COMPATRIOT AKU

Saturday, April 26, 2014

Ingat

Jika diingat semula, aku dah hampir hampir berkahwin tahun 2009 dulu. But with the power of God everything collapsed down and now, I'm at Australia doing whatever I like.

Kalaulah aku jadi kahwin dulu.
Kalaulah.

Mungkinkah aku berhijrah ke sini?
Apa pekerjaan aku sekarang agaknya?
Sempatkah aku berkenalan dengan Fad, mendiang Yoga dan Ashwan?
Topek, Mel, Dell, Mira, Dila, Fahmi, Madi?
Awek scoot Kuala Perlis?
Mar? Nadia?
Unie, Azmir, Zila, abang Wan?
Ju, Erin, Amet, Fana, Lina?
Aiden, Chris, Ellie, Evelyn, Pie, Alice?

Oh, I can't brain this.

Life is truly wonderful.



posted from Bloggeroid

Tuesday, April 22, 2014

Kemanusiaan Di Norway


Ini sebabnya aku suka environment di Scandanavia.

Mari sama-sama menjadi manusia.

   
*Jangan lupa tekan butang cc di atas untuk captions dalam bahasa inggeris.

Komen:


Alih bahasa:

"Lelaki, dengar tip ini dari seorang perempuan yang lebih berusia. TIADA YANG LEBIH SEKSI DARIPADA SEORANG LELAKI YANG MEMBERIKAN JAKETNYA UNTUK ORANG LAIN. Ia lebih bagus dari otot yang berketak-ketak."

"Betul tu. Saya rasa seolah-olah ovari saya meletup sekitar minit 2:09."

"Ia berlaku pada semua wanita. Kalaulah lelaki semua faham akan ini."


Notes: Bagaimana jika di negara kita?



Monday, April 07, 2014

Kenapa Enchik Hyde?

Beberapa sahabat dan kenalan pernah bertanya, "nama hyde ni mai mana? eh engko nama dah sedap sedap nak hyde hyde pulak, eh kenapa enchik hyde eh?". Well takde signifikan sangat nama ni pada aku. cuma pada sekitar 2009 semasa mula berblog aku ada terfikir pasal nama pena yang sesuai, dan waktu itu secara spontan lagu Blurry Eyes ini dimainkan di laptop, dan wallah, ini hasilnya.


Aku bet takde siapa pun kenal mamat ni. Maybe a few.

Tapi dia ni memang aku minat betul sejak tahun 2004 lagi.

Hideto Takarai nama sebenarnya. Vokalis band musik paling famous di Jepun, L' Arc-en-Ciel atau turut dikenali sebagai Laruku.

Mula main musik sejak zaman Nirvana tengah nak up lagi. Dan yang menariknya, dia dah 45! Tapi nampak jauh lagi muda dari aku (bangsa Jepun dengan taraf kesihatan mereka dan terma awet muda memang tak boleh dipisahkan).

Kalau sekali pandang memang nampak macam perempuan tapi yelah, dia dah tua. Tapi tak kisahlah, walaupun dah 45, suaranya tetap sedap dan kool gila.

Dan aku sebagai lelaki pun aku akui ada 3 lelaki yang aku anggap macho. Yang pertamanya, Mats Hummels. Keduanya Tomoya Nagase dan ketiganya Hyde ni lah. Jika kalian rajin perhatikan profile picture pesbuk mahupun avatar twitter aku, haaa itulah yang aku maksudkan.

Aku dan musik musik dari Jepun ni memang takkan boleh dipisahkan. Duduk di Aussie sekarang pun, perasannya tetap sama.

Itu sahajalah sedikit sebanyak. Moga menjawab soalan. Maaflah jika entri ini berbau gay sedikit. Aku masih normal dan tenang lagi. kah.