Hari ini,
dengar ceritanya,
sudah tamat tugasnya di sini.
Dan mulai minggu depan,
dia, yang pada mulanya kugelar 'awek scoot' (kerana tidak tahu nama) sudah tiada lagi.
Selepas ini, tiada lagi figura nya ketawa, tersenyum gembira, tepuk-tamparnya dengan rakan-rakan dan sebagainya.
Tiada lagi curi-curi pandang ke bilik sebelah, tiada lagi curi-curi jengah ketika dalam barisan di kafeteria. Tiada lagi semangat di tika terjaga dari lena di awalan pagi pabila teringatkan dia semenjak tercelikkan mata.
Walau aku kurang mengenali si dia, tidak pernah menegurnya, dan hanya melakukan eye-contact sahaja dengannya, berada di sisi ruang hidupku dalam tempoh beberapa bulan ini sudah cukup buat aku rasa bahagia.
Apakan daya, Tuhan itu Maha Berkuasa. DIA lah yang menetapkan takdir dan karma.
Selamat tinggal, makhluk Tuhan paling comel.
Nota: Perpisahan itu pembunuh rasa.
Nota II: Entah kenapa sejak kebelakangan ini, aku rasakan seolahnya, Tuhan menarik rakan-rakan yang aku sayangi jauh dari aku. Yang sudah tamat belajar, yang berpindah jauh ke tempat lain dan sebagainya. Apa boleh buat... dugaan dari Tuhan, haruslah redha.
No comments:
Post a Comment