COMPATRIOT AKU

Showing posts with label Kami Blogger Utagha. Show all posts
Showing posts with label Kami Blogger Utagha. Show all posts

Tuesday, October 04, 2011

Trouble Is A Friend

Kredit Gambar : Awek Tudung Bawal


Is it nice? Hang out with my good friends even having difficulties with myself?

My friends were super great though. Even i felt wierd sangat sangat at that moment.

Orang kata kalau ada masalah, kita kena berdepan terus dengan masalah tu. Face it, and finish it off.

Tapi, biarlah menatang itu bersarang dalam hati ini. Dulu.

Ah, tiada spesifikasi.

Ciao.

Monday, August 22, 2011

Program Kembara Ramadhan KBU

Assalamualaikum.

Pada hari sabtu yang lepas, pertubuhan blogger-blogger utara (KBU) yang diketuai cik Wan Nur Hanis telah mengadakan collaboration dengan Belia Negeri Perlis untuk menganjurkan program yang dinamakan "Program Kembara Ramadhan KBU: Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Warga Emas".

Aku adalah salah seorang blogger yang turut serta dalam program tersebut. Turut menyertai program ini 26 orang blogger kental merangkap ahli KBU itu sendiri yang berkesempatan hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Obviously, I'm not arsed to make a long entry for this programme. Just click the headers below if you wanna read the story about that program ok.










Tuesday, August 16, 2011

Iftar @ Kuala Perlis (part 2)

Ok sambung cerita dari part 1.

Tengahari itu. Selesai bersiram. Kusarungkan jersi World Cup England tahun 2002 kaler merah ke badanku. Jeans hitam. Converse hitam lusuh.

Setelah selesai merangka strategi untuk tentatif hari ini dengan abe Mikro, maka aku menapak menuju ke motorsikal adik ku. Ku labuhkan punggung ke atas sit. Beg galas lembut Lotto kaler hitam ku galas arah depan stail zaman Al-Mashoor dulu. Didalamnya terkandung mende-mende seperti krim rambut L'oreal, sikat, kamere serta DVD 1 Litre of Tears, permintaan khas dari awek tudung  predator  bawal.

Burrr! Burrr!

Enjin motorsikal berderum nyaring. Moto cabuk itu pun menjalar menyusuri jalanraya menuju ke rumah lama di Taman GP.

Ujian ketiga.
Dengan kuasa Tuhan, hujan pula di tengah perjalanan. Lebatnya boleh tahan. Tak apa, ku persetankan. Yang penting sampai. Buat apa nak marah-marah kuasa Tuhan, kan?

Sesampainya di rumah lama, aku mesej mikro. Basah juga sebahagian tubuh aku. Sejuknya terasa sampai ke tulang punggung. Tak sampai 4 minit, sekonyong-konyong kelihatan saga Mikro kaler pearl white di hadapan rumah aku. Dia pun pakai baju merah juga. Terus Mikro memecut nak pick-up Yaya di Cherok To'Kun.

Ujian keempat.
Tiba di Cherok To'Kun, ujian keempat pula menjelma. Sejurus Yaya masuk ke dalam kereta, dia bersuara, "Eh Atin mesej angpa dak? Dia habaq dia tak buleh ikut kita la...."

Alasan? Aku malas nak tulis. Hahaha. Baca kat SINI

Ku pandang Mikro. Mikro menjeling manja pandangan aku. Moral masa itu terus down menjunam. Tapi digagahkan juga diri ini menuju ke SP. Takpe, sekadar dua orang kansel, 'no problemo' bak kata Arnold Schwarzenegger dalam filem Terminator. Sampai di SP, terus kami menuju ke Taman Sri Wang, ke kediaman Jucy. Jalan ke situ amat mencabar, umpama gelanggang drift la boleh kata. Surprisingly, rumah beliau berkaler serba hijau!

Iftar @ Kuala Perlis

Sabtu lepas, yakni 13 Ogos 2011, berlangsungnya majlis berbuka puasa bersama Enchik Hyde yang aku anjurkan di mana aku belanja semua hari itu. Ok aku merapu. Sebenarnya majlis itu adalah mejlis berbuka puasa beramai-ramai dia antara ahli-ahli KBU yang berkesempatan hadir ke Kuala Perlis.

