Pelumba Moto2 dari Jepun Shoya Tomizawa maut setelah mengalami kemalangan di San Marino.
Kurang dari seminggu selepas pelumba berusia 13 tahun Peter Lenz maut dalam kemalangan di Indianapolis Motor Speedway, nyawa seorang lagi pelumba diragut di litar perlumbaan.
Shoya Tomizawa, 19, berada di pusingan ke-15 di litar San Marino Grand Prix ketika dia gagal mengawal motorsikal Moto2 di kelajuan penuh, terjatuh dari motorsikalnya dan kemudian dilanggar 2 pelumba lain sebelum terseret sejauh 130 meter.
Tomizawa dibawa ke hospital terdekat selepas kemalangan tetapi maut akibat luka parah tidak lama kemudian .Pelumba Moto2 ini telah melonjak naik sejak awal lagi dalam perlumbaan 'pocketbike' ketika dia hanya berusia 3 tahun pada 1994, hinggalah beliau layak beraksi di kelas 125. Tahun ini , beliau menang menang di Qatar dan menamatkan musim di tempat ketujuh keseluruhan dengan 82 mata. - Daily Mail
Video kemalangan semasa perlumbaan... hingga entri ni ditulis, Youtube belum remove lagi video ni.
Notes : This rider was still young. RIP, that looks horrible.
No comments:
Post a Comment