COMPATRIOT AKU

Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Kenangan Zaman Muda-Muda #4

Bukan Naruto, Bukan One Piece, Bukan Bleach, Bukan Hitman! Reborn, juga bukan siri Doraemon.

Tapi siri komik ini yang aku layani di waktu senggang sekarang.


Aku pasti, rakan-rakan se-generasi denganku pasti tahu akan siri komik lejen ini.

Tak tahu? Rugilah generasi-generasi yang terkemudian, kan?  Photobucket




Sunday, December 25, 2011

Kenangan Zaman Muda-Muda #3

Kelmarin. Sabtu. Aku memandu, dengan niat menghilangkan kebosanan hari cuti menuju ke mekdi dengan rakan taulan.

Dalam perjalanan tu, aku belek-belek saluran radio. Aku ni bukanlah spesis yang layan lagu-lagu Melayu macam Hot FM meski Era FM. Yang aku dengar pun mungkinlah Sinar FM, stesen yang gemar memutarkan lagu-lagu lama yang jarang kita dengar.

Aku tadahkan telinga melayani saluran Mix FM. Frekuensi 91.00 di Pulau Pinang. Hal ini membuatkan aku memandu perlahan, kerana aku suka lagu-lagu di Mix. Karok percumalah katakan. Heh.

Dan waktu itu, Mix FM sedang menyiarkan segmen kegemaran aku, "Weekend All-Stars". Deretan lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu dimainkan, dengan putaran lagu Backstreet Boys iaitu Backstreet's Back dan Show Me The Meaning of Being Lonely antara yang diputarkan, membuatkan aku tersengih sendirian sambil menyanyi menuruti alunan lagu berseorangan.

Usai lagu Backstreet Boys didendangkan, Tiba-tiba lagu ini dimainkan.


Akhir kata,

Siapa siapa tahu rancangan Sabrina The Teenage Witch, secara compulsary pasti tahu akan lagu ni, kan.  Photobucket


Sunday, November 13, 2011

Kenangan Zaman Muda-Muda #2


Dah sepuluh tahun berlalu sejak iklan ini disiar di kaca TV.

"Ombak jahattt! Ombak jahatttt!!"


Sumpah aku tak pernah lupa frasa yang dahulunya kerap disebut-sebut tu. Sumpah.


Friday, October 28, 2011

J-Pop: AKB48 - Sakura No Hanabiratachi

Sebuah lagu J-Pop yang agak 'syahdu' bagi aku.

Apa yang Ooshima Yuko cakapkan pada Maeda Atsuko di minit ke 1:12 dalam video ni, pernah aku ucapkan dulu pada seorang sahabat aku di kala waktu rehat di waktu akhir akhir momen persekolahan aku.

"Lepas ni kan, dalam satu masa... after lima, sepuluh tahun... agaknya hang, aku dengan member-member yang lain masih bersahabat ka wei? Apa akan jadi antara dengan kita semua?" tanya aku dengan loghat utara.

Memang tak sama.. tapi lebih kuranglah dialognya...  the feel.. the moment... lebih kurang sama.

Dia tak menjawab. Sekadar senyuman saja yang dilempar sambil mata melilau memandang gelagat pelajar-pelajar perempuan di tingkat bawah..

"Tak tau la." Selamba dia jawab.

Kini hampir 8 tahun berlalu.

Dan seperti yang diagak, kini, semua meniti haluan hidup masing-masing. Sibuk dengan tanggungjawab hidup yang dipikul. Member aku tu pun dah berkahwin.

Ada sesetengahnya yang masih bertegur sapa dengan aku sekali-sekala. Tapi, rasa persahabatan tu dah tak sama. Tawar. Umpama meneguk teh kelat di tepian pantai dikelilingi sisa-sisa buangan manusia. Macam tu la rasanya.

Make me sad after watching and listening this song.

Betullah orang cakap, kenangan dan  pengalaman hidup ni memang tak terbayar dengan wang ringgit. Priceless. Kita tak mungkin dapat pusingkan masa. Mustahil ada mesin masa yang bakal tercipta sepanjang hayat kita di bumi ni. So, seharusnya kita cherish dan hargai sebolehnya setiap momen indah dengan kenalan kenalan kita.

Oh God... I miss my classmates so much!


Notes: Maeda Atsuko dalam video ni sebijik macam member aku. Bezanya, member aku tu bertudung. Makwe jepun ni banyak muka iras-iras orang melayu.

Saturday, September 24, 2011

Kenangan Zaman Muda-Muda #1 (Roswell)

Masih ingatkah anda dengan siri Roswell?


Roswell is a science fiction series that aired in the United States for three seasons on the WB from 1999-2002. The show follows a group of teenage aliens living in Roswell, New Mexico during the time of the show's airing. Roswell, New Mexico is known for the purported 1947 UFO incident, and the show follows the aliens while they deal with human teen life, and try to figure out where they came from.

Watak utama Jason Behr dah tak tahu apa cerita sementelah berlakon dalam The Grudge versi Hollywood. Brendan Fehr and the lovely Shiri Appleby pun dah hilang entah kemana. Yang pasti, Katherine Heigl dah jadi lebih famous lepas berlakon dalam Grey's Anatomy sebagai Dr. Izzie Stevens. Adam Rodríguez pulak, well sapa tak kenal encik detektif bernama Eric Delko dalam CSI: Miami kan?

Ok lepas godek godek Wikipedia, baru aku perasan yang Brendan Fehr ni ekceli berlakon 35 episod dalam CSI: Miami as Dan Cooper. Oh cepat betul Brendan ni jadi tua! hahahaha.

Oh, rindu betul waktu drama ni ditayangkan di TV dulu! Waktu aku dengan kakak masih muda belia. Sekarang pun still muda lagi, cuma umur dah beranjak sedikit.

Notes : Di waktu mula mengenali siri ini, aku dah ada crush dengan Shiri Appleby. Biasalah baru baligh masa tu, semua amoi cun di TV aku berharap dapat join mimpi basah aku. 

Notes II : Lagu tema drama ini masih berhantu bagi diri aku, walaupun dah bertahun-tahun tak mendengarnya. Dildo Dido punya suara memang the best! Agree?


Thursday, August 04, 2011

Cikgu Mat Zoon Dalam Kenangan

Pagi kelmarin, dalam lingkungan pukul 9.30 pagi, handset aku berbunyi. aku tengok kat screen hanset cokia ku, rupanya kenalan lama aku di sekolah teknik dahulu yang call. "Eh, apasal pula budak ni call aku pagi-pagi macam ni?" ku bermonolog. Ah monolog apa. aku angkat.

"Assalamualaikum Naim. wey hang buat apa".

"Aku kerja la. Awatnya call aku ni weh?" aku jawab.

"Takdak la. saja nak habaq kat hang, cikgu Mat Zoon dah meninggal. Lepas Zohor depa nak simpan."