COMPATRIOT AKU

Tuesday, March 23, 2010

Konspirasi Dunia, Pembunuhan Michael Jackson

Semua kenal MJ kan? Mesti kenal punye sebab die kan digelar "The King of Pop". Aku nk kata minat MJ ni tak la sangat, tapi ada la some of his songs yang menarik minat aku macam 'Billie Jean', 'Thriller', 'Smooth Criminal', 'Scream','You Are Not Alone', 'You Rock My World' & lain-lain lagilah.

Balik pada cerita, kalo lah betul memang ada pihak yang rancang pembunuhan dia, memang keparat sekeparat-paratnya lah pihak tu (pihak US la, tak pun yang conquer dunia nih). Cerita ni ada kebenarannya, cuba imbas kembali peristiwa yang sama telah berlaku keatas Puteri Diana yang bercinta dengan lelaki muslim (Dodi Al-Fayed). CIA yang menjadi tali barut Yahudi meeemang cukup licik dalam hal2 ini. Mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk memburuk dan menghentikan sebarang usaha dakwah, tambahan pula bintang seperti Puteri Diana dan MJ mempunyai jutaan peminat/pengikut diseluruh dunia.

Sebab itulah, ada puak dan kumpulan (yang pihak Amerika asyik uar-uarkan sebagai pengganas pada kita) sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk memusnahkan rangkaian kepentingan Amerika/Yahudi. Betapa evilnya mereka ini, mereka sentiasa menafikan kebenaran dan Al-Fatihah untuk Mikael.


Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu”.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.


(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain


lapangkan dada..bukalah minda...tengok video ini



aku pun tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya DIA yang maha mengetahui.

Wallahualam...

Di alih bahasa oleh: http://beautifulnara.com

Monday, March 22, 2010

Teori Konspirasi

Tahu ape itu konspirasi teori?

Entri wikipedia:
"Conspiracy theory is a term that originally was a neutral descriptor for any claim of civil, criminal or political conspiracy. However, it has become largely pejorative and used almost exclusively to refer to any fringe theory which explains a historical or current event as the result of a secret plot by conspirators."

So kenapa saya tetiba datang idea nak menulis pasal konspirasi teori ni? (sebenarnya silap, disebut teori konspirasi dalam Bahasa Melayu).Hmmm....kadang-kadang terfikir juga kenapa tidak saya kongsi sedikit sebanyak mengenai benda-benda ni dengan pembaca
(walaupun tak rame 'readers' blog ku yang tak seberapa nieh/tak macam@setanding mikro_kokus punya blog eh).

Banyak cerita yang menarik kalau nak diceritakan mengenai teori konspirasi ni. Contohnya pernah dengar perkataan 'New World of Order'? DTV Transition? Wabak-wabak penyakit seperti Aids & SARS yang dikatakan dicipta? kenal siapa itu Rothchilds family? Rockafella? Protocols of Zion? Ura-ura yang kurang menyenangkan pasal tahun 2012 ni? Hahaha tu la yang buleh saya cakap.....

Sebenarnya saya percaya our mind had been controlled (cheewah speaking!). Terpulang la ikut pandangan seseorang. Sape penah tengok siri 'The Arrivals' mesti lebih memahami ape yang saya cakapkan ni. Yang belum tengok, boleh tengok kt YOUTUBE..siap ada subtitle B. Melayu lagi. Best owh crita tu. Sila layan.

Sunday, March 21, 2010

Apa Ertinya Cinta Ku, Buat Diri Mu

Telah nyata, puisi ku buat mu.
Cinta disemadikan buat diri mu.
Nilai erti cinta ku untuk mu.
Umpama rindu saling merindu.

Erti dan bagaimana ingin mengerti.
Akan erti cinta mu buat diri ku ini.
Percayalah cinta ku, menyintai.
Untuk buat diri mu, yang ku cintai.

Ingin ku,mengisi cinta ku,
bersama diri mu, kecintaan ku.
Berilah erti, pengertian pada ku.
Hakikat pengisian cinta ku dan mu.

Pada pengertian cinta ku,
untuk dirimu, yang dicintai itu.
Saling memberilah antara mu dan ku.
Adakan perkara baik, mu dan aku.

Karya: Amzul Bin Ahmad (Perlis)
Khas buat peminat puisi cinta.

Friday, March 19, 2010

Tahukah anda…..

Sesuatu yang anda tidak perasaan atau tidak terfikir langsung……

1 Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

2 Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

3 Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana mereka ingin menjadi seperti anda.

