-Entri ini agak panjang. Dipersilakan baca. Harap maklum-
Bayangkan...
Satu hari, tiba² korang terbangun dalam hospital...
Siapa pun tiada.. senyap sunyi. Tengok kiri kanan, peralatan hospital tunggang-langgang... Korang tak ada idea apa yang dah berlaku... Terpinga²...
Kemudian, korang keluar dari kawasan wad. Dalam kebingungan, korang tinjau² kawasan sekeliling hospital. Bersepah², seolah² ada bencana berlaku. Kerusi meja bersepah², lantai penuh darah, dan yang paling tak best, suasana sekeliling yang senyap sunyi sahaja. Yang peliknya, tak ada seorang manusia pun kelihatan. Korang mesti tertanya², apa yang dah berlaku?
Inilah yang berlaku kepada Jim, watak utama dalam filem yang diterbitkan pada 2003, 28 Days Later. Sebuah filem 'British zombie horror' yang diarahkan oleh Danny Boyle.
