COMPATRIOT AKU

Sunday, November 06, 2011

Selamat Ulangtahun Ke-25 Fergie!!

Seorang lelaki tua dalam usia lingkungan akhir 60-an dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan kelihatan mengunyah-ngunyah chewing gum sambil menekuni dengan penuh teliti pemain-pemain berjersi merah putih menyepak bola menghadapi asakan lawan dari tepi padang.

In fact, sudah 25 tahun berlalu.

Lelaki tua itu bernama Sir Alex Chapman Ferguson.

Kelmarin, 6 November 2011, menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United menentang Sunderland, kelab bolasepak Manchester United FC membuat kejutan terhadap pengurus kelab itu dengan menamakan semula bahagian north stand di stadium Old Trafford dengan nama The Sir Alex Ferguson Stand. Ia dilakukan sempena meraikan 25 tahun pengurusan Alex Ferguson di kelab Manchester United, yang membawa banyak kejayaan untuk kelab tersebut.


Sungguh ikonik bukan?


Happy anniversary Sir Alex!!! Orang yang bertanggungjawab ke atas kejayaan Manchester United selama ini. Orang yang bertanggungjawab ke atas karier cemerlang pemain seperti Ryan Giggs, Eric Cantona, David Beckham, Paul Scholes, Gary Neville. Peter Schmeichel, Edwin van der Sar, Cristiano Ronaldo, Mark Hughes dan banyak lagi. 

Orang yang bertanggungjawab ke atas status kewangan Manchester United sehingga digelar "The Most Valuable Club In The World". Dan yang terpenting sekali, beliau mengotakan janji beliau sewaktu awal menyertai pengurusan Manchester United dahulu. "Knocking Liverpool right off their f***ing perch". Well, dengan kejuaraan liga ke-19 yang dikecapi musim lepas, tentunya janjinya sudah ditepati, bukan?


  "I don't call him Sir, Alex or Mr. I just call him 'boss' because he's our boss" - Jose Mourinho

I LOVE HIM. LONG LIVE THE BOSS.


No comments: