COMPATRIOT AKU

Tuesday, October 12, 2010

Tilam Asmara Untuk Posisi Seksual Terbaik ♥

"Love Matress" (Tilam Asmara) dicipta untuk satu tujuan ... dan ia bukan untuk tidur.

Tilam khas ini dicipta dengan ruang 'pull-out' bagi sesiapa saja yang bercadang untuk memiliki ruang lebih untuk aktiviti 'intim' bersama pasangan mereka.

Ia juga turut disertakan dengan pemegang.

Penciptanya dari Itali, Paolo Tonelli berkata ciptaannya ini diinspirasikan dari undian yang dijalankan dan mendapati 70 peratus dari rakyat Itali memiliki masalah mencari posisi yang sesuai bersama pasangan mereka ketika mengadakan hubungan seks.

"Saya bukanlah doktor yang boleh membantu mengubah keadaan fizikal mereka atau masalah psikologi mereka, tetapi saya fikir saya boleh lakukan sesuatu pada tempat tidur mereka".. katanya sambil tersengih.

Blok boleh ubah yang terdapat di tengah² tilam berharga $1,900 ini memberi ruang lekukan untuk lutut atau bahagian tubuh lain yang ingin diletakkan semasa mencari posisi & keselesaan sesuai ketika aktiviti seksual.

"Kami mengunci beberapa pasangan dalam kilang untuk mencuba keberkesanan tilam ini, dan ianya berkesan," kata beliau.

Dan bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimana rasanya bila terlena di atas tilam ini: Ini bukan untuk anda~

Notes : Tetiba teringin pulak. Convenient ni...

No comments: