Ditinggalkan. Tok cik Aishah, Pakcik Hayazi dan Pak Ndak Din meninggalkan kami selama-lamanya. Pemergian Arwah Tok Chik adalah sesuatu yag sudah diagak. Sakit tua sebebnya. Tetapi kehilangan Pakcik Hayazi dan Pak Ndak Din adalah sesuatu yang amat mengejutkan dan langsung tidak dijangka. Kelmarin beraya dan makan sama-sama, tup tup esoknya dah tak ada. Tahun ini semoga semuanya dipanjangkan umur dan sihat sejahtera saja.
Kerja. Senang aku nak ungkapkan, pekerjaan pada 2013 ini memenatkan, tetapi sangatlah menyeronokkan. Datang kerja awal, balik lewat malam. Menghadap kerja dalam bidang baru ini seronok sebenarnya, itupun jika enviroment kena dengan kita. Alhamdulillah, rakan-rakan sekerja di sini semuanya nice-nice sahaja. Fad, Zila, Abang Wan, Yoga, Ashwan, Ayu, Yatt, Atie, Unie, Pikah, Prema, Fina, Azmir dan lain-lain walaupun kadang-kadang ada yang macam mangkuk ayun, tapi memang rock. Kah kah kah. Jumpa ramai orang, kawan dengan bermacam orang, akhirnya berpisah dan jadi strangers jua. Inilah rencah hidup.

Usaha. Aku rasa, agak memuaskan juga tahun 2013 ni kalau nak cakap pasal usaha. Rasa macam level usaha aku naik sedikit berbanding tahun sebelumnya. Rasa saja ya. Still, banyak lagi nak kena improve. Tahun depan kena usaha lebih pulun lagi dan reap the rewards like a boss.
Emyu. Geram nak cakap bab ni sebenarnya, tapi nak cakap juga. Senang cakap, musim lepas, juara ternama Liga Perdana Inggeris. Kedudukan terkini di season baru, 11 mata ketinggalan di belakang pendahulu, 6 mata di belakang pasukan di tempat kelayakan akhir liga juara-juara, yakni Liverpool. Dem. Apa sudah jadi? Memalukan. Sampai sekarang aku tak faham kenapa David Moyes yang dipilih sebagai pengganti. Main boring, taktik negatif. Sama je di setiap perlawanan.
Cinta. Hahahaha. Boringlah bab ni. Lupakan dulu. Fokus pada yang lain.
Selamat tahun baru. Tahun ini, aku bakal berkelana ke negara orang.
Notes: Aku dah lama tinggalkan anime dan manga. Tak kira lah dimana pun, aku nak berlibur semula dengan seni-seni menghiburkan dari Jepun ni.
4 comments:
dah macam rumusan masa spm dulu. =]
selamat belajar dan buat assignment. InsyaAllah, moga-moga tahun 2014 ada sinar baru.
Hrmm..masing masing dah review 2013. Saya je dok tertangguh lagi. Huhu
Semoga berjaya untuk mengejar azam 2014. Jangan lupa selalu update momen momen di negara orang - share dgn kami tau! :D
tempat jatuh lg d kenang ini kn pula negara seniri ...selamat brjuang bro !!!!
tempat jatuh lg d kenang ini kn pula negara seniri ...selamat brjuang bro !!!!
Post a Comment