COMPATRIOT AKU

Thursday, March 07, 2013

Noroi: The Curse

Ini.

Filem seram paling menjengkelkan, paling stressful, paling disturbing pernah aku tonton (bagi aku. setiap orang pendapatnya berbagai).

Tak ada hantu dengan darah isi perut terburai, gigi menyeringai, mata terjegil keluar dari soket, pop out of nowhere dan sebagainya dalam filem ini.

Hanya kisah seorang penyisat mistik yang mencari jawaban berkaitan kagutaba dan kejadian kejadian aneh yang berlaku di sekelilingnya, sehinggalah beliau ghaib secara tiba-tiba di akhir babak.

Tapi ingin diingatkan, bagaimana aku boleh katakan filem ini filem hantu paling seram bagi aku ─ jalan certanya yang amatlah stressful, creep under your skin dan pengarahnya yang bijak bermain psikologi. In fact, kebanyakan filem filem seram Jepun adalah sebegitu.

Aku ambil masa dua hari untuk habiskan filem ini (separuh-separuh). Dan banyak kali jugaklah di-pause kan waktu jalan cerita tengah rancak build-up.

Usai menontonnya, bolehlah aku simpulkan, bahawa filem filem hantu buatan Hollywood adalah umpama 'di celah-celah gigi' sahaja dibandingkan dengan filem ini.

Jadi, tontonlah. Tambahan pada waktu malam, dengan lampu ditutup, berselubung tubuh dan headset di telinga yang sudah dimaksimakan volume nya.

Dan harapnya tidur kamu lebih lena untuk hari hari berikutnya.



Trailer:



Movie Penuh:




Notes: Babak ketika Masafumi Kobayashi berlari lari dalam hutan adalah sangat haram jadah.


3 comments:

miranadia said...


teringin nak tengok tapi hanya mampu tengok dari celah celah jari tangan. konklusinya, tidak akan tengok.

H Y D E said...

@miranadia haruslah mira. rugi tak rasai ketakutannya. kami yang tak takut ni pun boleh jadi takut.

syafiqakarim said...

errr tak pnh lak tgk