Hari itu.
Mereka dengan wajah ceria mereka.
Hari itu.
Mereka dengan senyum tawa mereka.
Hari itu.
Mereka dengan kecintaan mereka.
Hari itu.
Dia. Mereka. dengan kata-kata mereka.
Tertusuk terbenam dalam jiwa.
Hari itu.
Hari itu.
Hari itu.
Hari itu dah lama berlalu.
Hari ini.
Aku dengan diri sendiri.
Hari ini.
Memori lama ku gagahi.
Hari ini.
Aku dengan topeng hipokrasi.
Tersengih sipi.
Alif ba ta sa. Setiap orang jalannya berbeza. Ada bengkang-bengkok, ada lurusan. Ada onak duri, ada permaidani. Ada dua hasta, ada ribuan kilometer.
Ada mudah. Ada susah.
Hak Tuhan untuk menguji. Kita? Pasrah. Dan berusaha untuk berubah.
Notes: Harus belajar dengan perkataan 'redha'. Mungkin ini bukan jalan kita.
Tuesday, November 29, 2011
Thursday, November 24, 2011
Spontaneous Thursday #6
Pernah jumpa makwe urat dawai tulang besi mata silau?
Ya, aku ada jumpa seorang, semalam.
Makwe ni punya attitude memang lain macam, sampaikan aku sebagai seorang lelaki ni rasa macam nak telan paracetamol satu guni sambil terjun bangunan Village Mall. Terharu betei dengan semangat never-say-die beliau.
Sedikit sebanyak, timbul rasa segan dan malu dalam diri.
Dan secara perspektifnya, orang macam inilah yang sangat aku hargai, sentiasa menyuntik cas-cas positiviti dalam diri. Teman tawa dekah di kala sepi.
Tick-tock tiki-taka,
Orang yang ingati kita, mana boleh kita lupa?
Thank you, merci, kamsamnida & arigatou gonzaimas awek!
Monday, November 21, 2011
Definisi Kenduri Kahwin Masakini
Kenduri kahwin adalah satu platform di mana aku berpeluang mencuci mata dengan panorama gadis lovely-lovely bermacam saiz dan bentuk, bershawl belit belit pelbagai kaler dengan bonjolan bonggol unta di kepala yang amat menyerlah, baju kurung polos dengan penampakan singlet dan bra, kain jarang dengan petticoat paras lutut yang menyerlahkan betis, kebaya ketat atas dan bawah, dan tubuh mugil yang berbau harum seductive dari jenama Issey Miyake, Bvlgari Omnia Crystalline, mahupun Estee Lauder Sensuous Perfume.
In the End, STIM is the only appropriate word.
Maaf, saya tiada pilihan lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
