COMPATRIOT AKU

Tuesday, August 16, 2011

Iftar @ Kuala Perlis

Sabtu lepas, yakni 13 Ogos 2011, berlangsungnya majlis berbuka puasa bersama Enchik Hyde yang aku anjurkan di mana aku belanja semua hari itu. Ok aku merapu. Sebenarnya majlis itu adalah mejlis berbuka puasa beramai-ramai dia antara ahli-ahli KBU yang berkesempatan hadir ke Kuala Perlis.

Sebenarnya plan asal hanya nak berbuka di Sungai Petani di antara aku, Mikro, Jucy, Erin dan Atin. Ada juga tujuan lain, kerana makcik tu baru saja menyambut harijadinya yang ke-23 sehari sebelum tu. Kiranya nak sambut besday sekali la dengan BFF kononnya kan. Siap nak book meja bagai di Restoran Mesra Jaya nun. Tapi bila Mikro buat pengumuman di FB KBU, kebanyakan respon yang dia dapat hanya; "sori la, tak dapat join" dan "tak boleh join ya, kitorang pun ada plan nak berbuka di Kola Peghelih". Maka secara drastik dan sarkastiknya beliau menukar plan dari "berbuka bersama Jusiza di SP" menjadi "berbuka bersama warga KBU di perlis" dengan angkuh sekali. Kami? Well, dasar penumpang, kita ikut je la drebar punya keputusan.

Excited tu memang tak ingat la, siap ada conference lagi di FB. Apa guna teknologi kalau tak digunakan sebaiknya ye dok? Plan semua cun, sampaikan aku pun tak boleh tidur dengan nyenyak malam tu.

Keesokan paginya, ujian pertama melanda.

Erin pula tak dapat join. Alasan? kena ganti rakan sekerja shift petang yang tetiba MC hari tu. Maka aku pun terpaksa redha dengan situasi berkenaan. Bukan kehendak dia. Ujian kedua hadir sejurus aku memberitahu Jucy tentang situasi Erin.

Dia pulak takde mood nak pergi sebab bestmate dia tak ada. &%$@%^&*

Aku jadi malas. Maka dengan penuh kecewa, aku suruh Mikro pujuk si Jucy tu melalui panggilan Maxis ke Celcom beliau. Alhamdulillah Mikro kalau bab memujuk ni, dia memang semulajadi champion. Akhirnya Jusiza Mhd Nasir tersungkur dek pujukan Mikero. Setel satu bab.

Keadaan menjadi bertambah baik, apabila seorang businesswoman Aloq Setar merangkap sahabat baik aku di KBU juga menyatakan kesudian beliau mencemar duli bagi menghadiri mejelis iftar tersebut. Bertambah berbunga hatiku bila aku dapat mesej dari beliau, menyatakan yang beliau akan memakai tudung bawal. Ya tudung bawal! Bukan tudung predator yang beliau selalu pakai sebelum ni.

Awek bertudung predator yang aku maksudkan tu di sebelah kiri gambar. Amacam?

Aku tersenyum. Satu tumbukan padu ku lepaskan ke ruang udara Tasek Gelugor. Yess! Menurut pengalaman aku, perempuan ni bila dia selalu pakai tudung predator, pasti akan kelihatan banyak kelainan di mata aku bila bertudung bawal buat pertama kali di hadapan mata.

Ok aku admit, ini fetish aku. Awek Tudung Bawal.

Tahukah anda, ada lagi ujian melanda?

Next entri aku cerita......

No comments: