COMPATRIOT AKU

Showing posts with label random video. Show all posts
Showing posts with label random video. Show all posts

Friday, February 01, 2013

Random Video # 11 - Doki Doki Love Mail

Kutuklah aku. Gelakkanlah aku.

Aku memang minat lagu ini. Penyanyi ini. Genre ini. Sejak dahulu lagi. 2003. Apa perlu aku peduli?

 photo wink.gif





Monday, December 12, 2011

Random video #9


Bibir mengukir senyum.

Tubuh bergetar.

Wajah kegirangan.

Sudah bertahun tahun aku melayani francais permainan video ini saban malam, dan kali ini, versi baru bakal dikeluarkan pada 2013. Grafik baru, enjin permainan yang baru, watak baru, persekitaran baru, maps baru, tank baru, chopper baru, A.I. baru...

Command & Conquer Generals 2.

Oh please... I'm craving for this!


Friday, November 04, 2011

Random video #8

Mula-mula waktu perkenalan aku dengan lagu ni, memang aku tak tahu bahawasanya Muse juga menyanyikan sebuah lagu soundtrack untuk Filem Twillight.

Muse + The Twillight Saga. Kombinasi yang langsung tak kena.


Tapi walau macamana pun, lagu ni enak didengar. Typical Muse dengan rempah ratus musiknya yang memikat.

Lagu ini kudedikasikan khas untuk pasangan-pasangan yang bercinta di luar sana. Berpasang-pasanglah dengan seeloknya. Cepat cepat ikat kalau dah mampu.

Notes: Tiba-tiba berdedikasi secara rawak. Apa kena dengan aku hari ni?

Saturday, October 08, 2011

Random Video #7

Kelmarin aku continue balik aktiviti blogwalking aku yang dah lama aku tak buat. Rasanya dah berbulan nian aku tak mengembara ke serata blogsphere yang luas ini. Yang aku tahu is update. Taip... delete, taip... delete, taip... delete, taip... delete, taip... delete, taip... delete. Terhangkak hangkak nak siapkan satu entri. Sedangkan asas berblogging ni aku dah tinggal. BLOGWALKING.

Then tiba giliran aku menapak ke blog ini. Maaf aku nak cakap, seriously aku memang tak suka blog yang ada autoplay song ni. Ah, autoplay ke autopay ke aku rasa korang paham maksud aku. Tapi dalam tak suka aku tu, first time dengar lagu autoplay waktu itu buat aku punya level semangat tetiba naik. Biasa lah kepala dah tak betul tapi masih degil nak blogwalking kan.

Ku dengar, ku resah (sebab takde diprovide kan tajuk kat playlist blog tu), ku google, ku download, ku play barang seround dua, ku sync dengan iPod aku. Setel dah kalau dah level masuk iPod. Selamat.


Rubbish video clip, quite a good song.

Notes : Aku tak minat langsung dengan Selena Gomez ni. Juga rakan rakan seangkatan beliau dari channel kartun tu. Tapi lagu ni, bagi aku kena dengan hati muda aku kot. Eh aku kan muda lagi. Kah kah kah.