COMPATRIOT AKU

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

Sidney Sheldon — Bloodline. Sedikit Review.


Satu lagi penulisan yang enak dari Sidney Sheldon. Novel ini permulaannya tipikal, dengan penceritaan flashback dan sejarah susur galur keluarga Roffe dan ulang cerita tentang zaman kanak-kanak watak utama, Elizabeth (ianya langsung tidak membosankan). 

Hanya di muka surat 200 dan seterusnya, temponya berubah, dan di setiap pembacaan buat aku terpaku di seat dan meja membaca khas di State Library of Victoria yang empuk dan selesa ini. 

Mr. Sheldon sangat bijak menyusun plot dan lenggok bahasanya buat aku teruja. Kisah Rhys Williams dari Gwent and Carmarthen, Wales yang bekerja untuk Sam Roffe sejak di usia muda, Alec Nichols yang obses akan isterinya Vivian, Walther Gassner yang juga seperti Alec sayangkan isteri tetapi sangat membenci anak anaknya, tentang Ivo Palazzi dan Helene Roffe-Martel dan Charles Martel. Kisah mengenai Elizabeth yang kematian bapa akibat kemalangan yang dirancang di Chamonix, menyebabkan Elizabeth tiba-tiba menjadi gadis paling kaya di dunia. Dan itu menyebabkan seseorang, di satu sudut dunia, berharap Elizabeth harus menemui ajal. 

Apa lagi yang aku boleh cakap? Vintage book, tapi worth it. 

Yang pasti, akan aku cari dan telaah karya karya beliau yang lainnya. 

Sunday, March 13, 2011

Review : 28 Days Later (2003)

-Entri ini agak panjang. Dipersilakan baca. Harap maklum-

Bayangkan...

Satu hari, tiba² korang terbangun dalam hospital...

Siapa pun tiada.. senyap sunyi. Tengok kiri kanan, peralatan hospital tunggang-langgang... Korang tak ada idea apa yang dah berlaku... Terpinga²...

Kemudian, korang keluar dari kawasan wad. Dalam kebingungan, korang tinjau² kawasan sekeliling hospital. Bersepah², seolah² ada bencana berlaku. Kerusi meja bersepah², lantai penuh darah, dan yang paling tak best, suasana sekeliling yang senyap sunyi sahaja. Yang peliknya, tak ada seorang manusia pun kelihatan. Korang mesti tertanya², apa yang dah berlaku?

Inilah yang berlaku kepada Jim, watak utama dalam filem yang diterbitkan pada 2003, 28 Days Later. Sebuah filem 'British zombie horror' yang diarahkan oleh Danny Boyle.