COMPATRIOT AKU

Sunday, March 13, 2016

Kejadian di Fitzroy Tempoh Hari

Ketika di Fitzroy petang kelmarin, aku jadi saksi sebuah kemalangan kecil. Sebuah Ford melanggar sebuah basikal ketika sedang membelok. 

Yang memandu, seorang perempuan Muslim kelihatannya dari middle east bersama rakannya. Keduanya bertudung

Yang anehnya, bila gadis tempatan yang dilanggar tadi menyatakan dia okay, pemandu tersebut melaungkan maaf, dan terus berlalu pergi. 

Aku lihat gadis yang dilanggar tadi terpinga-pinga. Lalu aku berjalan ke arahnya dan bertanya samada dia punya cedera atau tiada.

Dia katakan okay walau tapak tangan dan lututnya aku lihat calar balar cedera. Aku angkat basikalnya ke tepi dan dia duduk di bahu jalan, mengeluh seorangan.

Tanpa berkata banyak aku betulkan rantai basikalnya. Nak tenangkan dia itu ini, emosinya tampak bercelaru. Aku tak cukup berani. 

Selesai dibetulkan, aku sorong basikalnya di sisi. Serta-merta dia bangun, tersenyum dan bunga bunga terima kasih terpancar dari bibir. 

"Thanks for the help, I'm sorry about your hands", ujarnya melirik ke arah tanganku yang kehitaman. "That's alright", balasku. Seraya dia minta diri. Kelihatan lebih composed berbanding tadi. 

Dia mengayuh pergi, melambai sambil pandangan mataku mengekori. Nasib baik ada wet tissue yang selalu aku bawa dalam beg.

Minyak dibersihkan dari celahan jari dengan wet tissue, dan kaki bergerak menuju ke tandas awam.

Sambil berjalan, aku tersenyum. Aku gembira dapat membantu. Dapat tenangkan orang lain. Dapat sedekahkan senyum. Walau sedikit.

Dan yang paling penting, aku dapat bantu diri aku sendiri. Bantu diri aku untuk jadi berani.

Berani untuk susahkan diri sekejap, untuk kebaikan orang lain yang memerlukan.


P/S: pengalaman beberapa bulan yang lepas. Dicedok dari twitter sendiri.