COMPATRIOT AKU

Saturday, March 31, 2012

Kenyataan Tentang Diri

Buka-buka,
Belek-belek,
Baca-baca,
Godek-godek,
Entri-entri nukilan hati
Kebelakangan ini.

Tiba-tiba aku tersadar.
Makin hari, aku sudah tidak seperti dahulu,

Mana entri-entri berkaitan gadget?
Mana karya-karya kispen yang aku mahu kembangkan?
Mana penulisan tegarku mengenai Manchester United?
Mana entri dengan teknik penceritaan dramatik yang selalu aku banggakan?

Dan persoalan yang betul-betul memukul;
Sudah jadi manusia negatifkah aku?

*sugul*


Wednesday, March 28, 2012

Letih.

Letih.
Dengan rakan-rakan sekeliling.
Dengan tugas.
Dengan tanggungjawab.
Dengan usaha seikhlas aku untuk dia.

Letih.

Aku harap aku boleh bertahan sehingga aku dapat apa yang aku kehendakkan. Ya, aku harap.

Itu saja yang aku nak ucap.

Bai.

Sunday, March 25, 2012

Rindu

Dia tak tahu aku rindukan dia.
Dia tak tahu aku sering terkenangkan dia.
Dia tak tahu, kadang kadang bila aku makan nasi, aku nampak dia dalam pinggan.
Kadang kadang bila aku jirus secebok air mutlak ke badan, wajahnya tiba-tiba muncul dalam minda.
Dia tak tahu, aku masih mimpikan dia dalam lena aku.
Dia tak tahu, bila aku bangun tidur, "oh mann" "oh shite" dan bermacam macam oh lagi adalah keluhan biasa yang akan terluah bila terkenangkan dia.

Manalah dia tahu. Kan?

Ya. Ia berulang-ulang. Sejak dulu.

Kini, dah genap 2 tahun. Hari ini, sepatutnya anniversary kami berdua.

May Allah bless her with a non-stop happiness.

And i hope, at least, she remember me and think about what she had done to me. Even for a bit.


Friday, March 23, 2012

Luahan Terakhir Untuk Si 'Dia'


Hari ini,

dengar ceritanya,

sudah tamat tugasnya di sini.

Dan mulai minggu depan,

dia, yang pada mulanya kugelar 'awek scoot' (kerana tidak tahu nama) sudah tiada lagi.

Selepas ini, tiada lagi figura nya ketawa, tersenyum gembira, tepuk-tamparnya dengan rakan-rakan dan sebagainya. 

Tiada lagi curi-curi pandang ke bilik sebelah, tiada lagi curi-curi jengah ketika dalam barisan di kafeteria. Tiada lagi semangat di tika terjaga dari lena di awalan pagi pabila teringatkan dia semenjak tercelikkan mata.

Walau aku kurang mengenali si dia, tidak pernah menegurnya, dan hanya melakukan eye-contact sahaja dengannya, berada di sisi ruang hidupku dalam tempoh beberapa bulan ini sudah cukup buat aku rasa bahagia.

Apakan daya, Tuhan itu Maha Berkuasa. DIA lah yang menetapkan takdir dan karma.

Selamat tinggal, makhluk Tuhan paling comel.

Nota: Perpisahan itu pembunuh rasa.

Nota II: Entah kenapa sejak kebelakangan ini, aku rasakan seolahnya, Tuhan menarik rakan-rakan yang aku sayangi jauh dari aku. Yang sudah tamat belajar, yang berpindah jauh ke tempat lain dan sebagainya. Apa boleh buat... dugaan dari Tuhan, haruslah redha.



Sunday, March 18, 2012

Petang Yang Demotivated...

...terus bermotivasi dengan konversasi pendek bersama rakan yang sudah diijiabkabul ini.


Terima kasih Wani dan Nrhy Cahaya :')



Friday, March 16, 2012

Keluhan Hari Jumaat

Kelmarin adalah hari pertama tanpa rakan-rakan dari EOTM. Semuanya dah terjun ke alam praktikal, dan menanti peluang pekerjaan yang terhidang di luar sana.

