COMPATRIOT AKU

Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Review : 28 Days Later (2003)

-Entri ini agak panjang. Dipersilakan baca. Harap maklum-

Bayangkan...

Satu hari, tiba² korang terbangun dalam hospital...

Siapa pun tiada.. senyap sunyi. Tengok kiri kanan, peralatan hospital tunggang-langgang... Korang tak ada idea apa yang dah berlaku... Terpinga²...

Kemudian, korang keluar dari kawasan wad. Dalam kebingungan, korang tinjau² kawasan sekeliling hospital. Bersepah², seolah² ada bencana berlaku. Kerusi meja bersepah², lantai penuh darah, dan yang paling tak best, suasana sekeliling yang senyap sunyi sahaja. Yang peliknya, tak ada seorang manusia pun kelihatan. Korang mesti tertanya², apa yang dah berlaku?

Inilah yang berlaku kepada Jim, watak utama dalam filem yang diterbitkan pada 2003, 28 Days Later. Sebuah filem 'British zombie horror' yang diarahkan oleh Danny Boyle.


Tuesday, March 08, 2011

Ya Allah Lawanya Kereta Ni....

One of my favorites... Tengok saja dah stim. Dengar bunyi deruman enjin, inzal terus!



Amacam? Any thoughts? =)

Monday, March 07, 2011

Anjing Ganggu Perlawanan Bolasepak Liga Brazil (video)

Sikap anjing yang mengganggu sesuatu pemainan bukanlah sesuatu yang pelik. Tetapi jika anjing itu adalah anjing polis yang terlatih, lain pula ceritanya.

Inilah yang berlaku dalam satu perlawanan bolasepak liga Brazil pada minggu lepas

Kelab Ituiutaba and Uberlandia bertemu sesama sendiri dalam saingan liga Mineiro. Tetapi di pertengahan perlawanan, seekor anjing polis yang bernama Agil terlepas dari jagaan penjaganya dan masuk ke padang.

Penonton perlawanan bersorak melihat aksi anjing polis ini di atas padang dan pemain pula hanya mampu melihat sahaja anjing itu menggigit bola dan bermain-main dengan bola itu hingga di tengah padang.

Thursday, February 17, 2011

Gambaran Masa Depan Dengan Gorilla Glass Yang Cool

Untuk pengetahuan korang, Gorilla Glass ni adalah sejenis glass tahan lasak yang melindungi smartphone & tablet daripada calar & rosak. So bayangkanlah di masa depan nanti seluruh kehidupan seharian korang berkisar di sekeliling skrin ni. Bukan sahaja di rumah, malah dalam kenderaan, shopping complex, tempat kerja, even di bullet train station pun ada.

Kaca bukan sebarang kaca.. this is Gorilla Glass.


Nice concept!

List of phone/products that use Gorilla Glass HERE

Monday, February 14, 2011

Random Video #4

Lagu yang dahulunya sangat popular di kalangan budak² sekolah yang seangkatan denganku. Dear readers, still remember it?

Linkin Park - In The End



~kenangan oh kenangan~

Saturday, February 12, 2011

KAMI BLOGGER UTAGHA

Salam sabtu.

Ni entri khas untuk GKSB ya. Kenai dak GKSB? kalau tak kenai klik la kat link GKSB ni noh.


Buat cik Gadis Kampung Separa Bandar :
  • Saya orghang asal BM.
  • La ni dok Sek Goq (haha paham² la nuh)
  • Mengaji kat utagha ja.
  • La ni qeja pon kat utagha jugak.
Haa... utagha teruk kan? Semua nak utagha.. Pasaipa aku nak join? Pasai nanti kalau ada gathering buleh la pakat² jumpa. Buleh tambah member blog belah utagha ni. silap² buleh kenai² dengan awek cun kan?


Notes : Buat blogger² utagha.. jom la join skali noh. Pakat² la bagi meriah sikit. Nak join klik SINI :)

Thursday, January 13, 2011

Situasi Pagi Tadi

Bangun tido...
Mandi-mandi...
Buka lappy...
Buka safari...
Tengok result footie...
Senyum lebar macam hantu... sebab...

LIVERPOOL KALAH LAGI!!!

