3:20 pagi. Mata masih segar. Terkebil-kebil mengikut rentak kepala yang masih terang.
Manchester United kejap tadi baru je seri dengan Stoke.
Rekod kemenangan berturut-turut yang dicatatakan selema ni lebur..
Maka,
mulalah para pembenci menyalak kuat-kuat tanda keseronokan. Termasuk
member aku sekor tu. Alah, first time seri je pun nak riuh sekampung
mamat ni. Typical haters. Takde modal.
Blur.
Meneguk air suling dari gelas kaca.
Memikirkan
segala perkara yang berlaku dalam hidup sejak kebelakangan ini buat aku
rasa nak muntah. Nak tidur, susah. Nak makan, kenyang juga.... tapi rasa
tak best dalam perut. Buka blog, clueless. Buka facebook? Buka twitter? Ahhh....
Blur.
Pening nak menghadapi kata-kata orang lain. Hati tisu, cepat sentap dengan orang lain, laser.... bla bla bla. Dan letih juga menghadapi menghadapi mereka-mereka yang hipokrit, double standard dan perjantinaan (sexist) di sekeliling.
Timbul wajah BFF kesayangan
aku dalam kotak fikiran. Ya, BFF. Best Friends Forever. Seorang demi
seorang tersenyum. Comel. Tiba-tiba satu demi satu senyuman itu hilang. Jiwa
aku rasakan kosong. Tubuh badan rasa sangat-sangat down. Pedih terasa dalam hati.
Aku
sayang BFF aku tahu? Sayang sangat sangat. Kalau tak, mana mungkin
badan aku jadi tensi secara menyeluruh bila memikirkan pasal diorang yang makin menjauh?
Aku rasakan lain bila bersama. Core atau teras bagi segala ini dah berubah. Tak perlulah terlalu saintifik, kerana aku pun tak tahu nak gambarkan macam mana sial.
"Ala biasa la tu, PEOPLE CHANGE lah. Biasalah kalau dah jumpa kawan baru. Or dah start berkapel, dan macam-macam lagi. Kita ni secara auto diletak tepi. Kau dah lupa Dayah? Zaidi? Seeraman Dynamic? Syafizah? Shahrul draftmen? Linie si engineer comel naik Ego? Sarah si Tomboy? Kak Surianie? Kak Ropisah? Ingat? Semua tu sama je la situasinya dengan problem kali ini." kata suara hati.
"Diam kau!" balas aku. "Aku tak nak diorang change. Aku mahu diorang yang asal dulu." sound aku lagi.
Blur.
Timbul
pula wajah seorang muslimah dalam minda ini. Umur awal 20-an. bertubuh
montok bak Kate Winslet. Bersuara kecil. Wajahnya comel. Pipi gebu. Jerawat dan parut-parutnya haram satu pun tak ada. Bak kanak-kanak
usia 4 tahun. Pakai tudung bawal warna ungu. Senyumannya memikat. Sweet
sangat sangat.
"Nanti kita tawen, seronoknya I dapat tengok muka you hari hari." Katanya sambil tersenyum girang.
Aku balas senyuman itu. Oh bahagianya! Makin lengkap hidup ini aku rasa. Ibu bapa masing-masing dah ketemu. Segala perancangan yang sepatutnya, disusun dan dilaksana rapi.
Tiga bulan selepas kata-kata itu keluar. Dia hilang. Dissapear in a thin air. Terus. Takde klu klu. Terus. Sebabnya? Takde kuasa aku nak cerita. Aku dah umpama terkena 'particle uplink canon'. Otak pun jadi blank.
Bila aku cuba luah kat orang lain, seperti biasa la kita orang lelaki. Ditertawakan.
Hampir
2 tahun perkara ini berlalu. Aku pun dah rasa lebih stabil berbanding
tempoh seksa 6 bulan selepas kejadian tanpa jawapan tu berlaku. Tapi entah
kenapa, susah betul aku nak lupa. Kekadang aku siap mimpi-mimpi dia lagi. Memang puaka bila perasaan kuat macam ni masih menyala even benda tu dah lama lepas.
Blur.
Kepala ku letakkan di atas papan kekunci QWERTY. Seolah ada satu aura gelap kehitam-hitaman berlegar di sekeliling tubuh. Tarik nafas dalam-dalam, satu hembusan angin bayu paru-paru kulepaskan.
Tiba tiba rasa useless.
Tiba tiba rasa loser sangat sangat.
Kenapa semua ini? Kenapa aku? Kenapa semuanya serentak, dan tak henti henti?
Ini belum masuk pasal kerja aku lagi. Itu pun satu hal. Full of shitness. Itu tak kena, Ini tak betul. Sekejap engkau. Sekejap aku. Hang ingat aku robot?
Ya
Allah, hanya padaMu aku berlindung dari rasa lemah dan takut, dari
sifat marah yang melampau lampau, dari hutang yang banyak dikeliling
pinggang, dari sihir, santau, fitnah dan buatan orang, serta dari rasa
sakit hati akibat perbuatan orang lain.
Berharap hari yang mendatang akan lebih baik dari hari-hari penuh masalah sebelumnya. Aku sayang hidup aku.
Enough rant.