I feel bored already. Jenguk ke kelas sebelah; kelas yang selalu aku singgahi. Nak borak-borak kosong dengan Afiq Kamaruddin. Kacau Dayah Ahmad. Usik Punitha Gunasekaran. Sembang perkara tak berfaedah dengan Dell Le Leana. Tapi situasi bilik itu gelap. Sunyi. Kosong. Ya, realitinya diorang dah takde pun kat situ. Aku? Masih macam orang yang kabur akal. Masih tak dapat terima perpisahan ini.

Kawan, I miss you all mehhh!

Tertulis di bahagian atas whiteboard di kelas MM, di hari pertama tanpa memember dari kelas EOTM yang menjadi kembar kepada kelas MM selama ini. Semuanya suram. Monyok. Perhimpunan pagi kelmarin, yang mana aku sebagai MCnya, dah macam mejelis berkabung, tahu?


Harap kesunyian ini tak berpanjangan. Aku benci perpisahan.

Photobucket



Thursday, March 08, 2012

Spontaneous Thursday #8

Solat lima waktu cukup terpelihara. Human relation dengan insan lain terjaga. Jangan pula dicemari ia dengan perasaan mabuk cinta dan maksiat yang kotor dan busuk lagi hina.

Manusia. Cepat betul mereka berubah demi cinta.

Plastik.



Tuesday, March 06, 2012

Monolog Pagi



Bangun pagi.
Jenguk ke luar tingkap.
Takde pantai.
Takde pasir yang memutih.
Takde deruan ombak.
Takde deru angin yang mendamaikan.

Yang ada hanya sebiji kereta wira dan beberapa buah motorsikal lalu lalang dengan bingit bising enjin motor.

Dem. aku rindu suasana langkawi.
Dan aku berharap, suatu hari nanti aku mampu berumah di tepian pantai.
Juga bergolek-golekan dengan pasangan hidup di atas lembut pasir.



Friday, March 02, 2012

Muda

Semalam.

Usai bersolat Isyak. Aku ambil kasut. Duduk di luar surau Tesco sambil menyarungkan stokin yang sudah beraroma masam dengan bau proses perpeluhan kaki.

Sedang aku tekun berkasut, seorang perempuan dalam lingkungan awal 20-an keluar dari surau. Melabuhkan punggung di bench berdekatan aku. Menunggu rakannya yang masih bersolat mungkin.

"Adik" dia bersuara. Riak mukanya amat peramah. " Di luar masih hujankah?"

"Entahlah, kak. Mungkin masih hujan lagi agaknya" balas aku mesra.

Ketika itu, aku perasan yang dia memandang aku dengan pandangan yang semacam.

"Adik, dah berapa lama dah kerja?" dia buka mulut.

"Ya saya?" Santun kemelayuan aku kawal sedaya boleh sambil cuba berkomunikasi dengan 'kakak' tu. "Tak sampai sebulan lagipun, kak."

"Owh... baru lagi lah........ SPM dapat berapa? Ok tak result?"

Aku bungkam. Wat de faq, ujar aku dalam hati. Kenapa dengan result SPM?

Ketika itu hati aku dapat menerka sesuatu. Spontan aku tersenyum.

"Agak-agaknya, umur saya berapa?" aku cuba bermain teka-teki dengan stranger yang baru aku kenali di hadapanku ini.

"Lapanbelas kot." Jawapan yang lancar dengan sedikit pengaruh rasa yakin. Matanya meliar ke arah seragam yang aku pakai. Sedang menilai sesuatu nampaknya.

Aku sengih macam kerang busuk. Sinis. Yes!

"Duapuluhenam ekceli. Hik hik hik" aku ketawa kecil menampakkan gigi. Seolah satu kemenangan dicapai.

"Ye ke? Owh, saya silap le ni? Ahahahaha."

"Awak tak nampak macam duapuluhenam lah. Serius. Confuse saya." Seraya dia bangun dan berlalu pergi sambil menguntum senyum. Meninggalkan rakannya di surau. Mungkin.



Kekeliruan umur. Misjudgement. Heh.