COMPATRIOT AKU

Tuesday, August 14, 2012

Hari Itu Ketika Meneman Atin Berbelanja Sakan

Hari itu. Burung telah lama pulang ke sarang. Langit cerah. Seperti dijanjikan. Usai solat zohor, aku sarungkan kemeja rona hitam Edwin dan pakaian lainnya, hidupkan enjin kereta lalu meluncur di jalanan dalam kepanasan bahang matahari, steady menuju Matang Pauh.

Tut tut... Tut tut... Tut tut...

"Hello... Hello? Atin dah siap?" soalku sesampai di pinggir jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu. Sambil tanganku memutar tombol kelajuan penghawa dingin kereta ke kelajuan yang lebih kuat. Agak panas cuaca sekarang ini. Dah berminggu-minggu tak hujan.

"Hello? dah sampai eh? Sat naaa..." ujar Atin di hujung talian. 'Kelecaq'. Bunyi ganggang diletak pantas. Bersiap mungkin. Eh, apa lagi kalau bukan bersiap? Takkan lah makan, ini kan bulan puasa?

Dua tiga minit kemudian, kupandang cermin pandang sisi kereta. Berbalam balam muncul satu bentuk tubuh yang agak tinggi dalam cermin pandang sisi kereta. Aku tersenyum. Pintu dibuka. Dia masuk. Duduk.

Terdiam dalam beberapa ketika.

Aku senyum lagi. Dia berskirt panjang. Baju? Tak tahu nak gambarkan kerana aku jahil nak menerangkan. Baju jaring ikan dengan inner? Entahlah. Kalau aku gambarkan lebih lebih, karang terfaktab otak korang dengan gambaran dari perspektif aku yang selalunya bukan bukan. Tapi yang penting, dia bertudung bawal. Ini winner!

Babak seterusnya berlangsung hanya dipenuhi dengan borak-borak kosong di pertengahan perjalanan mengenai keluarga masing-masing.

Sesampainya ke destinasi, perkara pertama yang ingin dilunasi adalah mencari smartphone pilihan hati. Bukan aku yang nak mencari, tapi cik Atin ni yang menghendaki. Maka aku (yang digelarnya 'advisor sepanjang hari') dengan penuh konsentrasi mencarikan smartphone yang sesuai. Diperkenalkan dengan HTC One X, tetapi dia kurang bersetuju dengan kemampuan HTC menurut reviu yang terlebih dulu beliau baca sebelum ini. Maka tinggal 3 pilihan akhir: samada Samsung Galaxy Note, Galaxy SIII atau Samsung/Google Galaxy Nexus. Dan setelah puas menggodek, meneliti dan seliter air liur salesperson yang memujuk tu habis memercik menghujahi yang mana baik dan yang mana buruk, akhirnya Samsung Galaxy Nexus jadi pilihan.


Sementara menunggu fon yang dibeli siap di-install aplikasi, kami berjalan ke Kiosk Celcom, mencari nombor celcom baru kononnya. Nombor Celcom untuk remaja bawah 25 tahun jadi sasaran (dan semestinya bukan untuk aku). Nak beli nombor baru pun satu hal. Hinggakan tersenyum adik si pekerja kiosk tersebut melihatkan. Memilih nombor pun kecoh!

Selesai bab celcom, terus menuju ke kedai menjual selipar berjenama. Flipper namanya. Dan macam hal tadi, isu gabungan warna jadi permasalahan.

"Abang Naim, kaler yang mana cantik?"

"Black-green pun cantik jugak".

"Tapi kaki Atin gelap... so tak berapa ngam dengan warna ni. Dah la nak masuk hutan".

"Ok."

"Black-pink ok tak?"

"Boleh la. Not bad juga rasanya"

Dia kelihatan berpuas hati. Sedang jurujual meletakkan selipar pilihannya di atas kaunter bayaran, aku menjuihkan bibirku ke arah sepasang selipar bewarna hitam-merah. Dia memerhatikan dengan penuh minat. Lantas dijeritnya, "Kejap kak, nak ambik kaler ini lah. Black-red ni". Sambil tangan menghempas selipar pilihan ke lantai dengan somberono sambil ulang-cuba-pakai beberapa kali.

Aku tersenyum biawak.


Asal nampak kamera, automatik tersengih. Selipar jepun hitam-merah!

Ladies and gentlemen, this girl, is fun to hang out with.

She's clumsy. She love Big bang. She love them so much, she scream when she found a t-shirt with a 'Big Bang Concert 2012' written on it. And she bought it for herself. And a tee for me. Yes, a tee for me.

Dan dengan dia lah, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku dipaksa berlakon pura-pura tak kenal sambil makan ais krim bila dia kantoi dengan member sendiri. Dan kemudiannya berlari-lari anak ke tempat persembunyian untuk bersembunyi. Dan menghendap hendap tanpa mengendahkan pandangan pelik orang lain. Kelakar bukan?

Ini tak cerita hal di kedai kasut Vern lagi. Di Guardian Pharmacy lagi. Dan di dalam Parkson lagi. Oh lupa, juga di tapak ekspo, ketika sesi 'baju-melayu-hunt' lagi.

Lain kalilah aku cerita. Itupun kalau ada mood lah.

Thanks for making my day.



Saturday, August 11, 2012

Buntu.

Sudah buntu nak nak fikir apa.
Dan sudah habis ayat nak berkata apa-apa.

Benda yang belaku pada 2010, kini berulang lagi pada 2012.

Takde mood langsung nak buat sesuatu. Tapi kena buat juga. Kalau takde langsung mood pun, makan itu kena buat juga kalau lapar, tahi tu kena buang juga jika perut meragam. Dan solat tu kena dirikan juga walau sesedih manapun, kan?

Ok dah zohor. Solat dulu dan cari baju raya kemudian. Sorang-sorang. Macam biasalah.

See ya.

Notes : I miss her.