COMPATRIOT AKU

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012: Sedikit Coretan

Gambar sekadar hiasan.

Tahun 2011 bagi aku? Tiadalah yang memberangsangkan sangat.

Ringkasan:

Mengakhiri 2011 ini sebagai seorang bujang yang foreveralone.

Kembali menjadi seorang pelajar/pelombong ilmu.

Dan yang paling terang, masih banyak poin poin di wishlist tahun lepas yang tak tergapai.

Rasanya, tahap keyakinan dalam diri dah up sedikit-sebanyak berbanding tahun sebelumnya.

'Dia' makin aku lupakan. Little by little. Kini sudah genap 2 tahun ia berlalu.

Kehilangan beberapa orang sahabat. Tapi diperkenalkan lagi dengan ramai kenalan baru dalam aliran hidup ini.

Moga yang terkini dapat dikekalkan, dan yang terdahulu dapat dikembalikan. Amin.

Moga tahun baru ini, lebih baik dari yang sebelumnya. Amin.

Dan moga impian aku yang kecil-kecil ini tercapai. Kebahagiaan. Amin amin amin.

Buat yang pernah terasa, aku minta maaf atas kebiadapan, kekasaran dan kecelakaan diri ini, yang secara statistiknya adalah anak nombor dua dalam keluarga, yang agak pantas panas baran, yang amat memegang prinsip 'perasaan aku dahulu, orang lain dikemudiankan'.

Moga tiada prejudis yang berpanjangan dalam diri kita.

Kan mudah, jika segala permasalahan mampu dilenyapkan dengan hanya satu panggilan telefon. Bagai adegan di iklan Telekom Malaysia satu ketika dahulu.



Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #10


Selesai dikhatam. Karya-masterpiece-di-antara-yang-ter-baik!

Sunday, December 25, 2011

Kenangan Zaman Muda-Muda #3

Kelmarin. Sabtu. Aku memandu, dengan niat menghilangkan kebosanan hari cuti menuju ke mekdi dengan rakan taulan.

Dalam perjalanan tu, aku belek-belek saluran radio. Aku ni bukanlah spesis yang layan lagu-lagu Melayu macam Hot FM meski Era FM. Yang aku dengar pun mungkinlah Sinar FM, stesen yang gemar memutarkan lagu-lagu lama yang jarang kita dengar.

Aku tadahkan telinga melayani saluran Mix FM. Frekuensi 91.00 di Pulau Pinang. Hal ini membuatkan aku memandu perlahan, kerana aku suka lagu-lagu di Mix. Karok percumalah katakan. Heh.

Dan waktu itu, Mix FM sedang menyiarkan segmen kegemaran aku, "Weekend All-Stars". Deretan lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu dimainkan, dengan putaran lagu Backstreet Boys iaitu Backstreet's Back dan Show Me The Meaning of Being Lonely antara yang diputarkan, membuatkan aku tersengih sendirian sambil menyanyi menuruti alunan lagu berseorangan.

Usai lagu Backstreet Boys didendangkan, Tiba-tiba lagu ini dimainkan.


Akhir kata,

Siapa siapa tahu rancangan Sabrina The Teenage Witch, secara compulsary pasti tahu akan lagu ni, kan.  Photobucket