Sebenarnya plan asal hanya nak berbuka di Sungai Petani di antara aku, Mikro, Jucy, Erin dan Atin. Ada juga tujuan lain, kerana makcik tu baru saja menyambut harijadinya yang ke-23 sehari sebelum tu. Kiranya nak sambut besday sekali la dengan BFF kononnya kan. Siap nak book meja bagai di Restoran Mesra Jaya nun. Tapi bila Mikro buat pengumuman di FB KBU, kebanyakan respon yang dia dapat hanya; "sori la, tak dapat join" dan "tak boleh join ya, kitorang pun ada plan nak berbuka di Kola Peghelih". Maka secara drastik dan sarkastiknya beliau menukar plan dari "berbuka bersama Jusiza di SP" menjadi "berbuka bersama warga KBU di perlis" dengan angkuh sekali. Kami? Well, dasar penumpang, kita ikut je la drebar punya keputusan.

Excited tu memang tak ingat la, siap ada conference lagi di FB. Apa guna teknologi kalau tak digunakan sebaiknya ye dok? Plan semua cun, sampaikan aku pun tak boleh tidur dengan nyenyak malam tu.

Keesokan paginya, ujian pertama melanda.

Erin pula tak dapat join. Alasan? kena ganti rakan sekerja shift petang yang tetiba MC hari tu. Maka aku pun terpaksa redha dengan situasi berkenaan. Bukan kehendak dia. Ujian kedua hadir sejurus aku memberitahu Jucy tentang situasi Erin.

Dia pulak takde mood nak pergi sebab bestmate dia tak ada. &%$@%^&*

Aku jadi malas. Maka dengan penuh kecewa, aku suruh Mikro pujuk si Jucy tu melalui panggilan Maxis ke Celcom beliau. Alhamdulillah Mikro kalau bab memujuk ni, dia memang semulajadi champion. Akhirnya Jusiza Mhd Nasir tersungkur dek pujukan Mikero. Setel satu bab.

Keadaan menjadi bertambah baik, apabila seorang businesswoman Aloq Setar merangkap sahabat baik aku di KBU juga menyatakan kesudian beliau mencemar duli bagi menghadiri mejelis iftar tersebut. Bertambah berbunga hatiku bila aku dapat mesej dari beliau, menyatakan yang beliau akan memakai tudung bawal. Ya tudung bawal! Bukan tudung predator yang beliau selalu pakai sebelum ni.

Awek bertudung predator yang aku maksudkan tu di sebelah kiri gambar. Amacam?

Aku tersenyum. Satu tumbukan padu ku lepaskan ke ruang udara Tasek Gelugor. Yess! Menurut pengalaman aku, perempuan ni bila dia selalu pakai tudung predator, pasti akan kelihatan banyak kelainan di mata aku bila bertudung bawal buat pertama kali di hadapan mata.

Ok aku admit, ini fetish aku. Awek Tudung Bawal.

Tahukah anda, ada lagi ujian melanda?

Next entri aku cerita......

Saturday, August 13, 2011

Happy Birthday Jusiza

Selamat hari jadi 'belated' buat sahabat blogger aku Siti Jusiza Abdul Latif. Pemilik blog Aku Jusiza.

Err Siti Jusiza Mhd Nasir sebenarnya.

Sapa kata kenalan kat alam maya tak boleh jadi sahabat? Ngam lebih dari kawan-kawan dunia sebenar oke.

Beliau sangat dikenali kerana gemar posing 'over-the-top' dalam satu satu gambar

Gemar berceloteh, suka bergosip. Tak suka menega. Sahabat baik cik Naqiah Othman. Keja draughtsmen. Mengikut riwayat, beliau sangat sayaaang akan abang Amir Ridwan beliau.

Ucapan : Selamat hari jadi kakak. Semoga senantiasa bahagia bersama orang nan tersayang dan diharap, impian hidup tu tercapai hendaknya.

Ameennn.

Bila nak belanja gua Tat Nasi Ayam?

Wednesday, April 27, 2011

Gathering KBU + Majlis Perpisahan Onie Iyoko, Erika Rain & Tatia Bulat (23 April 2011)

Assalamualaikum...  Photobucket

Panjang pula tajuk entri ni.

Hari sabtu lepas, bertempat di sebuah rumah teres dua tingkat di Seberang Perai, berlangsungnya gathering group blogger dari kawasan utara, namely Kami Blogger Utagha (KBU). Gath ni jugak diadakan untuk meraikan majlis perpisahan 3 blogger dari KBU yang sudah 'habih mengaji' & bakal pulang ke negeri masing² untuk menanam anggur buat sementara waktu. iaitu Onie Iyoko, Erika Rain & Tatia Bulat.


Map ke rumah gath. Bertungkuih-lumuih Mikro Kokus edit map ni bagi lawa. Credit to him.