COMPATRIOT AKU

Monday, February 16, 2015

Siri Berborok Petang Dengan Sofie

Alkisahnya pada suatu hari di semester lepas sahabat aku si Sofarina Stamoulis, seorang warga Australian berdarah campuran Greece, berkongsi cerita dengan aku akan situasi politik di Australia dan kebencian beliau yang infiniti terhadap perdana menteri Australia, Tony Abbott dan parti Liberal pimpinan beliau. 

Sambil mengomel dan berseloroh dengan sikap Abbott yang degil, keras kepala dan 'douchbag', beliau juga berharap untuk berhijrah ke sebuah negara Eropah suatu hari nanti demi kelangsungan masa depan yang lebih baik. 'Negara yang lebih cemerlang dari Australia kini' ujar beliau. 

Disebabkan bosan dan sedikit takjub dengan seloroh beliau, sempatlah aku menyampaikan pesan sebelum kami menghentikan perbualan.

"Aku harap sebelum apa-apa berlaku, cuba engko tinggal di Malaysia barang setahun dua dan mulai bersyukur dengan apa yang ada di negara ini. Sekurangnya negara ini antara negara paling selamat di dunia, punya pengangkutan awam yang cemerlang, penduduknya tahu untuk berterima kasih, hak rakyat masih terpelihara, purata pendapatan isi rumah yang agak tinggi, demokrasi serta hak bersuara tiada batasnya, taraf pendidikan yang sentiasa di atas dan rasuah bukanlah satu kebiasaan disetiap waktu".

Sofie diam menganggukkan kepalanya perlahan-lahan sambil mengunyah sandwich berlauk bacon kegemaran beliau. 

2 comments:

cik Anggur said...

makan dalam punya pesanan tu ~

Norazlina Idris said...

fuiyo....

nway feel free to visit and follow superbchombi.blogspot.com