COMPATRIOT AKU

Wednesday, December 25, 2013

Kembali Ke Sekolah

Minggu lepas aku kembali ke sekolah teknik yang sekian lama aku tinggalkan. Sepuluh tahun. Tempoh itu adalah tempoh yang agak panjang untuk membuat comeback di situ. Tujuannya hanya satu; memungut kembali sijil SPM asal yang sepatutnya aku pungut lebih awal, bukan sepuluh tahun kemudiannya. Maka, aku berharap pemergian aku ke sana bukanlah sesuatu yang wajar dicontohi alumni-alumni sekolah yang lain.

Dan jika tidak kerana keberangkatan aku januari nanti ke himesfera selatan, mungkin aku tidak terfikir pun untuk kembali ke sekolah itu. Celaka, kan?

Menjejakkan semula kaki ke sana, adalah satu perasaan yang aneh dan tak terungkapkan dengan kata-kata. Antara perubahannya, pondok guard yang selalu kami kerumuni waktu "outing" dan pulang ke rumah kini sudah tiada. Hanya empat tiang penyokong dan bumbung sahaja yang ada, membikin ruang teduhan buat mereka. Kasihan aku memandangkan pakcik-pakcik jaga yang kepanasan dirogol bahang mentari dan percikan air air hujan. Apa bangang sangatkah guru besar tidak menyediakan proper pondok untuk memudahkan jaga di situ bertugas dengan jayanya? Ini kali pertama dalam era semua-sekolah-wajib-ada-guard yang aku temui satu sekolah tanpa pondok yang lengkap. Marah betul aku.

Selain itu, landskap sekolah juga telah banyak berubah. Iyelah, sepuluh tahun kan lama. Dahulu waktu aku mula bersekolah di situ, keadaannya hideous. Tiada pokok dan landskap yang menggiurkan. Bangunan tampak baru, tapi orang putih cakap, macam takde soul. Standard lah, waktu itu, aku adalah batch pertama sekolah.

Atas: Keadaan sekolah setelah sekian lama ditinggalkan. Kini sudah dihiasi pepohon landskap renek yang menghiburkan mata memandang.
Bawah: Cikgu Abdul Rahman Mahmud dengan ceramah dan kata-kata hikmat yang terpuji. Sejak dari awal penubuhan sekolah teknik ini sampailah sekarang, beliau setia di situ.

Alhamduillah, sesi tuntutan tidak sesukar yang aku jangkakan. Sampai saja di pejabat, aku menyuarakan keinginan aku untuk menuntut sijil asal SPM dengan nada yang sedikit kaget tetapi berwajah penuh yakin. Aku fikir 80% kebarangkalian sijil aku sudah dihantar semula ke Pejabat Pendidikan Daerah, atau lebih teruk lagi, sudah dilupus. Dan justeru itu barangkali aku perlu mengisi borang tuntutan untuk dihantar ke putrajaya bagi mendapatkan sijil SPM yang bukan seperti sijil asal, tapi substitute. Tapi itulah magiknya, sijil aku sudah sepuluh tahun masih belum terusik dan masih kekal di pejabat sekolah, menanti masa untuk aku pungut. Easy.

Terharu juga saat ketemu PK HEM waktu aku belajar dulu, cikgu Abdul Rahman Mahmud di pejabat. Tak berhenti beliau bercerita akan pengalaman hidupnya di Perth, Fremantle dan Mandurrah. Cuaca, hidup, cara bekerja. Elok juga, sekurangnya ada tips-tips yang berguna untuk aku pakai di negara orang nanti.

Sekolah dan isi-isinya, selamat tinggal dan jumpa lagi.



2 comments:

Zai Zamree said...

uwaaaa....x lama dh nk tinggalkn Malaysia...moga bjaya..

cik Anggur said...

selamat pergi & selamat kembali !!!