4 Senyuman anda boleh membawa kebahagian kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5 Setiap malam ada seseorang yang mengingati anda sebelum dia tidur

6 Anda amat bermakna dalam hidup seseorang

7 Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak hidup bahagia

8 Anda seorang yang istemewa dan unik

9 Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda

10 Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11 Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula mungkin anda yang meminggirkan mereka

12 Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang mendapatkan sesuatu yang anda inginkan, mungkin anda tidak akan memperolehinya tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13 Kenangilah segala pujian yang anda terima, lupakanlah segala maki hamun, caci dan cela

14 Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda, anda akan berasa senang bila seseorang mengetahuinya

15 Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambilah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik kerana hanya seminit diperlukan untuk mendapatkan sahabat yang baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Kepada semua saya tinggalkan kata-kata ini….wajah tanpa senyuman ibarat siang tanpa mentari….jadi senyumlah sebagai penghias wajah kerana sebuah senyuman mampu mengubat seribu kelukaan dan senyuman juga berupa satu sedekah…..

~Salam Hormat~Setong Baldi~

Wednesday, March 17, 2010

Kepayahan vs kesenangan

Ramai yang beranggapan ujian datang tatkala kita dilanda musibah, manakala mendapat kejayaan dan kesenagan merupakan satu anugerah.

Tapi sedarkah kita, setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang tersembunyi. Benarkah ujian itu datang ketika kita dalam kepayahan dan kesusahan ? Bagaimana kalau saya katakan, ujian datang sewaktu kita menghadapi kesenangan. Mungkin ada yang bersetuju dan ramai juga yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini.

Saya percaya walau di mana pun kita berada, kita sering terdengar rungutan dan keluh kesah manusia tentang kepayahan. Kepayahan bagi sesetengah orang adalah milik mereka yang tidak tahu mengatur hidup. Betulkah begitu ?

Tidakkah kesenangan itu memungkinkan kita untuk menjadi tamak, bertambah sibuk dan kadangkala melalaikan kita kepada pencipta kita ? Bagaimana kalau kita mengatakan kesenangan itu merupakan satu ujian, tidakkah ini menjadikan kita lebih berhati-hati dan menguasainya lebih daripada apa yang kita lakukan sewaktu zaman kepayahan kita dulu

Saya rasa ramai yang sedar bahawa kesenangan itu boleh menjatuhkan kita lebih teruk dari kepayahan. Disaat kita dilanda kesusahan, kita hanya jatuh dari segi fizikal dan emosi, tetapi sewaktu kita senang, kita jatuh malah mungkin akan kehilangan rohani. Jika tidak dibendung mungkin kita akan lebih mengingati kesenangan daripada mengingati ALLAH.

Ketika kita susah kita sering memohon dan menadah tangan kepadaNYA tetapi bila kita diulit kesenangan kita seringkali mengabaikanNYA apa lagi berterima kasih.

Sewaktu kita senang, kita lebih takut untuk menjadi susah berbanding takut akan kehilangan cinta ALLAH. Kita merasakan apa jua yang kita kecapi adalah kerana usaha kita dan bukan kerana pemberian-NYA.

Dapatkah kita menilai dan memikirkannya secara bijaksana. Kepayahan mungkin boleh membunuh kita dengan cara yang lebih kasar dan keras, manakala kesenangan membunuh kita dengan cara yang paling halus dan ini jauh lebih bahaya.

Walaubagaimana pun, ini tidak bermaksud kita tidak perlu mencari kesenangan. Saya percaya kita memang memerlukan kesenangan tetapi biarlah kita menguasai diri kita ketika kita berada di dalam lingkungannya. Pasti anda ingat akan kata-kata ini..” berusahalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari”….

Sebenarnya kesusahan dan kepayahan adalah latihan untuk kita dan kesenangan itu adalah ujian dan kita perlu menempuhinya. Kita perlu lulus dalam ujian tersebut untuk mendapat kesenangan dunia dan akhirat. Jika kita tidak pernah menghadapi kepayahan mungkin kita juga tidak pandai menilai erti kesenangan.

Saya tinggalkan anda semua dengan bait-bait indah nukilan Alllayarham Sudirman Hj Arshad, untuk kita hayati bersama….dan janganlah pula kita lupa hakikat sebenar kenapa ALLAH menciptakan kita.

Perpisahan adalah pahit
Dan ini adalah satu pengalaman

Kita tidak akan merasa
Bertuahnya hidup di bumi ini
Jika kita tidak membuka mata
Dan melihat
Malang yang bertimpa-timpa
Di tempat orang

Setiap seorang dari kita
Mempunyai tujuan
Dan cita-cita yang berbeza
Tujuan untuk mengecapi kebahagiaan dan ketenangan…..

Ibu.. Adik Nak tanya…

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya?
Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya…
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu





Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan…
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir…
tapi benarkah bu?





Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

**Sekadar renungan kita bersama. Kredit untuk lincomel atas perkongsian ini

assalamualaikum....(ada org ker?)..

first time ber-blogging skank nie. hantam ajer ler. At least ade sesuatu yg baru aku plajari kn. Ssah gak ler sebab x paham ape pown nih...

Tuesday, March 16, 2010