COMPATRIOT AKU

Tuesday, June 04, 2013

Hari Hiba

Sabtu lepas adalah hari yang agak menghibakan bagi kami sekeluarga.

Setelah lebih dari sepuluh tahun, bekas isteri arwah pakcik akhirnya pulang ke kampung halaman tempat bekas suaminya membesar dan menjadi manusia bersama dua anak dan keluarganya dengan tujuan menyelesaikan beberapa masalah berkaitan arwah. Di samping itu juga mereka melawat kubur sambil mendoakan arwah yang telah lebih sebulan meninggalkan kami semua.

Pertama kali nenek bertemu muka dengan makcik (adakah dia masih pangkat makcik bagi aku?) sudah terdengar sedan sedu suara wanita wanita yang bercampur baur perasaan masing masing. Wanita yang banyak memendam perasaan sedih dan rindu. Si ibu yang kehilangan anak secara mengejut. Bekas isteri yang kehilangan bekas suami dan ayah kepada anak-anak. Si kakak yang selamanya dipisahkan Tuhan dengan adik kandung (dia yang banyak berjuang ke sana sini demi menyelamatkan hidup adiknya selama ini ─ mama aku) dan si anak yang tiba tiba menjadi yatim tanpa sempat melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. Semuanya.

Kami sedaya upaya mengelak untuk bercakap tentang arwah di masa hidupnya. Tentang masalahnya yang dia pendam ─ sehingga membawa ke liang lahad. Tentang pekerjaannya. Tempat tinggalnya. Tentang kesihatannya. Dan banyak lagi yang masih belum terungkai bagi kami.

Pertemuan diakhiri dengan penziarahan ke kubur, bacaan yassin dan panjatan doa ke arwah yang kami kasihi. Diiring dengan perasaan hiba yang tak tertahankan.

Bolehlah aku rungkaikan di sini, segala yang terjadi adalah amat menyedihkan. Aku pernah ditinggalkan kekasih, aku pernah dilukai akibat tikaman dari belakang tetapi tidaklah sesedih macam ni.

Aku harap arwah aman di sana. Moga Tuhan golongkan dia dalam golongan orang beriman dan dijanjikan syurgaNya.

Notes: Aku pun tak pasti kenapa aku rasa nak menulis benda ni, walau aku sebenarnya tak tahu pun bagaimana nak ceritakannya.


3 comments:

Lee Zha said...

kadang2 yg rahsia itu lebih sakit dari yg telah kita sedia tahu.

tabah ya.

MR & MRS MAKMUM said...

benda yg dh lepas tak yah la d korek keluar lagi biarkn ja terus menajdi rahsia sbb itu yg trbaek takut nnti makin d korek makin sakit kita rasa ~

miranadia said...

moga arwah tenang di alam sana.