awal pagi tadi, ketika aku duduk duduk sementara menanti kelas bermula di lobi universiti, otak tiba tiba melayang terkenangkan saat kenduri perkahwinan kenalan belog aku, Naqiah Othman beberapa bulan lepas.
waktu kami semua sibuk bergambar kenangan dengan berbagai macam posisi bersama Naqiah, suami beliau tenang bersandar di kerusi sambil memerhatikan gelagat kami semua bersama isterinya. pada hemat aku, mungkin dia kepenatan dan agak segan dengan gelagat kami semua yang agak gila gila. dan terpandang di ekor mata aku waktu itu, matanya kemerahan, dan air matanya berkaca di kelopak mata. nyata tergambar satu ribu macam perasaan yang entah aku pun tak mampu nak telaah di wajahnya.
mungkin air mata bahagia. mungkin juga air mata lega kerana penantian beliau untuk mendirikan masjid, menyempurnakan sunnah dan berpasangan dengan seseorang yang dicintai sudah berakhir.
sungguh, dengki pula aku melihatnya. ini buat aku terfikir, bila pula aku mampu merasa sedih, penat, lega dan bahagia sebegitu?
time will tell.