Peraturan enam saat. Taktik menarik yang hanya dimiliki Barca. That's why they're the most feared club in the world. Dan juga kelab bolasepak yang paling sukar untuk dikalahkan.
Disiplin mau tinggi beb. Baru taktik menjadi. Baru boleh menang. Barulah konsisten. Barulah digeruni. Kan?
Tahniah buat Jose Mourinho & Real Madrid, juara Copa Del Rey (FA Cup versi Spain)... Seriously taktik & corak permainan Mourinho amat membosankan (tak se'art' Barcelona) tapi my God betapa konsistennya lelaki Portugis ni dalam membimbing kelab beliau dalam memenangi piala setiap musim. Dari Chelsea hinggalah ke Madrid, macam² piala dah dimenangi. Tak macam Monseiour Wenger sampai 6 musim habuk pun tarak, cuma alasan yang banyak. Ini rekod kejuaraan milik Mourinho:
2002/3
Portugal Super Cup
Portugal Cup
Primera Liga
UEFA Cup
2003/4
Primera Liga
UEFA Champions League
2004/5
Carling Cup
Premier League
2005/6
Community Shield
Premier League
2006/7
Carling Cup
FA Cup
2007/8 Spent most of the season out
2008/9
Italian Super Cup
Serie A
2009/10
Italian Cup
Serie A
UEFA Champions League
2010/11
Copa Del Rey
Madrid memenangi pertembungan ini setelah menewaskan 'musuh-sampai-mati' diorang, Barcelona 1-0 hasil jaringan pemain star mereka, siapa lagi kalau bukan Cristiano Ronaldo selepas masa tambahan. Walaupun Barca menguasai perlawanan dengan taktik passing tersohor diorang, mereka kelihatan kekurangan idea untuk menembusi pertahanan Madrid. Madrid pula cuba memerangkap Barca dengan taktik counter-attack yang akhirnya berhasil pada minit² akhir masa tambahan.
Mourinho memang genius.
Apapun enjoy a few picca below...
Champione
Shakira, penyanyi Waka Waka Eh Eh yang juga awek Pique
Unhappy Messi
Mourinho
Celebrating in Cibeles
Selepas memenangi kejuaraan Copa Del Rey itu, pemain² Madrid selalunya akan berarak di Cibeles (sebuah dataran di Madrid) bersama trofi kejuaraan yang dimenangi. Tetapi lain pula jadinya bila pemain Madrid, Sergio Ramos tiba² menjatuhkan piala tu ketika bizi meraikan kejuaraan dengan member² yang lain. Siap kena gilis dengan tayar bas lagi. Bhahahaha! Apa daaaa.....
Notes : 2 pertembungan El Clasico dah berakhir. Tinggal lagi 2 perlawanan. 1 seri, 1 dimenangi Real Madrid. Lepas ni 2 perlawanan antara Barcelona - Madrid akan berlangsung minggu depan untuk semi-final UEFA Champions League. Siapa lebih layak ke final? Can't wait!
Congrats Espana! team yang aku sokong sejak dari tournament World Cup ni belum bermula lagi dah layak ke final! Much sweeter lagi bila my 2nd team Holland pon ke final gak!
Tak sangka taktik unik diorang boleh tewaskan germany yang gah sebelum ni dengan rekod cemerlang tumbangkan ingurland & argentina. Pass...pass.. &.... pass..... from start to finish. Honestly sampai naik mengantuk aku.
To Joachim Loew : lain kali jangan la riak. Aku dah mula suka personaliti ko ngan spirit kat team ko smpailah masa sidang akhbar sebelum semi-final lwn spain ni. Ko riak. Strategi bahagi padang kpd 20 bahagian la, team german ni yang terbaik la, bersedia nak ke final la apa la. Nak berlagak tu berlagak la bila DAH MENANG World Cup bang. Masa tu sapa pon tak naik meluat. Tak belajar ke dangan apa yg dah jadi kt encik 'super riak' Maradona masa team ko belasah diorang? Dia riak, ko pon nk riak jugak ke? kan dah kna sentap... gelak kat ko skali hahahaha~
Moral : Jangan riak. Nanti makan diri sendiri malu o0o0~