Hari itu.
Mereka dengan wajah ceria mereka.
Hari itu.
Mereka dengan senyum tawa mereka.
Hari itu.
Mereka dengan kecintaan mereka.
Hari itu.
Dia. Mereka. dengan kata-kata mereka.
Tertusuk terbenam dalam jiwa.
Hari itu.
Hari itu.
Hari itu.
Hari itu dah lama berlalu.
Hari ini.
Aku dengan diri sendiri.
Hari ini.
Memori lama ku gagahi.
Hari ini.
Aku dengan topeng hipokrasi.
Tersengih sipi.
Alif ba ta sa. Setiap orang jalannya berbeza. Ada bengkang-bengkok, ada lurusan. Ada onak duri, ada permaidani. Ada dua hasta, ada ribuan kilometer.
Ada mudah. Ada susah.
Hak Tuhan untuk menguji. Kita? Pasrah. Dan berusaha untuk berubah.
Notes: Harus belajar dengan perkataan 'redha'. Mungkin ini bukan jalan kita.
Tuesday, November 29, 2011
Thursday, November 24, 2011
Spontaneous Thursday #6
Pernah jumpa makwe urat dawai tulang besi mata silau?
Ya, aku ada jumpa seorang, semalam.
Makwe ni punya attitude memang lain macam, sampaikan aku sebagai seorang lelaki ni rasa macam nak telan paracetamol satu guni sambil terjun bangunan Village Mall. Terharu betei dengan semangat never-say-die beliau.
Sedikit sebanyak, timbul rasa segan dan malu dalam diri.
Dan secara perspektifnya, orang macam inilah yang sangat aku hargai, sentiasa menyuntik cas-cas positiviti dalam diri. Teman tawa dekah di kala sepi.
Tick-tock tiki-taka,
Orang yang ingati kita, mana boleh kita lupa?
Thank you, merci, kamsamnida & arigatou gonzaimas awek!
Monday, November 21, 2011
Definisi Kenduri Kahwin Masakini
Kenduri kahwin adalah satu platform di mana aku berpeluang mencuci mata dengan panorama gadis lovely-lovely bermacam saiz dan bentuk, bershawl belit belit pelbagai kaler dengan bonjolan bonggol unta di kepala yang amat menyerlah, baju kurung polos dengan penampakan singlet dan bra, kain jarang dengan petticoat paras lutut yang menyerlahkan betis, kebaya ketat atas dan bawah, dan tubuh mugil yang berbau harum seductive dari jenama Issey Miyake, Bvlgari Omnia Crystalline, mahupun Estee Lauder Sensuous Perfume.
In the End, STIM is the only appropriate word.
Maaf, saya tiada pilihan lain.
Thursday, November 17, 2011
Tahniah Buat Adik
Sunday, November 13, 2011
Kenangan Zaman Muda-Muda #2
Dah sepuluh tahun berlalu sejak iklan ini disiar di kaca TV.
"Ombak jahattt! Ombak jahatttt!!"
Sumpah aku tak pernah lupa frasa yang dahulunya kerap disebut-sebut tu. Sumpah.
Thursday, November 10, 2011
Nak Minta Tolong Boleh?
Oh come on! Esok (baca: hari ini, 11-11-11) adalah hari terakhir bagi pengguna aplikasi Snaptu untuk menggunakan app tersebut sebelum ianya dinaiktaraf sepenuhnya menjadi aplikasi "Facebook". Adalah sesuatu yang tensi apabila keupayaan Snaptu yang turut juga menyokong aplikasi Twitter akan hilang.
Masalahnya, bagi pengguna Nokia/Symbian s60 v3 macam aku ni, aku masih buntu, apakah aplikasi Twitter yang sesuai untuk telefon tanganku yakni Nokia E72 selepas tamatnya servis aplikasi Snaptu ini? Nokia ini tidaklah umpama Blackberry yang memiliki Twitter For Blackberry, iPhone (Twitter for iPhone) dan Android yang disokong Twitter for Android. Nokia ini hanya Nokia yang wonderful outside, but crappy inside.
So, siapa-siapa tahu solusinya? Please help me.
Sunday, November 06, 2011
Selamat Ulangtahun Ke-25 Fergie!!
Seorang lelaki tua dalam usia lingkungan akhir 60-an dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan kelihatan mengunyah-ngunyah chewing gum sambil menekuni dengan penuh teliti pemain-pemain berjersi merah putih menyepak bola menghadapi asakan lawan dari tepi padang.
In fact, sudah 25 tahun berlalu.
Lelaki tua itu bernama Sir Alex Chapman Ferguson.
Kelmarin, 6 November 2011, menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United menentang Sunderland, kelab bolasepak Manchester United FC membuat kejutan terhadap pengurus kelab itu dengan menamakan semula bahagian north stand di stadium Old Trafford dengan nama The Sir Alex Ferguson Stand. Ia dilakukan sempena meraikan 25 tahun pengurusan Alex Ferguson di kelab Manchester United, yang membawa banyak kejayaan untuk kelab tersebut.
Sungguh ikonik bukan?
Happy anniversary Sir Alex!!! Orang yang bertanggungjawab ke atas kejayaan Manchester United selama ini. Orang yang bertanggungjawab ke atas karier cemerlang pemain seperti Ryan Giggs, Eric Cantona, David Beckham, Paul Scholes, Gary Neville. Peter Schmeichel, Edwin van der Sar, Cristiano Ronaldo, Mark Hughes dan banyak lagi.
Orang yang bertanggungjawab ke atas status kewangan Manchester United sehingga digelar "The Most Valuable Club In The World". Dan yang terpenting sekali, beliau mengotakan janji beliau sewaktu awal menyertai pengurusan Manchester United dahulu. "Knocking Liverpool right off their f***ing perch". Well, dengan kejuaraan liga ke-19 yang dikecapi musim lepas, tentunya janjinya sudah ditepati, bukan?
"I don't call him Sir, Alex or Mr. I just call him 'boss' because he's our boss" - Jose Mourinho
I LOVE HIM. LONG LIVE THE BOSS.
Friday, November 04, 2011
Random video #8
Mula-mula waktu perkenalan aku dengan lagu ni, memang aku tak tahu bahawasanya Muse juga menyanyikan sebuah lagu soundtrack untuk Filem Twillight.
Muse + The Twillight Saga. Kombinasi yang langsung tak kena.
Muse + The Twillight Saga. Kombinasi yang langsung tak kena.
Tapi walau macamana pun, lagu ni enak didengar. Typical Muse dengan rempah ratus musiknya yang memikat.
Lagu ini kudedikasikan khas untuk pasangan-pasangan yang bercinta di luar sana. Berpasang-pasanglah dengan seeloknya. Cepat cepat ikat kalau dah mampu.
Notes: Tiba-tiba berdedikasi secara rawak. Apa kena dengan aku hari ni?
Thursday, November 03, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)