. . . merupakan hobi sampingan aku.
Tahu kenapa aku gemar sangat dengan lagu jepun ni?
Simple. Lagu jepun world. Rhythm dia sangat emotional, boleh bikin meleleh airmata. I bet, sapa-sapa yang minat lagu jepun ni kebanyakannya tak faham HARAM satu patah perkataan pun dalam lagu-lagu jepun. Melainkan, macam "watashi", "anata", "ittadakimasu", "oyasami", "ai", "daisuki" dan lain-lain perkataan basic jepang.
'Dah tak faham, kenapa boleh minat?'
Sebab best. Easy to listen. Kena dengan hati & soul ni. Jadi tak faham lirik pun takpa, sebab bagi aku, lirik nombor two. RHYTHM lagu tu nombor one. Power sesebuah lagu terletak pada musiknya, bukan pada lirik.
Dan apa yang aku notice lately, komposer lagu-lagu jepun memang pandai menyentuh emosi pendengar menggunakan runut bunyi dari okestra, piano dan gitar. Hasilnya, sebuah musik yang power untuk pendengar melayan blues dan emosi. Bukan seperti lagu Wierd al-Yankovic atau lagu "hai mami jarum, alahai mami jarum" yang tak ada kualiti.
Lagu di bawah ni adalah contoh, sebuah lagu jepun dengan rhythm yang sangat mantop. Suka benor aku dengan lagu Kobukuro ni. Mengikut stat kat iPod aku, sudah 34 kali "Kokoro Shika Sakanai Hana" ni diulang main.
Entah, aku pun tak faham kenapa aku suka sangat.