COMPATRIOT AKU

Showing posts with label makwe. Show all posts
Showing posts with label makwe. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

Kenduri

Kini adalah antara tempat kunjungan kegemaran gua.

Bolehlah dianggap seperti "mini hari raya". Sebabnya? Meriah dengan si cantik - si cantik manis yang ranggi dengan pelbagai gaya dan busana.

Saat gua terpandang, memang berpeluh-peluh ketiak gua rasa. Yang ber-shawl, yang ber-skirt panjang, yang bertudung bawal dan berbaju kurung moden. Dan yang paling memberangsangkan, yang ber-kebaya ditambah dengan wedges pelbagai gaya.

Betullah. Perempuan adalah golongan yang Tuhan jadikan cukup indah. Hati bergetar memandangkan si comel makan dan ketawa.

Terapi semulajadi orang kata.

Dan di hari sabtu lepas, sekali lagi fokus gua untuk makan nasik hujan panas di kenduri seorang kenalan agak terganggu.

Milik siapakah, gerangan makwe berbaju kurung rona ungu? Kemain comel gua perhatikan sambil tersipu-sipu.


Forgive me. I think I'm slowly turning into a pervert. Photobucket

Nak makwe!




Thursday, November 24, 2011

Spontaneous Thursday #6

Pernah jumpa makwe urat dawai tulang besi mata silau?

Ya, aku ada jumpa seorang, semalam.

Makwe ni punya attitude memang lain macam, sampaikan aku sebagai seorang lelaki ni rasa macam nak telan paracetamol satu guni sambil terjun bangunan Village Mall. Terharu betei dengan semangat never-say-die beliau.

Sedikit sebanyak, timbul rasa segan dan malu dalam diri.

Dan secara perspektifnya, orang macam inilah yang sangat aku hargai, sentiasa menyuntik cas-cas positiviti dalam diri. Teman tawa dekah di kala sepi.

Tick-tock tiki-taka,
Orang yang ingati kita, mana boleh kita lupa?



Thank you, merci, kamsamnida & arigatou gonzaimas awek!