COMPATRIOT AKU

Showing posts with label awek. Show all posts
Showing posts with label awek. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

Kenduri

Kini adalah antara tempat kunjungan kegemaran gua.

Bolehlah dianggap seperti "mini hari raya". Sebabnya? Meriah dengan si cantik - si cantik manis yang ranggi dengan pelbagai gaya dan busana.

Saat gua terpandang, memang berpeluh-peluh ketiak gua rasa. Yang ber-shawl, yang ber-skirt panjang, yang bertudung bawal dan berbaju kurung moden. Dan yang paling memberangsangkan, yang ber-kebaya ditambah dengan wedges pelbagai gaya.

Betullah. Perempuan adalah golongan yang Tuhan jadikan cukup indah. Hati bergetar memandangkan si comel makan dan ketawa.

Terapi semulajadi orang kata.

Dan di hari sabtu lepas, sekali lagi fokus gua untuk makan nasik hujan panas di kenduri seorang kenalan agak terganggu.

Milik siapakah, gerangan makwe berbaju kurung rona ungu? Kemain comel gua perhatikan sambil tersipu-sipu.


Forgive me. I think I'm slowly turning into a pervert. Photobucket

Nak makwe!




Thursday, November 24, 2011

Spontaneous Thursday #6

Pernah jumpa makwe urat dawai tulang besi mata silau?

Ya, aku ada jumpa seorang, semalam.

Makwe ni punya attitude memang lain macam, sampaikan aku sebagai seorang lelaki ni rasa macam nak telan paracetamol satu guni sambil terjun bangunan Village Mall. Terharu betei dengan semangat never-say-die beliau.

Sedikit sebanyak, timbul rasa segan dan malu dalam diri.

Dan secara perspektifnya, orang macam inilah yang sangat aku hargai, sentiasa menyuntik cas-cas positiviti dalam diri. Teman tawa dekah di kala sepi.

Tick-tock tiki-taka,
Orang yang ingati kita, mana boleh kita lupa?



Thank you, merci, kamsamnida & arigatou gonzaimas awek!

Friday, October 28, 2011

J-Pop: AKB48 - Sakura No Hanabiratachi

Sebuah lagu J-Pop yang agak 'syahdu' bagi aku.

Apa yang Ooshima Yuko cakapkan pada Maeda Atsuko di minit ke 1:12 dalam video ni, pernah aku ucapkan dulu pada seorang sahabat aku di kala waktu rehat di waktu akhir akhir momen persekolahan aku.

"Lepas ni kan, dalam satu masa... after lima, sepuluh tahun... agaknya hang, aku dengan member-member yang lain masih bersahabat ka wei? Apa akan jadi antara dengan kita semua?" tanya aku dengan loghat utara.

Memang tak sama.. tapi lebih kuranglah dialognya...  the feel.. the moment... lebih kurang sama.

Dia tak menjawab. Sekadar senyuman saja yang dilempar sambil mata melilau memandang gelagat pelajar-pelajar perempuan di tingkat bawah..

"Tak tau la." Selamba dia jawab.

Kini hampir 8 tahun berlalu.

Dan seperti yang diagak, kini, semua meniti haluan hidup masing-masing. Sibuk dengan tanggungjawab hidup yang dipikul. Member aku tu pun dah berkahwin.

Ada sesetengahnya yang masih bertegur sapa dengan aku sekali-sekala. Tapi, rasa persahabatan tu dah tak sama. Tawar. Umpama meneguk teh kelat di tepian pantai dikelilingi sisa-sisa buangan manusia. Macam tu la rasanya.

Make me sad after watching and listening this song.

Betullah orang cakap, kenangan dan  pengalaman hidup ni memang tak terbayar dengan wang ringgit. Priceless. Kita tak mungkin dapat pusingkan masa. Mustahil ada mesin masa yang bakal tercipta sepanjang hayat kita di bumi ni. So, seharusnya kita cherish dan hargai sebolehnya setiap momen indah dengan kenalan kenalan kita.

Oh God... I miss my classmates so much!


Notes: Maeda Atsuko dalam video ni sebijik macam member aku. Bezanya, member aku tu bertudung. Makwe jepun ni banyak muka iras-iras orang melayu.

Monday, October 10, 2011

Peristiwa 10/10/11

Hari ini berlangsungnya peristiwa penting untuk 3 makwe ini.


Tahniah buat muslimah ini. Dia panggil aku Oppa. Aku panggil dia Jyagi. Entah apa motifnya pun aku tak tahu. Segalanya spontan. Hari ni (10/10/11) beliau bergraduasi. Graduan IIUM. Bakal pakar psikologi di mana-mana Mental Asylum baik di Malaysia atau di luar negeri (baca: sarcasm). Gadis yang garangnya boleh tahan. Seorang sahabat yang banyak mengingatkan aku tentang Tuhan. Banyak menasihatiku tentang masalah keduniaan. Banyak menenangkan aku tentang masalah percintaan. Kadang-kadang menemani aku di kala aku bosan.  Photobucket

Hari ini juga hari baru untuk dua orang lagi kenalan aku. Baru dalam terma 'bidang kerjaya'.

Yang ini, seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak (Minor Pendidikan Khas) di Unibersiti Malaya. Hari ini, beliau memulakan kerjaya sebagai tutor/pensyarah kecil di sebuah institusi swasta di Shah Alam. Hebat bukan?


