COMPATRIOT AKU

Saturday, September 10, 2011

Hari Itu Ketika Beraya Di Pantai R&R Bagan

"Masih tak dapat lupakan die lagi ke?" suara doktor memecah kesunyian kala aku menikmati pemandangan indah tepian pantai dan angin bayu laut Selat Melaka.

Aku renung wajah doktor dalam-dalam. Kadang-kadang annoying juga doktor ni. Sekejap bertanya itu, sekejap bertanya ini. Tapi dalam banyak-banyak annoying beliau, at least she's a caring person. Tak macam yang lain, jenih tak memahami. Selalu ketawakan aku bab cintan cintun ni. Walaupun beliau selalu cakap muka sendiri bila bergambar di kamera sekejap macam plastik, sekajap macam hamster, macam ayam, macam kuali dan berbagai-bagai macam lagi, tapi itu hak beliau nak kritik diri sendiri. Lantok la.

"Sukar nak digambarkan la doktor" jawab aku tenang. Satu nafas panjang aku lepaskan. Jari di tangan kanan mula menarik-narik stainless steel ring di jari manis tangan kiri. Ring/cincin kenangan aku dengan ex-girlfriend aku yang tak pernah pernah aku tanggalkan melainkan ketika nak mencebok di jamban.

"Eh macam tu pulak. Gambarkan aje la. bukan susah pun" cebik doktor lagi.

"Susah awak, susah..." balas aku.

"Elehhhhh, kutey haluih kejap lagi baru tau."

KLIK!

Dengan spontan awek tudung predator mengambil gambar 'candid' kami berdua dengan kamerafon Sony Ericsson Xperia X8 beliau. Spontan juga aku tersenyum kelat sebab aku ni memang tak pandai berkamera bitching.


"Nak tengok nak tengok" si mulut lazer yang dari tadi tak habis-habis pose perasan jelita dengan kamera Mikro tiba-tiba bersuara sambil mengibas-ngibaskan lengan beliau yang disaluti pakaian fesyen rambu-rambu yang dah macam kelambu aku tengok. Tapi cun juga beliau pakai.

"Alololo sweetnya depa" seloroh awek tudung bawal sambil melayang-layangkan skrin Xperia beliau di hadapanku. Lina dan brader NAM hanya memandang gelagat beliau. Seraya aku tersenyum riang. Mereka-mereka ini betul-betul menceriakan hari raya aku.

* * * * *

"So masalah you tu macam mana?" aku, cuba menyambung topik yang tergantung sebentar tadi.

"Hmmm entah. Macam tu lah. Malas dah nak fikir. Sakit kepala la kalau fikir pasal tu." jawab beliau stress.

"Eh macam tu pulak. Gambarkan aje la. bukan susah pun". Ayat perli dari aku buat doktor tersenyum menyampah sambil bangun dan berlari-lari anak menuju ke arah Ern, gadis troublemaker handalan.

Aku sambung renunganku kelaut.