COMPATRIOT AKU

Wednesday, January 16, 2013

Satu Bungkusan Pembangkit Senyum

"Assalamualaikum. Ini Cik Naim ka ni?"

"Ya saya. Siapa ni?"

"Saya dari pos laju. Nak hantaq barang ni. Rumah cik kat Pokok Ketapang ka? Pokok Ketapang ni kat mana ah?"

"Pokok Ketapang? Pokok Tampang kot cik. Kampung Pokok Tampang."

"Oooo ok, ok. Rumah cik kat mana? Saya dari pekan Tasek Gelugor."

"Ok cik masuk simpang tiga depan balai polis tu, cik jalan terus. Sampai jumpa gelanggang futsal sebelah kiri, depan sikit cik nampak bus stop kan? Depan bus stop sebelah kanan jalan tu la rumah saya."

"Orait. Terima kasih. Satgi saya mai hantaq. Assalamualaikum."


Aku jawab salam perlahan, sambil benak bergetar getar memikirkan bentuk delivery apakah yang pos laju akan hantar. Dari siapa sebenarnya bungkusan ini?


Sesampai di rumah petangnya, pintu bilik kuterjah. Di atas katil, terdapat bungkusan bersaiz kecil, berbungkus kertas minyak. Kertas pembalutnya aku koyak, menampakkan isi dalamnya yang berlatar putih. Oh. Sejenis coklat rupanya. Coklat putih, strawberry almond ─ spesis coklatnya. Di sebelah atas kotak, terlekap sekeping kertas warna merah jambu dengan goresan nota "happy new year" dan secubit pesan buat orang yang semakin tua.

Aku senyum. Sambil liang-liang tubuh menghambur hormon-hormon ceria.

Di kala diri sendiri makan hati, tetiba dapat coklat free.

Buat pemilik tweethandle @_anithsa, terima kasih atas pemberian anda. Di kala dunia siber sibuk memangkah-maki BBNU (tak faham? Google maksudnya) bernama Shasha Mendoza (tak kenal? Google sekali namanya), sememangnya masih ada Shasha yang berpekerti pemurah dan tenang jiwa.

Selamat tahun baru juga untuk anda. Jangan sedih, jangan kecewa. Tahun ini dapatkan lesen kereta, brader mamak yang kacak gila dan makan kambing sepuas-puasnya, ya?


Nampak tu? POKOK KETAPANG. ya Pokok Ketapang.

Gelak-gelak aku dengan nama kampung aku yang Anith hentam ni.
No wonder abang Pos Laju blur tadi.



Thursday, January 10, 2013

Laudrup


Aksi seorang pengurus sebuah kelab kecil yang menumbangkan Chelsea dalam aksi piala liga semalam (9 januari 2013).

Beliau punya gelecek dan ball control hampir seakan Zinedine Yazid Zidane. Tapi, through-ball beliau was even better. Menyusup cantik di celah celah kaki pemain lawan dan terus ke hadapan penyerang untuk dijaringkan. Jauh lebih baik berbanding through-ball Andres Iniesta, Paul Scholes, Xavi mahupun Cesc Fabregas, seikhlasnya.

Sukar untuk mendapatkan pemain tengah yang bijak dan licik seperti beliau sekarang.

Ladies and gentlemen, this is the former Juventus, Barcelona and Real Madrid playmaker and the current Swansea City manager. This is Michael Laudrup.



Thursday, January 03, 2013

#Random Things - Kongsi Makan


Nasi lebih.

Ayam masak madu dua ketul.

Seceduk sayur kubis kunyit.

Kuah campur banjir.

Dibungkus seplastik panas panas.

Balik rumah.

Kongsi berdua. Dengan adik.

Adik gelak-gelak. Dapat makan nasi kandar kegemaran.

Enaknya lain macam.

Kenyang.




Aku rindu adik.
Aku harap adik juga rindu aku. Keh keh keh.