Selesai sudah saingan Imam Muda...juara pun semua dah tahu kan...Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan dah pun ditabalkan juara program realiti Islamik pertama seumpamanya di Malaysia ni. Tahniah buat beliau. Tahniah juga kepada Astro Oasis kerana menghasilkan rancangan yang baru, refreshing dan lain dari yang lain. Populariti rancangan ini sangat tinggi sehinggakan rancangan ini juga turut disiarkan di luar Malaysia.

Banyak dah entri yang aku baca mengenai Imam Muda ni (haha orang tulis aku pon nak tulis jugak). Tapi kali ni aku nk kongsi just pasal kedua-dua finalis dengan isteri mereka. Honestly aku pon tak tahu mereka dah beristeri (episod pun banyak miss!) Tapi bila tengok episod final, yang membawa penonton mengenali keluarga diorang, baru aku tahu yang kedua-dua Imam Muda ni rupanya dah berkahwin. And seriously, at the moment aku tengok mereka dipertemukan semula dengan wife memasing, serious it looks very sweet! Sejuk hati bila tengok isteri solehah bertemu suami tercinta setelah berminggu-minggu dipisahkan. (sesuatu yang sweet memang orang suka nak tengok,kan? ^^).
Imam Muda Asyraf & isteri, Nurhusna Yusof, 23
Imam Muda Hizbur & isteri, Liliyana Hasanah Yudi, 23
Apa yang aku perasan lepas final Imam Muda ni.. heboh juga pasal Imam Muda dengan isteri masing-masing di facebook & blog-blog lain yang mengatakan yang mereka ni lawa. Pandangan aku, memang cun pun.... segak, wajah bersih, bertudung, dan masih muda lagi, elok & sejuk dipandang. Jauh lebih elok dari artis-artis "mi segera" yang berlambak kat tanahair kita ni. Apa pendapat korang?
Notes : Bertuahnya badan…sejuk perut ibu mengandung.. Imam dah memang beriman, isteri pula isteri solehah... *setiap kejayaan seorang lelaki, mesti ada wanita di belakangnya~