Seorang yang optimistik. Dan disebabkan itu beliau dikenali sebagai Muslimah Optimis. Sentiasa tersenyum. Sentiasa positif. Tidak takut kamera (ini beliau yang kata. Hihihi). Pernah berlaku sedikit salah faham antara kami tetapi pantas diselesaikan di antara dua kepala. Sangat gila otaknya. Oh memang real gila. Tak padan dengan rupa. Salah seorang muslimah yang aku suka argue. Sebab beliau gemar membangkang apa saja pendapat aku. (smiley)

Yang terakhir sekali, gadis ini. Nama famous Lina. Nama pena Ayiena Nur. Nama manja n L J. Sweet bukan makwe ni punya nama? Seorang lulusan ijazah dari Universiti Sains Malaysia dalam jurusan apa pun aku dah lupa. Mungkin berkaitan dengan lapangan perbankan, akaun mahupun bisnes. Hari ini hari yang bersejarah bagi beliau, kerana beliau secara rasminya menamatkan tugasan beliau sebagai penanam anggur, dan menerima tawaran kerjaya di Kolompo. Hari ini dah pun start kerja.


Makwe yang sangat strong dalam arena messaging. 3 hari beliau mampu lawan engkau punya mesej. Power betei. Berangkai-rangkai tahu? Tak mudah nak ketemu makwe se'strong' sebegini. Sporting. Gila akan warna ungu. Suka tersenyum. Suka loyar buruk dengan aku (baca: macam aku la). Perkataan signature beliau adalah "ahaa" dan "uhuuu".  Photobucket


Tiga orang gadis yang sangat baik hati, sangat cool like heaven dan seikhlasnya tiga orang yang banyak membantu aku sedikit sebanyak dalam masalah yang aku hadapi kebelakangan ini. Dan kebetulan pula, hari ini hari penting bagi mereka.

Buat gadis-gadis "hari ini dalam sejarah"... Jyagi, Muslimah Optimis aka KA dan Lina... Semoga persahabatan kita berkekalan. Abadi. Amin.

Semoga kelulusan dan kerjaya yang Allah beri ini, bakal menjadi batu loncatan untuk perkara-perkara besar (big things) yang tak mampu kita ramalkan pada masa akan datang.


Notes : Gua upgrade lu orang jadi soulmate gua boleh? (Eh bukan dah jadi soulmate keh?)  Photobucket


Saturday, September 10, 2011

Hari Itu Ketika Beraya Di Pantai R&R Bagan

"Masih tak dapat lupakan die lagi ke?" suara doktor memecah kesunyian kala aku menikmati pemandangan indah tepian pantai dan angin bayu laut Selat Melaka.

Aku renung wajah doktor dalam-dalam. Kadang-kadang annoying juga doktor ni. Sekejap bertanya itu, sekejap bertanya ini. Tapi dalam banyak-banyak annoying beliau, at least she's a caring person. Tak macam yang lain, jenih tak memahami. Selalu ketawakan aku bab cintan cintun ni. Walaupun beliau selalu cakap muka sendiri bila bergambar di kamera sekejap macam plastik, sekajap macam hamster, macam ayam, macam kuali dan berbagai-bagai macam lagi, tapi itu hak beliau nak kritik diri sendiri. Lantok la.

"Sukar nak digambarkan la doktor" jawab aku tenang. Satu nafas panjang aku lepaskan. Jari di tangan kanan mula menarik-narik stainless steel ring di jari manis tangan kiri. Ring/cincin kenangan aku dengan ex-girlfriend aku yang tak pernah pernah aku tanggalkan melainkan ketika nak mencebok di jamban.

"Eh macam tu pulak. Gambarkan aje la. bukan susah pun" cebik doktor lagi.

"Susah awak, susah..." balas aku.

"Elehhhhh, kutey haluih kejap lagi baru tau."

KLIK!

Dengan spontan awek tudung predator mengambil gambar 'candid' kami berdua dengan kamerafon Sony Ericsson Xperia X8 beliau. Spontan juga aku tersenyum kelat sebab aku ni memang tak pandai berkamera bitching.


"Nak tengok nak tengok" si mulut lazer yang dari tadi tak habis-habis pose perasan jelita dengan kamera Mikro tiba-tiba bersuara sambil mengibas-ngibaskan lengan beliau yang disaluti pakaian fesyen rambu-rambu yang dah macam kelambu aku tengok. Tapi cun juga beliau pakai.

"Alololo sweetnya depa" seloroh awek tudung bawal sambil melayang-layangkan skrin Xperia beliau di hadapanku. Lina dan brader NAM hanya memandang gelagat beliau. Seraya aku tersenyum riang. Mereka-mereka ini betul-betul menceriakan hari raya aku.

* * * * *

"So masalah you tu macam mana?" aku, cuba menyambung topik yang tergantung sebentar tadi.

"Hmmm entah. Macam tu lah. Malas dah nak fikir. Sakit kepala la kalau fikir pasal tu." jawab beliau stress.

"Eh macam tu pulak. Gambarkan aje la. bukan susah pun". Ayat perli dari aku buat doktor tersenyum menyampah sambil bangun dan berlari-lari anak menuju ke arah Ern, gadis troublemaker handalan.

Aku sambung renunganku kelaut.