajak jumpa, lepak dan belanja. Lepas ni kalau dah jadi milik orang, entah nak jumpa pun susah rasanya. Lumrah perempuan sudah bersuami, kan?

Persahabatan renggang dengan kawan-kawan disebabkan makwe, pakwe dan perkahwinan? Ah, sentuh pasal bab itu yang aku tak berapa gemar.



Sunday, December 02, 2012

The First Step To Everything


From back, left: forgot his name (planning to work in UK), Stanley (applying the Australian PR), Xiao Tian (applying the Australian PR), unimportant, Marcus (plan to further study in Australia), Leong Yin Pei - my best buddy in the class (a nurse planning to work in UK), Warren Tho (an accounting student in Melbourne, applying Australian PR), Belinda Choi (financial advisor, planning to work in Australia) and Mr Leong (planning to work in Australia).

Front, from left: Steven Muru (audit advisor, planning to work in Australia), forgot his name (A-level student, plan to further study in UK). Mr. Keith (our guru). Denis (PHD student from Russia, planning to study in Malaysia), Pazlida (a doctor in a hospital at Alor Setar, planning to work in UK) and Anna (Russian student, planning to enroll herself in a PHD program in Oil & Gas Engineering in Malaysia, maybe at Universiti Teknologi Petronas).

Now the exam had finished, I will miss them much. The happiness in class, the joke, the laugh, the inspiration.

Everybody have they own plan for the sake of their future. And they worked hard for it. I hope everybody get what they want and fight for it until the end. May God bless us, eventhough we are differ on culture or religion.

Hopefully we'll stay in touch and meet again, someday. I miss u all!



Saturday, November 17, 2012

Kenduri

Kini adalah antara tempat kunjungan kegemaran gua.

Bolehlah dianggap seperti "mini hari raya". Sebabnya? Meriah dengan si cantik - si cantik manis yang ranggi dengan pelbagai gaya dan busana.

Saat gua terpandang, memang berpeluh-peluh ketiak gua rasa. Yang ber-shawl, yang ber-skirt panjang, yang bertudung bawal dan berbaju kurung moden. Dan yang paling memberangsangkan, yang ber-kebaya ditambah dengan wedges pelbagai gaya.

Betullah. Perempuan adalah golongan yang Tuhan jadikan cukup indah. Hati bergetar memandangkan si comel makan dan ketawa.

Terapi semulajadi orang kata.

Dan di hari sabtu lepas, sekali lagi fokus gua untuk makan nasik hujan panas di kenduri seorang kenalan agak terganggu.

Milik siapakah, gerangan makwe berbaju kurung rona ungu? Kemain comel gua perhatikan sambil tersipu-sipu.


Forgive me. I think I'm slowly turning into a pervert. Photobucket

Nak makwe!




Tuesday, November 06, 2012

Mimpi

Semenjak dah putus ni, memang gua tak nafi, gua asyik mimpi je budak tu.

Basah atau tidak bukanlah persoalannya.

Dan malam sabtu lepas, elok-elok je Santi Cazorla skor minit akhir ketika Arsenal di perjalanan menuju kekalahan menentang Manchester United, tiba-tiba handset gua berbunyi.

Gua tengok skrin handset. Tak sempat gua nak pikir pikir, secara spontan gua ter-tekan butang angkat. Celaka punya ibu jari.

Kedengaran satu suara lembut di hujung talian. Dah lama gua tak dengar suara tu. In fact, gua pun dah lupa bunyi suara dia macam mana.

Kami bercakap bukanlah sekejap. agak lama juga. Rindu, katanya. Tak boleh lupa, katanya. Ingin tahu khabar, katanya.

Gua pun bercakap dalam redha-tak redha. Bukan menyombong, bukan membenci. Gua cuma nak move on. Dan hati masih pedih terpikirkan perihal dulu. Siapa cakap gua tak rindu? Siapa cakap gua tak mahu ketemu lagi?

Dia tanya soalan pun, spesis bukan mahu menjaga hati gua punya soalan. "Kerja macam mana?" "Tak keluar dengan kawan-kawan ke malam ni?" Dan yang paling berbisa, "Dah ada pengganti?".

Jilaka.

Tapi entah kenapa dia berjaya tahan gua dari letak fon ni terus. Dah tahu hot-button gua yakni titik kelemahan gua gamaknya.

Jilaka.

Rindu la woiiiiii! Photobucket


Gua termimpikan makwe ini semalam. Dan tiba-tiba boleh pulak terjaga awal - pukul 3:30 pagi. Terus gua buka cerita Edward Scissorhands sambil kunyah kacang Koh-Kae. Sampailah ke subuh.

Dari sudut psikologi, jika kita kerap teringatkan seseorang, berkemungkinan besar 'seseorang' itu pun kerap teringatkan kita.

Makanya, ex-girlfriend gua dan Wynona Ryder pun kerap teringatkan gua lah. Gitu?



Thursday, October 25, 2012

Sate dan Rabak

Mata gua tertancap pada seorang makwe.

Pegang handset.

Main tuitter.

Main Whatsapp.

Buka laman mukabuku versi android.

Senyum sorang-sorang.

Ambil secucuk sate.

Buangkan kulit dan lemak.

Masukkan dalam mulut perlahan.

Cakap itu ini.

Komplen sana sini.

Senyum kambing.

Kembali belek handset.


Gua perati je sambil menguntum senyum tawar.

─
─
─
─
─
─
─
─
─

Tapi, sedikit pun gua tak kisah.

Dia memang sporting.

Sombong? Jauh sekali.

Selalu hulur kata-kata semangat.

Mengukir senyum pun tak pernah penat.

Terima kasih sebab temankan kita yang tengah rabak teruk.

Awak memang buktikan yang awak betul-betul tatang gelaran BFF tu.

Tahniah.

Dan hati lega. Request nak makan sate dikotai juga semalam.

Dan sepinggan nasi ayam kongsi dua orang.

Entah berapa lama sudah tak mencecap isi ayam dengan kuah kacang.

Seorang sepuluh cucuk.

Nasib baik ada gerai sate yang belum tutup hampir pukul 11 malam.


Muka bulat katanya. Bulat-bulat pun, habis licin pinggan. Tudia!