COMPATRIOT AKU

Tuesday, November 30, 2010

Lembu Terbesar Dunia... Mak Aih~

Fuuuuuuuuuuu.... kalau kena sondol jahanam nih... 

Namanya bullock ni The Field Marshall... & baru berusia 8 tahun jer!






Thursday, November 18, 2010

David After Dentist & David After Drugs . LOL

Ini antara video yang agak feymes di YouTube, David After Dentist. Video ni mengenai aksi spontan seorang kanak-kanak, David DeVore Jr. yang selesai berjumpa dengan doktor gigi yang mencabut 'extra tooth' beliau. Disebabkan kesan bius ke atas David (ini kali pertama David bertemu doktor gigi), dia berkelakuan agak aneh dengan kesan ubat bius itu. So mulalah dia merapu & bercakap bukan-bukan dengan ayahnya~


"Is this real life?"... "Is this going to be forever?"

Sehingga entri ini ditulis, seramai 72,371,052 warga dunia dah pun view.

Ini pula parody untuk video di atas bertajuk David After Drugs. Selalunya parody untuk video² di Youtube bukanlah popular sangat, tapi video parody ni agak popular di YouTube, dengan 10,531,338 views.



"I'm so horny".... "I have two balls!"....

Agak lucah jugak LOL

official site : http://www.davidafterdentist.com/

Notes : This kid terus jadi selebriti. How YouTube videos can change their lives.

Saturday, November 06, 2010

Pencuri Seluar Dalam Terkantoi

Seorang penggila seluar dalam di Jepun berusia 54 tahun ditangkap kerana cuba untuk menggunakan alat pancing sepanjang 4 meter untuk mencuri seluar dalam wanita.
 
Kejadian ini berlaku pada minggu lepas apabila seorang wanita berusia 21 tahun dan suaminya sedang berehat di apartmen mereka di tingkat 2 ketika baju mereka yang baru dibasuh disidai di veranda.
 

Pada ketika itulah pervert tersebut yang sedang berjalan di kompleks apartment tersebut tiba-tiba terlihat akan bra dan panties wanita tersebut meliuk-lintuk ditiup angin. Apa lagi, pervert licik ini terus berfikir tentang cara nak mendapatkannya. Tapi bagaimana?

Kemudian syaithonn berbisik kepadanya,"kenapa tidak digunakan joran dan alatan memancing?". Jadi dia pulang ke rumah, mengambil alatan memancing yang diperlukan dan kembali ke kompleks apartment itu, dan secara sembunyi-sembunyi berusaha mendapatkan seluar dalam wanita tersebut. Tapi malangnya, suami wanita tersebut mendengar sesuatu yang pelik dan keluar untuk menyiasat apa yang berlaku.

Setelah terlihat pakaian dalam isterinya cuba dicuri, lelaki tersebut terus meluru ke bawah dan membelasah pervert tua itu sementara isterinya menelefon polis.

Di Jepun, sesetengah pervert gemar mencium seluar dalam wanita, dan ada juga yang suka memakainya. Apa yang pasti, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan seluar dalam yang diingini.

Tapi bukan dia seorang saja. Di Jepun, "underwear thieves" memang banyak dan ada long history. Pada 2007, seorang lelaki ditahan kerana memiliki lebih 8000 bra dan seluar dalam. Dan beberapa bulan lalu, seorang lelaki yang pernah ditahan kerana mencuri seluar dalam ditahan semula kerana cubaan mencuri seluar dalam yang sama yang pernah dia curi sebelumnya!

Inilah wabak yang pelik tapi melucukan. Buat underwear fetish di luar sana, insaf-insaf la. Seek a therapy, atau lebih baik, kawen je lah!

Moral : Untuk awek-awek di luar sana, hati-hati. Awasilah pakaian dalam anda.