Assalamualaikum...
Korang suka makan kat McD? (singkatan popular bagi fast-food chain paling laku di dunia, McDonalds). Well Enchik Hyde pun suka makan. Even sebijik pun tak cukup kalau makan burger McD ni. Badan saja kurus tapi kalau bab makan fast food ni agak tak 'bleh blah' juga. Tapi di USA, ada seorang lelaki yang betul-betul menggilai burger McD yang paling femes, Big Mac. Yang paling unbelievable sekali, dia dah makan 25,000 biji burger Big Mac sepanjang hidupnya!
|
Donald A. Gorske. Umur 57 tahun.
Dari Fond du Lac, Wisconsin, U.S.A |
Don Gorske, seorang bekas warden penjara, merupakan pemegang rekod dunia
Guinness Book of Records untuk "
Pemakan Burger Big Mac Terbanyak Di Dunia" dengan jumlah Big Mac yang dia dah makan mencecah
25,000 bijik! Gorske menyatakan yang memakan Big Mac adalah 90% dari pengambilan makanan harian beliau.
Fakta:
- Selepas membeli kereta pertamanya pada 1972, tempat pertama yang Gorske singgah adalah restoran Mekdi. Dia makan 3 biji Big Mac waktu itu dan kembali ke Mekdi 2 kali pada hari itu juga menjadikan total burger Big Mac pertama yang dimakan hari itu 9 biji Big Mac.
- Suka minum Coca-Cola & jarang makan McD fries.
- Hanya sekali sahaja dia makan burger Whooper dari Burger King selepas rakannya bet $5 jika dia makan. Kemudian, dengan wang hasil betting itu dia kembali ke Mekdi & makan semula Big Mac.
- Bertemu, mengorat & melamar isterinya Mary juga di Mekdi.
- Pada 17 Ogos, 2008, Gorske dah makan 23,000 Big Mac di restoran favorite McDonald's nya di Fond du Lac.
- Sejak kali pertama memakan Big Mac pada 1972, hanya 8 hari sahaja dia miss. Hari kematian ibunya, hari di mana restoran McD tak dibuka (Snow Day), Hari beliau kerja lebih masa past midnight, hari ketika beliau mengembara & tak berjumpa restoran McD & ketika hari perayaan Thanksgiving.
- Pada 17 May 2011, Gorske menyatakan yang dia telah menikmati 25,000 Big Mac sepanjang hidupnya.
|
Whoa... sehari makan 3 bijik. Gilos. |
"I plan on eating Big Macs until I die," he said. "I have no intentions of changing. It's still my favorite food. Nothing has changed in 39 years. I look forward to it every day."
Sumber
Ada bran nak jadi macam dia? Pagi petang siang malam makan Big Mac je tak pernah bosan.
*Nak mati cepat ke hapa*
p/s : Lapar Big Mac la pulak. Lama juga tak makan di Mekdi ni.