COMPATRIOT AKU

Sunday, December 25, 2011

Kenangan Zaman Muda-Muda #3

Kelmarin. Sabtu. Aku memandu, dengan niat menghilangkan kebosanan hari cuti menuju ke mekdi dengan rakan taulan.

Dalam perjalanan tu, aku belek-belek saluran radio. Aku ni bukanlah spesis yang layan lagu-lagu Melayu macam Hot FM meski Era FM. Yang aku dengar pun mungkinlah Sinar FM, stesen yang gemar memutarkan lagu-lagu lama yang jarang kita dengar.

Aku tadahkan telinga melayani saluran Mix FM. Frekuensi 91.00 di Pulau Pinang. Hal ini membuatkan aku memandu perlahan, kerana aku suka lagu-lagu di Mix. Karok percumalah katakan. Heh.

Dan waktu itu, Mix FM sedang menyiarkan segmen kegemaran aku, "Weekend All-Stars". Deretan lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu dimainkan, dengan putaran lagu Backstreet Boys iaitu Backstreet's Back dan Show Me The Meaning of Being Lonely antara yang diputarkan, membuatkan aku tersengih sendirian sambil menyanyi menuruti alunan lagu berseorangan.

Usai lagu Backstreet Boys didendangkan, Tiba-tiba lagu ini dimainkan.


Akhir kata,

Siapa siapa tahu rancangan Sabrina The Teenage Witch, secara compulsary pasti tahu akan lagu ni, kan.  Photobucket


No comments: