COMPATRIOT AKU

Friday, August 16, 2013

Eid 2013

Tahun ini punya eid tidaklah semeriah tahun tahun lepas.

1) Pak Ndak Din pergi meninggalkan kami pada syawal kedua. Terkenang gelagat arwah yang lahap berselera menikmati Mee kuah di rumah Tok Lang, laksa di kediaman Pak Ngah Baharom dan lontong buatan Mak Lang Rohana sambil borak-borak dengan aku dan mak pasal hidup, bikin hati aku terusik. Petang raya kedua, ke Kuala Kangsar gegas kami sekeluarga menghadap jenazah sambil menghadiahi yassin. Meninggal mengejut, kata mereka. Lepas ni tiada lagi kedengaran suara arwah bertanya itu ini, sembang sana sini dengan kami semua. Pak Ndak Din sudah kembali kepadaNya, ini realiti yang nyata menghempap.

2) Tahun ini tahun terakhir aku beraya bersama keluarga di sini. Tahun hadapan punya Eid, entah macam mana aku tak pasti. Ada rejeki, sama-samalah sekali ber-aidilfitri. Tak ada rejeki,bermaaf-maafan lah guna teknologi.

3) Tahun lepas, tahun ramai-ramai bernikah dengan cinta pilihan hati. Tahun ini, tahun ramai-ramai ambil gambar raya dengan pasangan dan anak pertama yang masih bayi. Satu trend yang sedikit sebanyak mencalit kesan di hati.

Apapun, hidup mesti terus dilangsungkan dan diredahi.

Salam aidilfitri lewat aku ucapi.



3 comments:

アヌム said...

Al fatihah..nk kemana thun dpn tu..xpe, skype pun boleh dgn fmly :)

Z@i Z@mR33 said...

Al-fatihah....

wah3...ada peluang ke obesi ek?untung la...

In Shaa Allah...rezeki ke arah b'dua btiga akan ada nti :)

MR & MRS MAKMUM said...

awak tu bila lagi ~