COMPATRIOT AKU

Sunday, May 26, 2013

Perangai

Kebelakangan ni aku bolehlah dikatakan berperangai persis seorang ibu mengandung yang menanti masa untuk melahirkan anak.

Hari hari selak kalendar. Periksa tarikh. Ingatkan diri berapa bulan lagi yang tinggal untuk aku sebelum semuanya bermula. Imajin benda yang tak patut dan bukan bukan. tweet pasal itu. Merapu pasal ini. Macam ibu yang mengandunglah. Selalu fikir pasal anak yang masih dalam perut lagi. Dia punya tangis, dia punya senyum. Dan macam-macamlah lagho yang aku selalu wayangkan dalam otak.

Tapi aku sedar, persediaan tu masih belum cukup. Tabah hati nak meneran anak keluar belum tentu lagi. Baju anak belum beli lagi. Lampin, susu, barang barang bayi pun masih belum tersedia. Nak bela anak guane kalau macam gini?

Aku selalu pesan ke diri sendiri, hal hal besar macam ni jangan dipikir sangat. Lagi dipikir, takkan habis semak debornya ─ tapi persediaan tu jangan tak buat lah.

Aku tunggu je disember ni menjengah dengan ketabahan. Aku tunggu je.



5 comments:

Wadi AR said...

aku ingat kau dah kawin. terkejut aku

Zai Zamree said...

dh brapa bln dh?lebih kurang sm la kita ye nti due date dia kn?hik3

H Y D E said...

@Z@i Z@mR33 saya bulan doblas ni kak. he he he

faraherda.razalan said...

Tak fhm...migrasi yg mcm ne tu? Dr single ke double? Dr malaysia ke oversea? Dr makan gaji ke berniaga sendiri? Dari company ini ke company tu?

Saspen.

H Y D E said...

@faraherda.razalan opsyen B dari komen kak kat atas. hihi