COMPATRIOT AKU

Wednesday, February 24, 2016

Foto Foto Kegemaran Untuk Minggu Minggu Yang Lepas


Antara tone yang tiba-tiba cantik usai diedit. Diambil di Instameet Williamstown. Aku suka calitan kuning di bot kecil ini yang pop-up dan menonjol di antara tone biru lembut di sekeliling. 


Tarian dari penganut Hindu, mungkin. Hampir setiap minggu mereka menari di kaki lima di merata Melbourne CBD sambil mengajak pemerhati sekeliling turut sama menari. Aku suka cara mereka mempromosi kegembiraan dan melupakan kesedihan serta kebencian menerusi tarian yang diajar dari bangsa dan agama mereka. 


Set catur gergasi di hadapan State Library of Victoria. 2 vs 2. Lawan sambil diperhati pengunjung sekeliling. Sesiapa pun dijemput turut serta kalau berani. 


Oh yeah. Xf23 f1.4. I miss this baby. Suatu hari akan datang, pasti akan ku dapatkannya semula dalam genggaman. How can I do street photography without you baby? 


P/S: selsema teruk kebelakangan ini. Cuaca pun tak menentu tanpa henti. Hari ini 40 degrees, esok lusa 16. Bandar apa lagi yang beda suhunya sebegini?

Ciao dan jumpa lagi.


No comments: