Mengantuk. Usai solat maghrib, aku bermalas-malasan melayan perasaan di atas tilam empuk kegemaran. Sedang aku enak berbaring di atas katil sambil cuba menyelak helaian novel Kolonial Mimpi, tanpa semena-mena telefon genggamku berbunyi.
[berbunyi nada dering lagu tema tetris]
Terpapar di skrin : Yanie
Aku: Samekom. Ya yanie awat apa cerita call ni?
Dia: Waalaikumussalam. Dak la. Kami dok keluaq dengan ayie ni. Nak bawak dia keluaq makan. Tiba-tiba teringat janji dengan angpa pasal belanja haritu. Angpa ada kat mana ni?
Aku: Kat rumah la. Rilek rilek ja pun.
Dia: Haaa kalau lagu tu jom la. Mai la kat KFC Sungai Dua ni. Cepat sikit.
Bagai satu arahan bagiku, aku bangun, semangat. Wajah aku cuci sambil merenung cermin. Untung kepalaku dah sedia gondol, tak perlu lagi nak bajet-bajet rambut dengan gel waktu waktu sebegini. Sarung jersi "evonik" Borussia Dortmund dan seluar jeans skinny Edwin rona biru langit cerah ke tubuh. Kepitkan CD audio BigBang di celahan ketiak, ambil kunci kereta dan sarung selipar jepun hitam tanpa jenama sebagai pelapik kaki. Hidupkan kereta dan meluncur laju dalam pekat malam kampung menuju kedai makanan segera popular semalaya. Sambil bersiul riang lagu pop korea.
Malam itu, entah tak semena mena aku dapat makan dan kenyang percuma. Melebar senyum sampai ke telinga. Yelah, siapa tak gembira di-treat makanan percuma? Alhamdulillah. Dah rezeki orang kata.
Mata kemain sepet. Kalah amoi iklan MyEG. Dah nak jadi milik orang dah pun. Tak lama lagi. |
Syukur kerana Tuhan pertemukan dengan golongan sahabat seperti dia. Tak sombong, bakhil jauh sekali. Cakapnya, sekarang ni, bolehlah nak ajak jumpa, lepak dan belanja. Lepas ni kalau dah jadi milik orang, entah nak jumpa pun susah rasanya. Lumrah perempuan sudah bersuami, kan?
Persahabatan renggang dengan kawan-kawan disebabkan makwe, pakwe dan perkahwinan? Ah, sentuh pasal bab itu yang aku tak berapa gemar.
No comments:
Post a Comment