 HAHAHA
KRAP = Kenny Remains at Pool

Plus, pasukan passing-paling-cantik-di-dunia (Arsenal) pun tersembam ke bumi... kalah 1-0 to Ipswich Town, team yang tengah struggle dalam liga Championship (& bermain tanpa manager masa tu). Dah la Wenger guna skuad yang agak kuat pun kalah jugak... nice one Wenger!

DOH!

*tak apa Wenger, still ada second leg lagi.. U olls will be at Wembly punya.

~ For a short time, what a nice moment to be a Manc ~

Wednesday, January 12, 2011

Facebook Nak Ditutup? Hoax!!

Kecoh dalam FB sehari dua hari ni, pasal laman sosial 'number one', 'most famous' & 'the most magnificent one' bla bla bla milik seorang anak muda American named Mark Zuckerberg yang nak ditutup. Abih kelam kabut cik Jannah Aurora, puan Ummie, cik Rose Fauzi & makcik Milah nasik lemak sedap buat ayat2 pasrah bila taw cite ni. Tapi jangan risau, sebenarnya berita ni bohong at it's best je.

sumber hoax klik di sini

entri menentang khabar angin klik sini 

Antara petikan kata-kata keramat 'palsu' enchik Zuckerberg dalam berita tu;

“Facebook has gotten out of control.”
“And the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
- Stress? keja apa yang tak stress? Just sebab stress, terus nak shutdown FB? baik aku ganti tempat zuckerberg je kalau camtu..

“I personally don’t think it’s a big deal.” 
“And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.
-Not a big deal eh? lol.

“I don’t care about the money,” 
“I just want my old life back.”
-hahaha. Aku rela keja stress2 tapi gaji bulanan hundred million dollars.

 gua stress. gua dah hilang akal. gua nak tutup FB.

p/s : Bak kata si Usop dalam muvee Hantu Kak Limah Balik Rumah, "nampak sangat bohongg..."

Saturday, September 04, 2010

Andai `Boy` Tahu.....

Salam....

Terasa macam nak share video yang haku ter-tengok @ facebook ni. Pembaca yang dikasihi, especially lelaki, layan je la~


Notes : Jiwang la pulak. But I don't care. Me also a human....haha

P/s : Serious lovely background music dalam video ni... Download layan dalam iPod pon ok gak. Boleh layan time² stress, time² nak sleep, time bengang kat bos, time² tengah melabur (haha ni bohong la, confirm).... Anybody knows something pasal background music ni?

Friday, July 30, 2010

Nokia Symbian^4 OS terbaru

"I love phones... I love techno thingy... it can make me smile sometimes.."

Ramai yang tahu Nokia buat handset yang bagus. Tapi, antaramuka (atau OS/Operating System) handset diorang quite dull dan boring kan? Tengok saja OS Symbian yang Nokia hasilkan (Symbian S60 3rd Edition untuk handset biasa, S60 5th Edition khas untuk touchscreen). Daripada dulu sampailah sekarang memang no 'wow' factor pun (sememangnya dipersetujui penggemar handset Sony Ericsson).~

Symbian S60 3rd Edition
Symbian S60 5th Edition


Tapi baru-baru ni nokia memperkenalkan OS Symbian terbaru yang mereka bangunkan untuk pasaran 'mid-range' (sasaran golongan pertengahan) iaitu Symbian^4 . Syot dibawah menunjukkan homescreen, pop-up menus, widgets, dial pad dalam OS Symbian^4 dan lain-lain lagi...




Menarik...walaupun still nampak boring kalau nak dibandingkan dengan handset yang guna OS Android, Windows atau iPhone (lawa dowh!). At least ada juga peningkatan & pembaharuan. Symbian^4 masih in the beginning of development phase dan masih banyak masa lagi untuk dimajukan sebelum dilancarkan pada 2011 nanti..

Notes : Ada chance boleh lawan iPhone & Android punya OS yang cun-melecun tu ke? kita tunggu dan lihat...... *still love my E72 so much! ♥

Friday, July 16, 2010

Tersurat & Tersirat

Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang diorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan… ;))

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

kredit to kenalanku Alia for your sharing....