COMPATRIOT AKU

Monday, April 07, 2014

Kenapa Enchik Hyde?

Beberapa sahabat dan kenalan pernah bertanya, "nama hyde ni mai mana? eh engko nama dah sedap sedap nak hyde hyde pulak, eh kenapa enchik hyde eh?". Well takde signifikan sangat nama ni pada aku. cuma pada sekitar 2009 semasa mula berblog aku ada terfikir pasal nama pena yang sesuai, dan waktu itu secara spontan lagu Blurry Eyes ini dimainkan di laptop, dan wallah, ini hasilnya.


Aku bet takde siapa pun kenal mamat ni. Maybe a few.

Tapi dia ni memang aku minat betul sejak tahun 2004 lagi.

Hideto Takarai nama sebenarnya. Vokalis band musik paling famous di Jepun, L' Arc-en-Ciel atau turut dikenali sebagai Laruku.

Mula main musik sejak zaman Nirvana tengah nak up lagi. Dan yang menariknya, dia dah 45! Tapi nampak jauh lagi muda dari aku (bangsa Jepun dengan taraf kesihatan mereka dan terma awet muda memang tak boleh dipisahkan).

Kalau sekali pandang memang nampak macam perempuan tapi yelah, dia dah tua. Tapi tak kisahlah, walaupun dah 45, suaranya tetap sedap dan kool gila.

Dan aku sebagai lelaki pun aku akui ada 3 lelaki yang aku anggap macho. Yang pertamanya, Mats Hummels. Keduanya Tomoya Nagase dan ketiganya Hyde ni lah. Jika kalian rajin perhatikan profile picture pesbuk mahupun avatar twitter aku, haaa itulah yang aku maksudkan.

Aku dan musik musik dari Jepun ni memang takkan boleh dipisahkan. Duduk di Aussie sekarang pun, perasannya tetap sama.

Itu sahajalah sedikit sebanyak. Moga menjawab soalan. Maaflah jika entri ini berbau gay sedikit. Aku masih normal dan tenang lagi. kah.





3 comments:

Zai Zamree said...

oooOOO...br tahu :)

miranadia said...

lama dah nak tanya, tapi saya pendam soalan tu. haha

Kira Sakura said...

serius 45? wowwwwwww!!!!